Kebelakangan ini ramai yang merungut tentang bil elektrik yang semakin mahal. Kena pula rumah kita menggunakan pendingin hawa atau aircond memang akan lagi terasa. Walau pun cuma guna satu saja aircon, tetap akan mencecah lebih RM100 sebulan. Apa lagi kalau guna pemanas air, penapis air dan pelbagai lagi alat elektrik.

Namun begitu dengan menggunakan semua alatan elektrik ini, masih ada cara menurunkan bil elektrik jika sanggup melakukan beberapa tip yang dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah. Dengan mempraktikkan beberapa rutin bil elektrik boleh turun hingga 50% daripada kebiasaan. Berikut adalah perkongsian tip yang beliau praktikkan.

Tip kurangkan bil elektrik turun 50%

3 Tip Mudah Turunkan Bil Elektrik Hingga 50%. Boleh Ikut Cara Lelaki Ini

 

Saya baru pindah rumah sewa bulan Nov tahun lalu. Saya ingin berkongsi tip kurangkan bil elektrik. Saya berjaya kurangkan hampir 50% daripada RM147 pada bulan Nov 22 kepada RM73 Pada Jan 23.

Ini merupakan tabiat yang kuat pakai elektrik bulan Nov 22:

1) Aircond ON pagi petang siang malam. Saya set 25°C sahaja dengan harapan jimat electrik.
2) Mandi air panas lama-lama dalam toilet healing layan warm shower.
3) Lampu on sahaja sesuka hati sebab LED ingatkan jimat elektrik.
4) Masak pakai dapur elektrik.
5) Dapur pakai air coway

Ads

Pada bulan December saya cuba untuk berjimat. Saya make sure lampu semua tutup tiada yang terbiar. Lain-lain masih seperti biasa. Tak banyak turun jadi RM120++ juga.

Ini cara nak jimat bil yang dilakukan

Akhirnya saya berjaya cari punca bil melambung dan jimat bil elektrik kepada RM73 sahaja sebulan pada Jan 23:

1) Aircond saya hanya on 8-10 malam. Selepas itu saya tutup, malam tidur pakai kipas sahaja. Buka tingkap supaya sejuk. Aircond sebenarnya kuat pakai electrik.

2) Tiada dah mandi air panas lama-lama. Pagi saja 5 minit mandi siap terus keluar. Water heater direct heating kuat pakai current.

Ads

3) Lampu LED buka bila perlu. Saya buka langsir natural lighting.

4) Masih masak pakai dapur elektrik sebab rumah tiada dapur gas. Masak 3 kali sehari.

5) Air coway seperti biasa.

Kesimpulan

Ads

Aircond walaupun set pada 25°C jika on 24 jam /7 hari bill elektrik akan melambung. Saya sekarang pakai kipas saja melainkan betul-betul terdesak baru balik jalan-jalan penat, baru saya on aircond.

Malam on 8-10PM sahaja untuk anak-anak tidur selepas itu pakai kipas sahaja buka tingkap natural ventilation.

Water Heater juga kuat pakai elektrik selagi boleh mandi air sejuk mandi saja, asalkan mandi. Kalau nak mandi air panas jangan healing lama sangat nanti bil elektrik naik. Anak-anak pun tak main mandi air panas mandi air biasa saja. Sebelum ini tak kisah itu bill naik.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Muhammad Faris Abdullah

Foto: Facebook Tukang Apa Hari Ini

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI