Setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina, tarian singa dan tarian naga akan mudah kelihatan di banyak lokasi.
Tujuannya adalah untuk memeriahkan majlis namun di sebalik tarian yang kini sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat Cina, kedua-duanya ada kisah tersendiri :
Tarian singa
Adat tarian singa ini telah menjangkau usia lebih seribu tahun. Di China, tarian singa terbahagi kepada dua bentuk iaitu Singa Utara dan Singa Selatan. Perbezaannya boleh dilihat menerusi bentuk, corak, warna dan banyak lagi.
Menurut legenda pada awal Dinasti Ming di Guangdong, wujud seekor raksasa yang akan muncul setiap kali tahun baru. Raksasa itu akan keluar lalu merosakkan tanaman, memudaratkan manusia serta haiwan.
Penduduk tempatan amat takut dengan raksasa itu kemudiannya, ada seseorang tampil mencadangkan untuk mereka melakukan tarian singa bagi menakutkan raksasa itu.
Melihat tarian singa dan paluan gendang yang dimainkan, raksasa tersebut akhirnya ketakutan lalu melarikan diri dari kawasan kediaman penduduk tempatan.
Oleh itu, penduduk percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik.
Selepas itu, setiap kali Tahun Baru menjelma, rakyat akan bermain Tarian Singa untuk meraikan Tahun Baru Cina.
Tarian naga
Tarian naga adalah seni unik ketika sambutan Tahun Baru Cina yang berasal daripada budaya Dinasti Han dan ia sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.
Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh mengurniakan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga supaya menurunkan air hujan ketika musim kemarau.
Tarian naga ini kemudiannya menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga sebagai simbol tuah.
Untuk Dinasti Tang dan Song, tarian naga telah menjadi aktiviti semasa perayaan penting.
Pada perayaan Tahun Baru Cina, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain tarian naga.
Selepas beribu-ribu tahun, tarian naga telah menjadi tarian yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mendapat hujan dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan gembira.
Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain dan lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi menggunakan jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian dipakaikan pakaian membentuk naga yang cantik.
Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam yang sangat menarik.
Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara dan semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.