Lelaki dan minyak wangi merupakan kombinasi yang tak dapat dipisahkan. Di pasaran pastinya anda tahu kewujudan perkataan EDP, EDT atau parfum pada botol minyak wangi. Apa beza antara jenis minyak wangi ini?

Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?

Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume. Okay

ASAL-USUL DEFINISI

Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini twerlebih dahulu.

Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.

Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.

Beza Minyak Wangi EDT, EDP & Parfum – Kalau Nak Beli Ini Perkara Perlu Anda Tahu!

BACA: Tip Beli Perfume Untuk Lelaki, Salah Satunya Biar Sesuai Dengan Bau Badan

PERBEZAAN JENIS MINYAK WANGI

Eau de Toilette (EDT)

Beza Minyak Wangi EDT, EDP & Parfum – Kalau Nak Beli Ini Perkara Perlu Anda Tahu!Maksud EDT adalah seperti yang MASKULIN terangkan di atas. Minyak wangi jenis ini merupakan yang pa;ing popular dan banyak terdapat di pasaran. Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kelas minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wangi EDP. Walaupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama. Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.

 

 

Eau de Parfum (EDP)

Beza Minyak Wangi EDT, EDP & Parfum – Kalau Nak Beli Ini Perkara Perlu Anda Tahu!Ini merupakan jenis minyak wangi yang memiliki konsentrasi minyak wangi kedua paling tinggi. Anda boleh dapat di pasaran bahawa harga EDP juga lebih mahal berbanding dengan jenis EDT. Malah baunya juga dikatakan boleh bertahan lebih lama iaitu 10 jam hingga 16 jam atas.

Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembangan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan. Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.

BACA: 10 Jam Pintar Mampu Milik Terbaik di Pasaran 2024

Parfum

Beza Minyak Wangi EDT, EDP & Parfum – Kalau Nak Beli Ini Perkara Perlu Anda Tahu!Minyak wangi jenis parfum mengandungi kira-kira 15 hingga 40 peratus concentrated perfume oil menjadikannya sebagai yang paling tinggi dalam semua jenis minyak wangi. Ia juga menjadi sebab mengapa jenis ini yang paling mahal terdapat di pasaran.

Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.

Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.

Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.

Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Sumber & foto: ACHARR

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI