Tidak dapat dinafikan dalam diet pemakanan harian antara perkara yang paling diambil berat ialah kandungan kolesterol.
Buat anda yang sangat menjaga kandungan setiap makanan yang diambil, kadar kolestrol merupakan satu faktor yang penting. Perbezaan antara ambil tahu dan tidak ini boleh memberikan impak cukup besar.
Apa tidaknya dengan kadar kolestrol yang tinggi dalam badan ia boleh mendatangkan kemudaratan dan keburukan. Malah kita juga terdedah dengan pelbagai jenis penyakit serta simptom yang boleh mengancam nyawa.
Namun ramai yang sebenarnya tidak tahu bahawa terdapat kolestro baik dan juga kolestrol jahat. Kedua-dua jenis kolesterol ini sebenarnya berada dalam dua kategori iaitu high density lipoprotein (HDL) yang dianggap kolestreol baik. Manakala low density lipoprotein (LDL) pula dianggap sebagai kolesterol jahat.
Jadi apakah perbezaan utama antara dua jenis kolesterol ini?
HDL dianggap sebagai kolesterol baik karena ia berfungsi dan membawa tugas mengangkut kolesterol ke dalam organ hati. Ia kemudiannya dibuang ke dalam kantung empedu, sehingga tubuh bersih dari kelebihan kolesterol.
Kolesterol jenis ini mencegah penumpukan plak, melindungi arteri dan mencegah badan kita daripada penyakit kardiovaskular. Memetik kajian harvard.edu, kadar HDL normal adalah lebih tinggi dari 55 mg/dL untuk wanita dan 45 mg/dL untuk lelaki. Semakin tinggi angka kolesterol HDL maka semakin rendah risiko anda terkena penyakit jantung, penyakit pembuluh darah dan juga strok.
Manakala LDL pula dikenali sebagai kolesterol jahat kerana peranannya mengangkut kolesterol dari organ hati ke sel-sel yang memerlukan. LDL mengandung lebih banyak lemak daripada HDL.
Jadi semakin banyak jumlah LDL ia boleh mengganggu kesihatan badan. Antara sebabnya kerana LDL menempel di dinding arteri sehingga membentuk plak.
Penumpukan plak ini kemudian menjejaskan aliran darah dan oksigen ke organ utama badan. Lalu ia menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen pada organ atau arteri. Ini sekali gus boleh menjadi punca penyakit buah pinggang atau penyakit arteri perifer, serangan jantung atau strok.
Jadi untuk LDL, semakin rendah angkanya semakin baik. Kadar yang baik dalam darah adalah kurang dari 130 mg/dL jika Anda tidak menderita penyakit aterosklerotik atau diabetes. Jika seseorang memiliki penyakit aterosklerotik atau diabetes kadar LDL dalam darah tidak boleh lebih dari 100 mg/ dL, atau bahkan 70mg/ dL.
Penyebab kolesterol jahat atau LDL tinggi meliputi:
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik seperti di bawah!