Perasan tak di botol perfume anda terdapat perkataan EDP, EDT atau parfum pada botol. Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkannya dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?
Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume.
Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini terlebih dahulu.
Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.
Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.
PERBEZAAN JENIS MINYAK WANGI
Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kelas minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wangi EDP. Walaupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama. Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.
Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembangan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan.
Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.
Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.
Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.
Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.
Sumber & foto: ACHARR