Rata-rata orang yang nak kekalkan berat badan yang ideal akan amalkan aktiviti kardio seperti jogging, berbasikal, berlari dan sebagainya. Bagi peminat gym pula, antara peralatan yang sering digunakan ialah treadmill.
Masuk gym je mesti nak menghadap treadmill dahulu, sampai rasa bosan. Lagi satu, bila kita lakukan aktiviti darat ini, buat sekejap sahaja mesti cepat rasa penat. Jadi, untuk nak mengelakkan semangat anda bersenam luntur, apa kata anda cuba bersenam dalam air pula.
Banyak manfaat daripada aktiviti air ini. Antaranya:
1. Tidak membebankan otot. Contohnya, kalau anda jogging, anda akan membebankan otot di bahagian lutut dan ini punca kepada sakit lutut dan tulang belakang. Tapi, kalau bersenam dalam air, anda dapat kurangkan beban tersebut sebab badan anda yang akan tampung beban itu, bukan tertumpu kepada otot tertentu.
2. Menggunakan semua otot. Bila anda bersenam atau lakukan aktiviti dalam air, tanpa sedar anda dah menggerakan kesemua otot anda. Tak percaya? Cuba anda berenang. Anda akan rasa seluruh badan bergerak. Nak dibandingkan dengan bersenam di darat yang hanya tumpukan otot tertentu sahaja.
3. Memberikan motivasi. Antaranya, anda tak sedar anda penat. Ini kerana aktiviti dalam air ini menyebabkan anda tak rasa anda berpeluh dan suhu badan sentiasa terkawal. Anda juga akan rasa sangat seronok sehingga tak rasa penat dan tak seda anda dah berjam-jam dalam air.
Ads
Baik, untuk bersenam dalam air ini ada banyak cara. Antaranya ialah water walking. Apa tu? water walking ini ibarat anda jogging, tapi dilakukan dalam air. Akan tetapi, untuk pengetahuan anda, aktiviti ini lebih banyak membakar kalori berbanding aktiviti darat.
Ini antara kalori untuk perbandingannya (untuk 30 minit):
Berjalan di atas tanah: 135 kcal.
Berjalan di dalam air 264 kalori.
Berjoging di atas tanah: 240 kcal.
Berjoging di air dalam, 340 kalori.
Sudahlah kurang penat, lebih membakar kalori pula. sekarang mari kita lihat beberapa langkah yang anda boleh cuba bagi water walking:
1. Tambah saiz lebar dan tingkatkan kelajuan
Ads
Rendam badan anda dalam air sehingga tahap bahu. Gerakkan badan anda ke hadapan dan kekalkan keseimbangan badan. Kemudian, ayunkan tangan dan kaki anda seluas-luasnya. Ia dapat membantu meregangkan otot-otot pinggul anda dan merawat masalah kesihatan seksual anda yang terjadi disebabkan faktor umur.
2. Tendangan dalam air
Ibarat anda berlari. Rendamkan badan sehingga paras bahu. Naikkan peha anda. Tendang air menggunakan kaki anda ke bawah. Ia dapat melatih otot kaki anda membentuk pinggul yang cantik.
Ads
3. Sentuh lutut dengan siku anda
Mudah untuk dilakukan walaupun anda mempunyai perut boroi sekiranya dilakukan dalam air. Rendamkan badan separas bahu. Berdiri tegak dan perlahan-lahan bengkokkan badan sehingga siku anda bertemu dengan lutut. Pastikan buat dengan betul untuk elakkan sakit pinggang.
Langkah-langkah ini boleh anda buat bersama keluarga ketika di kolam renang. Kemudian anda boleh cuba lakukan aktiviti lain seperti berenang, main bola tampar dan lain-lain.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Para suami pasti kurang faham tentang perasaan wanita yang baru melahirkan anak malah tidak mengetahui ini. Tahukah anda, isteri mengalami perubahan keadaan psikologi. Untuk sekadar diketahui suami, inilah perubahan perasaan isteri selepas mempunyai anak.
Ini 5 perkara yang kamu perlu tahu
1 Perlu rehat
Bila ibu baru melahirkan anak akan sering marah-marah, itu kerana mereka penat. Mereka ingin berehat, atau sekadar santai menonton televisyen.
2 Tidak ingin ditanya
Mengurus bayi amat memenatkan. Mereka tidak ingin mendengar soalan suami, “Adakah kamu perlu bantuan?” Percayalah mereka sangat memerlukan!.
3 Makin cinta
Isteri menyukai status baru suaminya sebagai seorang ayah. Mereka makin cinta terhadap suami memegang anak, mengajak bermain, berbicara, dan mendoakan.
4 Tiada baju yang muat
Mereka kecewa melihat keadaan tubuh yang membesar dan tiada sehelai pakaian pun yang boleh dipakai. Biasanya mereka boleh bergaya feminin, tapi satu pun kini tak muat.
5 Perlukan perlindungan
Semua wanita selalu inginkan perlindungan. Mempunyai bayi membuat hidup penuh drama. Mereka ingin ada yang melindungi.
Sumber: Familyshare
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa sahaja yang tidak marah jika di provokasi walaupun sekadar lisan. Kata-kata yang tajam boleh menjadi punca tercetusnya pergaduhan besar dan melibatkan kekerasan fizikal.
Namun jika kita bertindak menyakiti secara fizikal individu yang telah menyakiti kita secara lisan, adakah tindakan itu dibenarkan dari sudut undang-undang?
Apakah Provokasi Lisan?
Provokasi lisan merujuk kepada situasi di mana seseorang menggunakan kata-kata kasar, menghina, atau mengancam dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan atau reaksi agresif daripada orang lain.
Dalam banyak kes, provokasi lisan ini tidak melibatkan sebarang tindakan fizikal, sebaliknya hanya berbentuk kata-kata yang menyinggung perasaan.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Kedudukan Undang-Undang
Menurut perkongsian video seorang peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid di laman media sosialnya, menggunakan kekerasan terhadap seseorang yang hanya memprovokasi anda dengan kata-kata tidak boleh dianggap sebagai tindakan mempertahankan diri yang sah.
Ini bermakna, walaupun seseorang itu menggunakan kata-kata kesat atau mengugut anda, anda tidak berhak untuk membalas dengan kekerasan fizikal. Sekiranya anda berbuat demikian, anda boleh didakwa atas perbuatan jenayah tersebut.
Tindakan Yang Betul
Jadi, apakah langkah yang sepatutnya diambil jika anda berdepan dengan provokasi lisan atau ugutan verbal? Datuk Wan Azmir menyarankan beberapa langkah penting yang perlu diambil:
Rakam Perbuatan Provokasi: Jika situasi mengizinkan, rakam perbuatan pihak yang membuat provokasi tersebut. Rakaman ini boleh menjadi bukti penting sekiranya anda membuat laporan polis nanti.
Buat Laporan Polis: Sebaik sahaja anda berjaya merakam perbuatan tersebut, segera buat laporan polis. Pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya jika ugutan tersebut merupakan ugutan jenayah.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Kepentingan Kesedaran Undang-Undang
Kesedaran mengenai kedudukan undang-undang berkaitan provokasi lisan adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada terjerumus dalam masalah yang lebih besar.
Memahami bahawa kekerasan fizikal bukanlah penyelesaian kepada provokasi lisan adalah kunci untuk menjaga keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.
Kesimpulannya, walaupun provokasi lisan boleh menimbulkan tekanan emosi yang hebat, tindakan balas dengan kekerasan fizikal bukanlah jalan penyelesaiannya.
Mengambil langkah yang betul dengan merakam perbuatan dan membuat laporan polis adalah cara yang lebih bijak dan sah di sisi undang-undang. Jadi, sentiasalah bersikap rasional dan elakkan daripada melakukan tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Pernah tak tiba-tiba gigi korang berdarah time gosok gigi tu, Ha…itu sebenarnya bukan gigi yang berdarah tapi gusi korang mungkin berdarah.Gusi yang kerap berdarah sering dikaitkan dengan karang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.
Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.
Jom try cara ini, mana lah tahu berkesan mesti ramai gadis mula tertarik dengan kamu.
Cara Hilangkan Karang Gigi
Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
Basahkan berus gigi dan oleskan adunan tadi.
Gosok gigi dengan perlahan-lahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang dinginkan..
Berikut beberapa cara mengelakkan karang gigi dari muncul semula yang boleh anda lakukan:
1. Memberus Gigi Secara Teratur
Untuk mengatasi terjadinya karang gigi, anda perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi anda akanmenjadi lebih bersih, mulut tetap harum serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Cara menghilangkan karang gigi ini boleh mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh mengundang karang gigi.
2. Perbanyakan Minum Air
Minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara menghilangkan karang gigi yang efektif dan paling senang.Anda tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk menghilangkan karang gigi dengan cara ini. Ini adalah kerana air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk karang gigi.
3. Makan Buah Epal
Anda boleh cuba cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas karang gigi secara semulajadi.Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi anda menjadi lebih bersih dan putih.
4. Khasiat Buah Tembikai
Buah melon juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan karang gigi. Buah melon mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan secara rutin. Melon mengandungi serat semulajadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.