Betulke Lelaki Yang Memakai Boxer Lebih Subur Berbanding Yang Lain?

Boxer, seluar seakan-akan dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Boxer yang lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ ketika tidur juga dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke?

Kenapa Lelaki Perlu Pilih Boxer?

Betulke Lelaki Yang Memakai Boxer Lebih Subur Berbanding Yang Lain?

  • Semestinya Selesa

Boxer lebih longgar berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai. Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxermembantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.

 

 

Betulke Lelaki Yang Memakai Boxer Lebih Subur Berbanding Yang Lain?

  • Lebih Fashionable

Di negara barat, boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini,boxerbanyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas boxer dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.

IKLAN

 

 

Betulke Lelaki Yang Memakai Boxer Lebih Subur Berbanding Yang Lain?

  • Kelancaran Sperma

Mengekalkan suhu sejuk pada testis membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxer direka khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.

IKLAN

 

 

Betulke Lelaki Yang Memakai Boxer Lebih Subur Berbanding Yang Lain?

  • Seluar tidur

Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Boxer dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda tidur dengan ‘buas’ tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut apabila ada lelaki menjadikan boxersebagai ‘seragam’ tidur setiap hari.

IKLAN

 

 

Penutup

Boxer atau seluar dalam, kedua-duanya berfungsi sebagai lapisan menutup alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan kesihatan, boxer lebih mendahului. Yang mana satu pilihan anda? Boxer atau seluar dalam ketat!

PEMAKAIAN SELUAR DALAM KETAT MERUPAKAN ANTARA PUNCA KEMANDULAN LELAKI DAN JUGA MEMPENGARUHI BILANGAN SPERMA.

Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama. Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxer setiap masa. Apabila anda di rumah, Grunebaum turut meminta lelaki menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan!

 

sumber: lelakisihat.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI