Kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dicetuskan oleh selebriti, Alif Satar telah mencetuskan fenomena apabila masjid-masjid di seluruh Malaysia sudah mula dipenuhi Jemaah pada waktu Subuh.
Bukan sahaja di Malaysia, negara-negara jiran juga turut terpanggil untuk turut serta dalam kempen yang baik ini.
Bagaimanapun, penting untuk kita sentiasa beringat untuk memperbetulkan niat melaksanakan ibadah ini agar ianya mampu bertahan sebagai rutin harian kita.
Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tampil memberi peringatan mesra terhadap semua yang menyertai kempen ini.
Menerusi hantaran video di laman media sosialnya, Dr Kamilin meluahkan kebimbangan yang fenomena ini tidak akan berkekalan jika dilakukan dengan niat yang salah.
“Bila kita bangun solat atau buat apa-apa ibadah sekalipun, betulkan niat.
Ads
“Kita pergi surau atau masjid semata-mata kerana Allah, bukan sebab nak jumpa selebriti atau ada jamuan kambing ke atau tengah viral,” pesan Dr Kamilin.
Tanpa tarikan-tarikan sedemikian, orang ramai tidak akan mahu untuk melakukan ibadah yang sepatutnya menjadi tujuan utama, jelasnya.
Ganjaran Sebenar Solat Subuh Di Masjid
Pesannya lagi, letakkanlah ganjaran besar yang dijanjikan oleh Allah dalam melakukan apa jua ibadah.
“Bangun, pergi, solat, sebab nak dapat ganjaran super duper besar yang Allah janji nak bagi.
Ads
“Ganjaran berjalan ke masjid dalam gelap, ganjaran dua rakaat Fajar, ganjaran Tahiyatul Masjid, zikir, silaturahim dan macam-macam lagi. Itu yang kita nak! Itu first yang kita kena letak atas kepala”.
Takkan Istiqamah Tanpa Ikhas
Beliau bimbang dengan semangat rakyat Malaysia yang ada ‘pasang surutnya’.
“Kita risau orang Malaysia ni jenis bermusim. Time tengah viral, semangat semua. Boleh tengoklah macam-macam isu kan? Kejap nanti, surut balik.
“Sangat rugi macam tu. Kalau boleh, biarlah kita isitiqamah sampailah kita pejamkan mata nanti. Biarlah dapat lima waktu berjemaah sampai mati,” tambahnya.
Ads
Oleh itu, Dr Kamilin menegaskan betapa pentingnya keikhlasan untuk istiqamah dalam apa jua perkara.
“Dengar sini baik-baik, kita takkan mampu istiqamah tanpa ikhlas.
“Bak kata Imam Malik, apa yang dibuat kerana Allah, untuk Allah, itulah yang akan berterusan”.
“Boleh Pun Bangun Kalau Nak”
Bagaimanapun, beliau tetap kagum dan memuji inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat ini dan mendoakan agar semua yang menyertainya terus istiqamah.
“Memang amazing! Banyak masjid yang penuh luar biasa Subuh. Moga terus barakah dan istiqamah.Susah nak nampak sebelum ini
“Boleh pun bangun kalau nak, itulah pengajarannya,” ujarnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun, Apple iaitu syarikat yang mengeluarkan telefon pintar popular, iPhone mencabar pengguna mereka untuk mengambil atau merakamkan foto dengan menggunakan kamera telefon pintar mereka.
Cabaran tersebut ternyata mendapat sambutan yang sangat hebat daripada pengguna iPhone pelbagai model yang berkongsi foto mereka di laman media sosial dengan hashtag #shotOniPhone.
Untuk tahun ini, Apple telah mengumumkan 10 foto terbaik yang telah diambil oleh pengguna mereka dan besar kemungkinan ia akan terpampang di billboard seluruh dunia. Foto-foto yang terpilih mempunyai tema berbeza dan menampilkan objek tumpuan yang unik.
Ada yang menggunakan pemandangan alam semula jadi, titisan air di sebalik lampu neon, potret hitam putih dan imej yang terbias dari kawasan berair. Tapi yang paling menarik ialah foto ringkas memaparkan imej gelanggang tenis yang retak dan juga jaringnya.
Mungkin ada nilai artistik yang minda normal seperti kita tak dapat fahami tentang keistimewaan foto ini.
Apa-apa pun inila 10 foto yang telah dipilih oleh Apple.
Elizabeth Scarrott (U.S.), @liz.scarrott
iPhone 8 Plus
Andrew Griswold (U.S.), @andrewgriswold;
iPhone Xs
Bernard Antolin (U.S.), @bernardantolin
iPhone Xs Max
Alex Jiang (U.S.), @justphotons
iPhone Xs Max
Darren Soh (Singapore), @darrensohphoto
iPhone Xs Max
Dina Alfasi (Israel), @dinalf
iPhone X
Blake Marvin (U.S.), @blakemarvin
iPhone Xs Max
Robert Glaser (Jerman), @yungbrioche
iPhone 7
LieAdi Darmawan (U.S.), @adidarmawan
iPhone Xs
Nikita Yarosh (Belarus), @yarosh.nikita_
iPhone 7
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Labu kuning merupakan salah satu jenis sayur yang masih jarang diamalkan oleh masyarakat. Padahal labu kuning memiliki banyak kandungan gizi. Labu kuning kaya dengan vitamin dan mineral, namun sangat rendah kalori. Fakta tersebut menjadikan labu kuning sebagai salah satu jenis sayur yang sangat bermanfaat bagi kesihatan anda.
Mencegah penuaan
Labu merupakan salah satu sumber beta-karoten yang sangat tinggi. Beta-karoten adalah antioksida yang baik untuk mencegah radikal bebas dan radiasi. Maka dengan mengambil makanan yang kaya beta-karoten dapat membuat anda awet muda. Selain itu juga dapat mencegah kanser dan melawan asma.
Menurunkan tekanan darah
Labu kuning sangat kaya dengan kalium. Mengambil makanan yang mengandungi kalium, sama pentingnya dengan mengurangkan pengambilan natrium untuk menurunkan tekanan darah. Makanan lain yang mengandungi kalium tinggi adalah nanas, tomato, limau, bayam, dan pisang.
Baik untuk kesihatan mata
Vitamin C, vitamin E, dan beta-karoten, yang terdapat dalam labu kuning dapat meningkatkan kesihatan mata anda. Bahkan beta-karoten juga terdapat di dalam biji labu. Jadi bagi anda yang memiliki masalah pada mata, dengan mengambil labu kuning boleh menjadi salah satu kaedah rawatan yang betul.
Meningkatkan kesuburan
Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Harvard Medical School, beta-karoten pada labu yang kemudian diubah menjadi vitamin A di dalam tubuh, dapat meningkatkan kesuburan. Anda yang sedang hamil dan menyusui juga sangat disarankan untuk makan labu.
Meningkatkan daya tahan tubuh
Vitamin C dan beta-karoten yang terdapat dalam labu kuning sangat baik untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Sertakanlah labu dalam menu harian anda agar tidak mudah sakit.
Baik untuk kesihatan prostat
Biji labu kuning mengandungi phytosterols, yang baik untuk menjaga kesihatan prostat. Orang lelaki disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 28 gram biji labu sebanyak tiga kali seminggu.
Mencegah keradangan
Selain beta-karoten, labu kuning juga mengandungi beta-cryptoxanthin yang dapat mencegah keradangan. Ini sama halnya dengan mencegah terjadinya penyakit yang diakibatkan oleh adanya radang seperti rheumatoid arthritis.
Menurunkan berat badan
Labu kuning juga sangat kaya dengan serat. Hal tersebut dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama. Dengan merasa kenyang lebih lama, maka anda dapat terhindar daripada pelbagai makanan ringan yang akan membuat anda gemuk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tanya kepada diri kenapa anda lebih menggemari pemakaian seluar jeans? Cuba lihat pula dalam almari, berapa banyak seluar jeans yang anda ada? Ada sesetengah orang mengenakan seluar jeans untuk kelihatan ringkas, ada jugak yang ingin tampil lebih moden dan stylo , malahan ada juga yang menggayakan jeans setiap hari ke tempat kerja atau janji temu sebab tak perlu bersusah payah untuk menggosoknya. namun begitu tahukah anda cara-cara untuk menjaga kualiti seluar tersebut agar kondisinya kekal cantik dan terjaga?
Nah, isikan hari minggu anda dengan artikel yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai tabiat yang merosakkan seluar jeans serta beberapa tips penjagaannya agar ia kekal tahan lama.
1. Suhu air yang betul
Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian.
2. Cuci berasingan
Jangan campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.
3. Guna wap air panas
Sekiranya anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans, pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan mudah.
4. Kering secara alami
Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda. Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut.
5. Jangan rendam terlalu lama
Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?
6. Elak jemur di bawah terik mentari
Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda.
7. Awasi penggunaan pencuci
Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.
Semoga tujuh panduan mudah ini bermanfaat untuk anda praktikkan. Jika seluar jeans anda dibeli dengan harga yang mahal, sudah tentu kita berasa sayang dan inginkan ia tahan dan boleh dipakai pada jangka masa panjang. Oleh itu, penjagaan seluar tersebut mestilah dijaga dengan baik dan rapi. Kalau nak berjimat, banyak caranya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rutin penjagaan kulit wajah, lelaki pun kena ada. Kita selalu dengar tentang rutin penjagaan kulit dalam kalangan wanita. Bermula dengan pencuci muka, penyegar, pelembab, serum sehinggalah ke sunscreen.