Memiliki rahang yang tajam dan tirus menjadi idaman semua orang termasuklah lelaki. Tahukah anda, Mewing merupakan senaman rahang bagi tujuan untuk mencantikkan dan membuatkan rahang menjadi lebih tajam dan tirus.
Nama senaman Mewing ini dipopularkan oleh Dr. John Mewi iatu Pakar Ortodontik dari luar negara.
Dalam keadaan mulut tertutup rapatkan lidah ke arah lelangit mulut termasuklah lidah di bahagian belakang.
Bahagian hadapan lidah tidak bersentuhan dengan gigi hadapan bahagian atas.
Gigi hadapan bahagian atas tidak bersentuhan dengan gigi hadapan bahagian bawah.
Bernafas melalui hidung
Dr. Mewing turut menggalakkan anda untuk melakukan tiga senaman ekstra untuk menjadikan rahang anda lebih cantik.
1. Rapatkan dagu anda ke arah dada dan pastikan gerakan ke belakang dan ke hadapan, atau senang kata lakukan gerakan collar bone backup. Lakukan senaman ini satu jam selama sehari.
2. Kunyah dalam keadaan mulut tertutup. Malah, jugakan lidah untuk mengerakkan makanan tersebut berbanding gunakan cheek muscle.
3. Kunyah Chewing gum.
Namun begitu, masih belum ada apa-apa bukti yang senaman Mewing ini benar-benar berkesan kepada seseorang kerana ia memerlukan tempoh masa yang agak lama, dan mengambil masa kira-kira 5 – 12 bulan. Tetapi boleh lah cuba, mana tahu senaman ini bergaya untuk anda.
Sumber: ML Studio