Ya, MASKULIN tahu ramai lelaki yang menderita berdepan dengan penyakit resdung. Malah ramai yang masih tercari-cari ubat dan rawatan sesuai untuk mengubatinya.
Pernah tak anda lihat iklan produk-produk yang kononnya boleh rawat resdung menunjukkan segala macam jenis ‘ulat resdung’.
Tapi persoalannya adakah ia yang menyebabkan berlakunya resdung. Untuk merungkai apa erti sebenarnya dan punca penyakit resung, Dr. Mohd Shaiful Nizam telah melakukan satu perkongsian bebenang Twitter yang sangat menarik. Jom ikuti penjelasan daripada beliau.
BACA: 10 Trik Mudah Hilangkan Parut Jerawat Cara Selamat, Hanya Guna Bahan Semula Jadi!
Paranasal sinus adalah rongga udara yang diselaputi oleh mukosa yang terdapat dalam tengkorak kepada. (Maxillary, ethmoid, frontal,sphenoid) Jangkitan virus/bakteria/kulat akan menyebakan radang pada sinus samada radang Akut atau Kronik.
Kebiasannya pesakit akan menjalani pemeriksaan endoskopi untuk melihat nanah yang ada, & komplikasi yang berlaku seperti polyps. Dalam keadaan Radang Akut, imbasan xray sinus akaj dilakukan untuk membantu dalam diagnosis.
Untuk Radang Akut, akan diberikan antibiotik yang sesuai disamping ubat antiHistamina & spray hidung Pembedahan akan dilakulan jikalau rawatan konsevatif (ubat) ini gagal & selepas dikesan melalui imbasan CT Scan sinus.
Semoga perkongsian daripada Dr Mohd Shaiful Nizam mamu membanti di masa akan datang