xr:d:DAF5r8ol_S0:3,j:6100540964519768777,t:24011215
Ramai wanita menganggap lelaki kurang menunjukkan kasih sayang, membuatkan mereka keliru dan kadangkala terasa diabaikan.
Lelaki jarang meluahkan perasaan dengan kata-kata romantik atau tindakan manja, berbanding wanita yang lebih ekspresif.
Namun, adakah ini bermakna mereka tidak menyayangi pasangan?
Lelaki secara semula jadi kurang cenderung untuk meluahkan perasaan secara lisan.
Mereka mungkin tidak selalu mengucapkan “I love you” atau memberikan kejutan romantik, tetapi mereka menunjukkan keprihatinan dengan cara lain.
Contohnya, mereka akan memastikan pasangan mereka sudah makan, bertanya jika ada yang mengganggu fikiran atau diam-diam menyelesaikan masalah tanpa perlu menjelaskan semuanya.
Ada juga lelaki yang lebih suka menunjukkan kasih sayang melalui tanggungjawab.
Mereka bekerja keras untuk menyediakan kehidupan yang selesa bagi keluarga, memastikan keselamatan pasangan dan sentiasa ada apabila diperlukan.
Walaupun mereka tidak selalu menunjukkan emosi secara terang-terangan, mereka tetap mengambil berat dalam bentuk yang lebih praktikal.
Salah satu sebab utama lelaki kurang menunjukkan kasih sayang adalah kerana faktor psikologi dan budaya.
Dari kecil, ramai lelaki diajar untuk menjadi kuat, tidak terlalu emosional, dan mengawal perasaan.
Akibatnya, mereka membesar dengan mindset bahawa terlalu banyak menunjukkan emosi boleh dianggap sebagai kelemahan.
Bagi mereka, menunjukkan kasih sayang bukan sekadar kata-kata romantik atau aksi manja, tetapi lebih kepada bagaimana mereka menjaga pasangan dan keluarga.
BACA LAGI : 5 Sebab Kenapa Suami Ada Hak Tentukan Beraya Di Mana
Tidak semua lelaki romantik, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak penyayang.
Namun, sebagai pasangan, penting juga untuk ada keseimbangan.
Wanita mungkin perlu memahami bahawa lelaki menunjukkan kasih sayang dengan cara mereka sendiri, manakala lelaki pula boleh belajar untuk lebih menzahirkan perasaan agar pasangan tidak merasa terabai.
@maskulinmy Lelaki mungkin tak selalu tunjuk kasih sayang dengan kata-kata, tapi dalam diam, dialah yang paling ambil berat. Tak percaya? Tengok cara dia jaga pasangannya tanpa sedar. #maskulin #majalahmaskulin #fyp ♬ original sound – Maskulin
Tidak salah untuk lelaki sesekali menunjukkan kasih sayang dengan cara yang lebih jelas, seperti memberi pelukan secara tiba-tiba, menghantar mesej mesra, atau sekadar memuji pasangan.
Kadangkala, tindakan kecil sebegini sudah cukup untuk membuat pasangan rasa dihargai.
Jadi, betul ke lelaki tak tunjuk yang dia sayang, tapi sebenarnya caring?
Jawapannya, ya kebanyakan lelaki memang begitu.
Mereka mungkin tidak meluahkan perasaan secara terang-terangan, tetapi mereka menunjukkan cinta dengan cara tersendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.