Ramai wanita menganggap lelaki kurang menunjukkan kasih sayang, membuatkan mereka keliru dan kadangkala terasa diabaikan.
Lelaki jarang meluahkan perasaan dengan kata-kata romantik atau tindakan manja, berbanding wanita yang lebih ekspresif.
Namun, adakah ini bermakna mereka tidak menyayangi pasangan?
Kasih Sayang Lelaki Lebih Kepada Perbuatan
Lelaki secara semula jadi kurang cenderung untuk meluahkan perasaan secara lisan.
Mereka mungkin tidak selalu mengucapkan “I love you” atau memberikan kejutan romantik, tetapi mereka menunjukkan keprihatinan dengan cara lain.
Contohnya, mereka akan memastikan pasangan mereka sudah makan, bertanya jika ada yang mengganggu fikiran atau diam-diam menyelesaikan masalah tanpa perlu menjelaskan semuanya.
Ada juga lelaki yang lebih suka menunjukkan kasih sayang melalui tanggungjawab.
Mereka bekerja keras untuk menyediakan kehidupan yang selesa bagi keluarga, memastikan keselamatan pasangan dan sentiasa ada apabila diperlukan.
Ads
Walaupun mereka tidak selalu menunjukkan emosi secara terang-terangan, mereka tetap mengambil berat dalam bentuk yang lebih praktikal.
Kenapa Lelaki Tak Tunjuk Secara Terang-Terangan?
Salah satu sebab utama lelaki kurang menunjukkan kasih sayang adalah kerana faktor psikologi dan budaya.
Dari kecil, ramai lelaki diajar untuk menjadi kuat, tidak terlalu emosional, dan mengawal perasaan.
Akibatnya, mereka membesar dengan mindset bahawa terlalu banyak menunjukkan emosi boleh dianggap sebagai kelemahan.
Bagi mereka, menunjukkan kasih sayang bukan sekadar kata-kata romantik atau aksi manja, tetapi lebih kepada bagaimana mereka menjaga pasangan dan keluarga.
Caring Tapi Tak Romantik? Tak Mengapa, Asalkan Seimbang
Tidak semua lelaki romantik, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak penyayang.
Namun, sebagai pasangan, penting juga untuk ada keseimbangan.
Wanita mungkin perlu memahami bahawa lelaki menunjukkan kasih sayang dengan cara mereka sendiri, manakala lelaki pula boleh belajar untuk lebih menzahirkan perasaan agar pasangan tidak merasa terabai.
Tidak salah untuk lelaki sesekali menunjukkan kasih sayang dengan cara yang lebih jelas, seperti memberi pelukan secara tiba-tiba, menghantar mesej mesra, atau sekadar memuji pasangan.
Kadangkala, tindakan kecil sebegini sudah cukup untuk membuat pasangan rasa dihargai.
Jadi, betul ke lelaki tak tunjuk yang dia sayang, tapi sebenarnya caring?
Jawapannya, ya kebanyakan lelaki memang begitu.
Mereka mungkin tidak meluahkan perasaan secara terang-terangan, tetapi mereka menunjukkan cinta dengan cara tersendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebelum ini banyak kali terserampak dengan mereka yang melakukan terapi ini. Dimana kaki mereka direndamkan di dalam satu bekas yang berisi dengan air. Disamping itu, ada satu alat lain yang dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Dikatakan alat inilah yang akan mengeluarkan segala toksin daripada kaki.
Setelah beberapa minit, warna air tersebut akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Jika dibiarkan semakin lama, warna air tersebut akan menjadi lebih pekat dan berkeladak. Orang yang menyediakan rawatan tersebut mesti akan berkata, inilah toxin yang keluar daripada badan pelanggan.
Tetapi sejauh mana kebenaran perkara ini?
Dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4 kalau tak silap saya ada mengajarkan tentang satu proses kimia yang dinamakan sebagai ELEKTROLISIS.
Elektrolisis ini dedifinasikan sebagai satu teknik yang menggunakan arus elektrik utk menghasilkan satu tindak balas kimia
Saya ingin memperkatakan bahawa rawatan tersebut hanya menggunakan proses elektrolisis supaya tindak balas kimia dapat berlaku dan akan menyebabkan warna air bertukar warna. Ianya langsung tidak akan mengeluarkan toxin daripada dalam badan. MESIN TERSEBUT HANYA MENJALANKAN PROSES ELEKTROLISIS.
Anda pun boleh melakukan proses elektrolisis ini dirumah. Prosedurnya adalah
1) Ambil 2 batang rod besi
2) Sambungkan rod besi ini kepada bateri
3) Rendamkan kedua2 rod besi itu ke dalam satu bekas air. Bekas air kecik pun jadi
4) Larutkan sedikit garam ke dalam air supaya arus elektrik dapat bergerak dgn lebih senang.
Keputusannya, air tetap akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Ini disebabkan rod besi pada bahagian cathode akan dioksidakan menjadi ion ferum 3+ yang berwarna coklat. Ion ferum 3+ inilah yang akan menukarkan air menjadi warna coklat sama seperti coklat pada besi yang berkarat.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, rawatan ini hanyalah salah satu proses kimia yang mana ia disalahgunakan oleh orang lain untuk menipu masyarakat. Harap kita tidak lagi ditipu oleh rawatan sebegini.
Sumber : rootofscience
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lima laluan utama di Petaling Jaya akan ditutup bermula 12 tengah malam pada Jumaat ini, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal dalam satu kenyataan hari ini berkata, lima laluan terlibat ialah:
1. Susur masuk Penchala Link arah Damansara ke Mutiara Damansara atau Damansara Perdana
2. Susur masuk Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ke Mutiara Damansara atau Damansara Perdana.
3. Susur masuk LDP ke Jalan PJU 8/8 Flora Damansara
4. Susur keluar ke Jalan PJU 7/8
5. Lampu isyarat Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana susur masuk ke Penchala Link atau Kepong.
Bagaimanapun, Nik Ezanee berkata orang awam boleh keluar dari kawasan Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara dengan menggunakan laluan alternatif dari Damansara Perdana ke Penchala Link dengan menggunakan Jalan PJU 7/9 Mutiara Damansara.
Sementara dari Damansara Perdana ke Persiaran Surian pula, mereka boleh melalui Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara, katanya.
Ujar Nik Ezanee lagi, walaupun laluan berkenaan ditutup selama 24 jam sehari tetapi ia masih boleh dilalui oleh kenderaan ambulans, bomba, polis dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).
Mengulas lanjut, polis juga akan menambah satu lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) iaitu di PJU 7/1 Mutiara Damansara di kedua-dua arah, bermula pada waktu yang sama.
“Pihak polis sebelum ini melaksanakan dua SJR di Kilometer 0.3 Lebuhraya SPRINT menghala ke Plaza Tol Damansara dan satu lagi di Persiaran Surian Pelangi Damansara di kedua-dua arah,” katanya.
Nik Ezanee turut menasihatkan orang awam supaya mematuhi PKP sepenuhnya seiring usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Doktor yang merawat ketawa kecil dan berkata dalam hati “ Appendiks tu organ, dik. Nama penyakit tu sebenarnya appendicitis”
Persoalan ini selalu diajukan kepada doktor jika seseorang itu mengalami sakit perut. Tetapi tahukah anda istilah appendiks itu merujuk kepada struktur yang terletak di usus besar dan setiap bayi yang lahir mempunyai appendiks. Ia bukan nama penyakit tersebut.
Istilah yang betul adalah APPENDICITIS. Ia membawa maksud pembengkakkan atapun keradangan pada bahagian appendiks.
Appendiks = strukur dalam badan Apppendicitis = Appendiks yang sedang keradangan(Inflammed)
APAKAH APPENDIKS?
Appendiks merupakan struktur yang terletak pada permulaan usus besar. Bahagian permulaan usus besar ini dipanggil sebagai ‘cecum’. Appendiks merupakan satu unjuran kecil pada cecum dan panjangnya adalah lebih kurang 8-10cm. Ia terletak di bahagian bawah abdomen sebelah kanan.
FUNGSI APPENDIKS
Struktur Vestigial
Kebanyakkan pendapat mengatakan Appendix merupakan struktur Vestigial iaitu struktur ataupun organ yang kehilangan fungsinya apabila berlakunya proses evolusi ataupun perkembangan daripada embrio kepada orang dewasa. Tetapi dapatan yang terbaru menunjukkan appendiks mempunyai fungsi yang penting bagi usus manusia sebagai contoh menjadi perumah kepada bakteria baik dalam usus
Menjadi perumah kepada bakteria baik dalam usus
Kajian terbaru mendapati bahawa appendiks menjadi perumah kepada bakteria baik di dalam usus. Ia akan melepaskan bakteria baik ke dalam usus besar dan melindungi usus besar daripada jangkitan kuman bakteria yang jahat. Ini akan mengelakkan penyakit seperti cirit-birit berlaku kepada seseorang.
Ketika mana jangkitan kuman berlaku, bakteria baik ini akan duduk di dalam appendiks sehinggalah bakteria jahat itu dihapuskan oleh badan. Setelah jangkitan kuman hilang, bakteria baik ini akan dilepaskan semula untuk melindungi usus besar.
Ada juga kajian mendapati bahawa, mereka yang telah menjalani pembedahan buang appendiks mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami radangan usus besar disebabkan jankitan kuman Clostridium Defficile.
Imun dan sistem limfa
Appendiks juga mempunyai sistem limfa yang kompleks pada dindingnya. Dikatakan ia bertindak sebagainya struktur yang akan mengesan bakteria-bakteria jahat yang baru sahaja memasuki usus besar. Kemudian mereka akan menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria tersebut.
PENYAKIT APPENDICITIS
Appendicitis merupakan salah satu punca sakit perut yang teruk. Ia disebabkan keradangan yang berlaku pada struktur appendiks.
Diagnosis
Bagaimana hendak mengetahui seseorang itu mempunyai appendicitis ataupun tidak?
Diagnosis appendicitis boleh dibuat dengan berdasarkan pemeriksaan klinikal sahaja. Bermaksud dengan hanya mendapatkan sejarah pesakit berserta pemeriksaan doktor, diagnosis appendicitis dapat dibuat.
Pemeriksaan seperti ultrasound scan, CT-scan dan sebagainya digunakan ketika mana terdapat masalah dalam diagnosis tersebut. Jika pesakit datang dengan simptom yang pelik dan tidak diketahui puncanya, mungkin Ultrasound scan dan CT-scan dapat membantu dalam mengetahui masalah yang dialami oleh pesakit.
Sejarah Pesakit
Sakit perut merupakan salah satu simptom yang selalu dikatakan oleh pesakit appendicitis. Kebanyakkan pesakit appendicitis pada mulanya akan mengadu sakit perut bahagian tengah di kawasan pusat dahulu. Kemudian ia bergerak ke bahagian abdomen sebelah kanan bahagian bawah.
Kajian menggunakan cara meta-analisis menunjukkan sakit perut yang bergerak daripada bahagian tengah kemudian kebahagian kanan sebelah bawah mempunyai kaitan yang kuat dengan penyakit appendicitis.
Tetapi, ada sesetengah pesakit appendicitis yang mempunyai simptom yang berlainan daripada simptom-simptom tersebut. Ini disebabkan lokasi appendiks yang boleh berubah-ubah. Seperti yang diterangkan di atas, appendiks merupakan satu unjuran yang keluar daripada ‘cecum’. Ia dikatakan sebahagian usus besar yang tidak membesar. Disebabkan ia seperti satu jari yang panjang, maka lokasi appendiks berlainan bergantung kepada individu.
Lokasi yang berlainan inilah yang akan memberikan simptom yang berlainan kepada pesakit sebagai contoh:
1) Retrocaecal/retrocolic: Bermaksud appendiks terletak di bahagian belakang caecum. Pesakit appendicitis selalunya akan mengadu sakit belakang bahagian kanan. Kesakitannya akan bertambah apabila kaki kirinya di kepak kebelakang. Tanda ini dinamakan sebagai ‘Psoas sign’
Ia disebabkan lokasi appendiks dibelakang cecum akan bersentuhan dengan otot ‘psoas’ yang terletak dibelakang bahagian badan kita. Apabila kaki dikepakkan(extension of hip) ke belakang, ia akan menegangkan otot psoas yang sedang radang dan ini menyebabkan pesakit berasa sakit dibahagian belakang badan
2) Subcaecal/pelvic: Bermaksud appendiks itu terletak dibawah ‘caecum’ ataupun di dalam pelvis. Ini akan menyebabkan sakit di bahagian ari-ari dan pesakit akan asyik merasakan ingin membuang air kecil dan mengalami cirit-birit. Pesakit mungkin tidak akan mengadu sakit perut yang teruk tetapi apabila pemeriksaan pada dubur(per rectal) dibuat, pesakit akan mengadu kesakitan.
Ia disebabkan kedudukan appendiks di dalam ruang pelvis juga akan menyebabkan keradangan pada bahagian pundi kencing dan juga rectum. Rectum merupakan bahagian terakhir usus besar sebelum ia keluar melalui dubur(Anus).
Pemeriksaan Per Rectal adalah dengan cara memasukkan jari ke dalam dubur untuk memeriksa beberapa perkara seperti prostate, keadaan najis dan juga appendiks yang terletak dibahagian subcaecal
3) Pre-ilea dan post ileal – Tanda dan simptom mungkin suk
ar untuk dilihat. Muntah-muntah dan cirit-birit merupakan salah satu petanda appendicitis dibahagian ini.
TANDA-TANDA
Demam melebihi 38 darjah celcius
Denyutan nadi yang laju. Istilah perubatannya tachycardia. Denyutan jantung melebih 100 bagi orang dewasa
Sakit bahagian kanan sebelah bawah apabila ditekan(tenderness at Right Iliac Fossa)
Titik yang paling sakit adalah pada titik McBurney. Lokasi titik tersebut terletak 2/3 diantara pusat dan jugak ‘Anterior Superior Iliac Spine’(Unjuran tulang iliac bahagian atas dan depan. Tulang iliac merupakan salah satu daripada tulang pelvis.
Guarding. Bermaksud apabila kita tekan kawasan(McBurney’s point) tersebut, pesakit akan cuba menolak tangan kita ataupun cuba mengalihkan kawasan badan itu disebabkan sakit yang terlampau. Kawasan tersebut juga akan sedikit keras disebabkan ototnya menegang seolah-olah melindungi kawasan ‘appendicitis’ tersebut
PUNCA KERADANGAN APPENDIKS
Setakat ini, punca Appendicitis masih lagi tidak diketahui. Ia kemungkinan dipengaruhi pelbagai faktor seperti keadaan dalam appendiks yang tersumbat, diet dan juga keturunan. Tetapi tiada lagi punca yang spesifik yang telah ditemui
RAWATAN
Rawatan ‘appendicitis’ adalah pembedahan untuk buang struktur appendiks tersebut. Walaupun wujud kajian yang menyatakan keberkesanan penggunaan antibiotik adalah sama seperti pembedahan, tetapi ia juga menyatakan penggunaan antibiotik sahaja akan menyebabkan kadar ‘appendicitis’ berulang(Recurrent appendicitis) menjadi tinggi.
Ini akan mendedahkan pesakit kepada komplikasi appendicitis yang berbahaya seperti appendiks pecah. Appendiks pecah merupakan salah satu komplikasi yang ditakuti oleh doktor bedah. Ini kerana apabila pecah, najis di dalam usus akan keluar ke dalam ruang abdomen dan menyebabkan seluruh abdomen menjadi keradangan. Pesakit mungkin akan kehilangan nyawa pada ketika ini.
Oleh sebab itu, rawatan yang paling tepat bagi pesakit yang mempunyai appendicitis adalah dengan pembedahan untuk buang appendiks tersebut.
Kemajuan teknologi perubatan masa kini telah menemukan cara dan juga teknologi pembedahan yang canggih. Pada dahulunya pembedahan buang appendiks yang dikenali sebagai ‘appendicectomy’ memerlukan pemotongan bahagian abdomen untuk membuang appendiks tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.