Betul Ke Lelaki Botak Nampak Seksi? Ini 5 Sebabnya Dari Pandangan Mata Wanita!

Share

Betul ke lelaki botak nampak seksi di mata wanita? Bagi segelintir wanita, jawapannya adalah ‘ya’ kerana lelaki botak dikatakan boleh menggetarkan jiwa.

Dalam masa yang sama, lelaki botak seperti memiliki aura yang sangat lain macam selain mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

Lelaki botak juga dilihat memiliki keistimewaan tertentu dari sudut pandangan wanita seperti :

1. Kelihatan lebih maskulin

Segelintir wanita biasanya akan tertarik kepada bentuk kepala lelaki yang botak. Lagi-lagi kalau jenis kepala yang ‘bersinar’, ramai wanita jatuh cinta.

2. Punyai daya tarikan misteri

Ada kalanya, segelintir wanita itu tidak tahu kenapa mereka sukakan lelaki yang botak. Yang mereka rasa, kelibat lelaki botak sangat mendebarkan hatinya.

3. Jimat berbelanja

Wanita anggap lelaki botak dapat jimat berbelanja terutamanya dari segi pengurusan rambut kerana lelaki botak tidak perlu pening cari syampu yang sesuai.

4. Ringkas dan kemas

Lelaki botak dilihat sebagai ringkas dan kemas. Paling menarik di mata wanita, golongan lelakai berkepala botak lebih cepat bersiap untuk keluar ke temu janji.

5. Percayakan diri

Biarlah apa orang nak kata, lelaki botak lebih percayakan diri sendiri dan mampu pergi ke mana-mana dengan selesa sekali gus menunjukkan tiada sikap hipokrit.

Published by
Akyem Samad