Selain kaki gym, anda yang beginner juga berpeluang untuk besarkan triceps. Jangan bimbang, tanpa ke gym pun anda masih mampu untuk besarkan triceps walaupun hanya melakukan senaman di rumah.
Triceps adalah bahagian belakang dari otot lengan bahagian atas yang memiliki tiga kepala seperti outer atau lateral head, inner head dan long head. Otot lengan yang baik akan memberi kesan pertama kepada susuk tubuh menjadi bentuk yang lebih athletic.
Triceps merupakan 2/3 bahagian dari lengan bahagian atas. Apabila anda ingin membesarkan otot lengan atas, otot tricepslah yang sebenarnya perlu dilatih dengan keutamaan yang lebih tinggi daripada otot biceps.
Tanpa otot triceps, anda tidak akan dapat melakukan pelbagai jenis latihan. Ini kerana otot triceps dikenali sebagai otot penyokong yang sangat penting dalam latihan-latihan untuk bahu, dada, lengan dan punggung.
– Mulakan dengan posisi tekan tubi. Pastikan kedua-dua belah tangan rapat.
– Turunkan tangan sama seperti gerakan latihan senaman tekan tubi.
– Ulang 3 set. Buat 12 kali ulangan bagi setiap set.
2. Triceps dips
Ads
– Letak kedua tangan di kerusi dengan jari menghadap ke depan sehingga lengan lurus dan triceps sejajar dengan sandaran kerusi.
– Luruskan kaki sepenuhnya di hadapan dan tempatkan tumit di lantai.
– Turunkan badan dan naik semula untuk mendapatkan ketegangan di bahagian triceps.
– Ulang 3 set. Buat 12 kali ulangan bagi setiap set.
– Mulakan dengan posisi menegak dan letakkan dumbell pada kedua-dua tangan.
– Tolak kedua-dua belah siku ke atas.
– Ulang 3 set. Buat 12 kali ulangan bagi setiap set.
4. Punches
– Angkat kedua-dua belah tangan seperti ingin menumbuk sambil memegang dumbbell.
– Lepaskan tumbukan bermula dengan tangan kanan ke depan, diikuti dengan tangan kiri.
– Tumbukan tersebut haruslah difokuskan pada otot triceps dengan sedikit twist.
– Ulang 3 set. Buat 12 kali ulangan bagi setiap set.
Individu yang mempunyai masalah besar di bahagian punggung memang memalukan. Tambah lagi apabila anda adalah sorang lelaki. Jika perempuan sekurang-kurangnya kelemahan itu boleh di jadikan ‘aset’ dan kelebihannya.
Antara cara untuk anda kurangkan lemak di mana-mana bahagian terutamanya di kawasan dipunggung adalah anda perlu kurangkan berat badan melalui pemakanan dan lakukan senaman untuk dapatkan bentuk yang diidamkan.
Ini dia beberapa senaman untuk kecilkan dan buang lemak di punggung!
Squat
Lakukan skuat atau cankungan sekurang-kurangnya 30 kali dan repeat selama 3 kali.
Hold Squat
Hold squat sama seperti squad cuma bezanya anda perlu cangkung dan selarikan tangan dengan bahu dan tahan selama 10saat. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Sumo Squat
Pergerakan ini sama seperti squat cuma anda perlu lebarkan sedikit kaki seperti sumo, dan tangan anda perlu mengikut pergerakan badan. Jika Turun, tangan perlu rapat di dada dan jika anda bangun, anda perlu membukanya atau bagai menolak badan ke atas. Lakukan pergerakan ini sebanyak 20 kali dan ulangi sebanyak 3 kali.
Jump Squat
Sama juga seperti squad, cuma bezanya anda perlu menolak badan dengan cara melompat. Lakukan pergerakan ini selama 15 kali serta ulangi pergerakan ini sebanyak 2 kali.
Split Lunges
Pastikan peha di hadapan anda berkedudukan 90 darjah dan lutut ke kaki melutu ke tanah. Lakukan selama 25 kali dan ulang pergerakan ini sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Untuk lebih extreme lakukan dengan perlahan dan selang seli peha kanan dan kiri.
Jump Lunges
Lakukan pergerakan yang sama seperti Split Lunges cuma bezanya anda perlu melompat dan tukar-tukar peha kiri dan kanan. Lakukan 25 kali dan ulang sebanyak 3 kali.
Frog Jump
Bagaikan katak melompat, itu gambaran yang paling mudah untuk anda bayangkan. Lompat dari point A ke B dan ulangi dari B ke A. Lakukan pergerakan ini sebanyak 10 kali dan ulang pergerakan ini sebanyak 2 kali.
Untuk lebih berkesan dan mencabar anda boleh menambah dan menggunakan apa-apa objek berat sebagai aksesori tambahan. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Libido, atau keinginan seksual, boleh berubah-ubah sepanjang kehidupan seorang lelaki. Tenaga ‘dalaman’ ini harus diakui lelaki boleh berubah-ubah di atas beberapa faktor.
Namun, bertentangan dengan kepercayaan umum, usia bukanlah penyebab utama penurunan libido.
Gabungan gaya hidup, kesihatan mental, dan kesejahteraan fizikal memainkan peranan yang lebih penting dalam mengekalkan kemahuan dan kemampuan seksual yang sihat.
Menerusi artikel ini, MASKULIN ingin bincangkan cara-cara untuk meningkatkan libido lelaki secara sihat.
1. Utamakan Senaman Berkala
Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan libido secara semula jadi adalah melalui aktiviti fizikal secara berkala.
Senaman bukan sahaja memperbaiki kesihatan kardiovaskular, tetapi juga meningkatkan mood dan menaikkan paras testosteron, yang penting untuk fungsi seksual.
Dr. Ryan Berglund, seorang pakar urologi di Cleveland Clinic, menyatakan, “Senaman membantu memperbaiki peredaran darah dan pengeluaran hormon, kedua-duanya penting untuk libido yang sihat.”
Latihan intensiti tinggi (HIIT) dan latihan kekuatan seperti angkat berat sangat berkesan dalam meningkatkan paras testosteron.
2. Urus Tekanan
Tekanan boleh merosakkan libido lelaki. Tekanan kronik menyebabkan pengeluaran kortisol, hormon yang boleh menekan paras testosteron dan mengurangkan keinginan seksual.
Mengurus tekanan melalui teknik relaksasi seperti meditasi, pernafasan dalam, atau melibatkan diri dalam hobi boleh membantu mengatasi masalah ini.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine, lelaki yang mengamalkan mindfulness secara berkala melaporkan peningkatan ketara dalam libido dan kepuasan seksual secara keseluruhan.
3. Tingkatkan Kualiti Tidur
Tidur yang berkualiti penting untuk mengekalkan kesihatan keseluruhan dan libido. Kajian dari Universiti Chicago mendapati bahawa lelaki yang mengalami kekurangan tidur mempunyai paras testosteron yang jauh lebih rendah.
Memastikan anda mendapat rehat yang mencukupi, sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam, boleh memberi kesan besar kepada paras hormon dan keinginan seksual.
4. Fokus Pada Diet Seimbang
Diet memainkan peranan penting dalam kesihatan seksual. Memasukkan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang menyokong pengeluaran hormon adalah penting.
Zink dan magnesium, contohnya, diketahui membantu pengeluaran testosteron. Makanan seperti tiram, bayam, dan biji labu adalah sumber yang baik untuk mineral ini.
Selain itu, makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah beri dan sayuran hijau membantu meningkatkan peredaran darah, yang penting untuk fungsi ereksi.
Dr. Lisa Mosconi, pengarah Women’s Brain Initiative di Weill Cornell Medical College, menekankan kepentingan diet dalam mengekalkan libido yang sihat.
“Makanan yang sama yang melindungi jantung anda, seperti sayuran hijau, bijirin penuh, dan lemak sihat, juga meningkatkan prestasi seksual anda dengan memperbaiki peredaran dan meningkatkan kesihatan hormon.”
5. Jangan Abaikan Kesihatan Emosi
Kesejahteraan emosi seorang lelaki sangat berkait rapat dengan libidonya. Kebimbangan, kemurungan, dan masalah hubungan boleh menurunkan keinginan seksual.
Mendapatkan kaunseling atau terapi apabila diperlukan boleh membawa perubahan besar. Berbincang secara terbuka dengan pasangan tentang sebarang kebimbangan atau masalah juga boleh memperbaiki keintiman dan membangkitkan semula libido yang merosot.
6. Suplemen dan Rawatan Semula Jadi
Beberapa suplemen dan rawatan semula jadi telah dikaji untuk potensinya dalam meningkatkan libido.
Ginseng, akar maca, dan L-arginine dipercayai dapat memperbaiki peredaran darah dan prestasi seksual. Namun, adalah penting untuk berunding dengan penyedia kesihatan sebelum menambah sebarang suplemen ke dalam rutin anda.
Adalah salah faham yang umum bahawa usia adalah penyebab utama penurunan libido. Walaupun paras testosteron menurun secara semula jadi dengan usia, penyelidikan menunjukkan bahawa tabiat gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan banyak kesan ini.
Kajian yang diterbitkan dalam Endocrine Reviews mendapati bahawa lelaki yang kerap melakukan aktiviti fizikal dan mengekalkan diet yang sihat mengalami penurunan keinginan seksual yang lebih sedikit berbanding mereka yang menjalani gaya hidup tidak aktif, tanpa mengira usia.
Dr. Abraham Morgentaler, seorang pakar urologi dan pengasas Men’s Health Boston, menegaskan, “Walaupun penuaan boleh menyumbang kepada perubahan hormon, faktor seperti tekanan, diet yang buruk, dan kekurangan aktiviti fizikal sering menjadi penyumbang yang lebih ketara kepada penurunan libido.
“Lelaki boleh menikmati kehidupan seksual yang sihat hingga usia tua dengan tabiat yang betul,” jelasnya lagi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki antara kelebihan utama berbanding wanita ialah kemampuan menahan diri lebih lama untuk membuang air kecil.
Tapi tahukah anda tabiat menahan kencing merupakan satu perbuatan yang tidak elok untuk kesihatan anda?
Perkara ini sering dilakukan oleh lelaki terutamanya bila memandu pada jarak jauh atau melakukan kerja pada waktu pejabat. Usah amalkan begitu kerana kotoran air kencing yang ditahan itu perlu dikeluarkan dengan seberapa segera daripada badan.
Tabiat menahan diri daripada membuang air kecil jika diamalkan berlarutan boleh memberikan kesan sangat negatif terhadap kesihatan. Akan tetapi ia mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan umur.
Sebagai contoh kanak-kanak yang menahan kencing akan berdepan dengan komplikasi lain di masa akan datang. Bagi orang dewasa pula ia boleh menyebabkan jagkitan pada saluran kencing. Malahan dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan masalah inkontinens iaitu masalah hilang kemampuan untuk menahan kencing.
Sedar tak sedar seluar sudah basah dek kerana badan sudah tak mampu menahan kencing secara semulajadi.
HILANG KAWALAN
Dalam kes lebih teruk seseorang berdepan masalah ini boleh terkencing di mana-mana dan bila-bila sahaja. Apabila batruk atau bersin, air kencing boleh keluar tanpa disedari. Bagi mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang, uretra yang tersumbat atau pun kerosakan saraf turut berlaku.
Tahukah anda bahawa jika kencing melebihi lapan kali dalam sehari ia merupakan indikasi sesuatu yang tidak normal berlaku. Jangan pula anda mengurangkan jumlah pengambuilan air kerana ingin elak tahan kencing kerana itu adalah tindakan salah.
Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif. Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
RAWATAN LANJUTAN
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.