Nampaknya ramai yang tidak jujur ketika memberi maklumat kepada doktor dan nurse yang bertugas, macam-macam kes yang kita dengar.
Ada yang sanggup menipu tiada kena mengena dengan Jemaah tabligh atau pesakit yang telah di sahkan positif COVID-19. Untuk mengaku ke luar negara lagi lah tiada.
Namun setelah di masukkan ke wad, barulah pesakit ini akan meminta untuk buat sarigan COVID dan akhirnya mereka di dapati postif COVID19.
Doktor: Saya tengok hasil Xray dada encik teruk. Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah tabligh atau pesakit positif covid-19?
Pesakit: Betul doktor, berapa kali saya nak jawab. Ta ya alif dal alif. Tiada. Susah sangat ke doktor nak faham jawapan saya?”
“Aik? Kita pula yang dipersoal.
Doktor: Beginilah encik, saya perlu bincang dengan pakar saya”
“Kali ini pakar pula yang tanya,
Doktor Pakar: Saya mahu encik jujur, betul encik tak ada kontak rapat?”
“Rasanya dah lebih 3 kali pakar kecemasan tanya soalan sama. Jawapannya tetap sama.
Pesakit: TIADA.
“Akhirnya pakar akur. Beliau dimasukkan di wad biasa untuk jangkitan pneumonia (jangkitan paru-paru).
Pesakit: Ini Doktor S ke?
Doktor: Ya saya.
Pesakit: Doktor kena buat covid test dengan segera. Pesakit yang doktor admit 2 hari lepas, positif covid 19.
“Terduduk. Tercengang. Kelu.
“Akhirnya barulah beliau mengaku pernah ada kontak rapat dengan jemaah tabligh di satu majlis perkahwinan.” Tulisnya di Facebook.
Hal ini mengganggu proses memutuskan rantaian infeksi COVID19 dan akhirnya kakitanggan hospital ramai yang terkena dan disahkan positif COVID19.
Hal ini telah disahkan sendiri oleh Dr. Ahmad Samhan melalui Facebook miliknya. Menurutnya kisah seperti ini di ceritakan sendiri oleh rakan-rakannya yang mana mereka terpaksa berdepan dengan pesakit yang menipu.
Dirinya agak kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dengan menipu para frontliner, Menurutnya adakah kebohongan itu dapat menjanjikan nyaman pada perasaan?
“Kejujuran pesakit sangat berharga bagi kami. Andai dijual, kami sanggup membeli. Kami barisan frontliner berjanji sepenuh hati yang kami akan terus bekerja dan merawat pesakit lain. Tidak ada agama yang menggalakkan berbohong dan masalah lebih cepat diselesaikan jika kita jujur dalam tindakan.” Tambahnya.