Tak kira lelaki ataupun wanita, pasti anda akan mengalami masalah kulit berjerawat kan? Ini terjadi kerana keradangan pada wajah dan kekotoran udara sepanjang hari. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila jerawat anda sudah hilang, namun kesannya masih di situ. Pasti anda telah habiskan duit anda ke pusat kecantikan di luar sana kan? Dan keputusannya? Masih sama. Anda mungkin menggunakan alat solek untuk menutup tompok-tompok hitam pada wajah anda (wanita), namun ia tidaklah tahan lama. Dalam masa yang sama, memakai alat solek juga boleh mengakibatkan wajah anda rosak. Kami akan berikan tips untuk anda buang kesan jerawat yang mencacatkan wajah anda tu.
Lidah buaya sememangnya baik untuk dijadikan makanan harian ataupun untuk wajah. Khasiat lidah buaya dari dulu sehingga sekarang tidak boleh disangkal oleh mana-mana saintis di dalam dunia ini. Ia boleh melambatkan penuaan, melembabkan kulit dan hapuskan parut di muka menjadikan wajah anda bersinar dan sihat. Apa yang anda perlu buat adalah campurkan lidah buaya dengan air buah lemon, sapukan dibahagian wajah anda dan biarkan selama 30 minit. Anda bakal mendapatkan kesan setelah seminggu.
Jika anda ingin mempercepatkan proses penyembuhan wajah anda tu, anda bolehlah cuba campurkan gula dan juga minyak zaitun. Satu sudu kecil minyak zaitun dan satu sudu besar gula dan gosokkan kepada wajah anda. Lakukan 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan bebas parut. Salah satu cara lagi dengan menggunakan garam laut. Untuk yang ini anda perlu mengambil satu sudu kecil rata garam dan campurkan sukatan yang sama untuk minyak zaitun. Gosokkan pada wajah anda, dan bilas.
Baking soda ni bukan saja digunakan untuk masakan, membersihkan periuk. Malah ia juga berguna untuk kecantikkan wajah. Baking soda bertindak untuk membuang sel mati pada kulit dan menjadikan kulit lebih segar. Anda hanya perlu gaulkan dengan sedikit air sampai ia likat dan sapukan pada bahagian yang bertompok, lalu bilas. Ulang rutin ini 2-3 kali minggu dan lihat hasilnya. Selain itu ia juga menghalang dari pertumbuhan jarawat baru.
Banyak produk kecantikan yang berasaskan jus lemon kerana ia punya khasiat tersendiri. Anda masih boleh menggunakan buah lemon tanpa perlu membeli produk kecantikkan. Cuma perlu perah buah lemon dan sapukan pada bahagian yang bermasalah. Anda juga boleh menggunakan kaedah campuran bahan-bahan sebelumnya iaitu dengan mencampurkan 1 sudu jus lemon, 2 sudu madu, 1/2 sudu gula dan 1 sudu minyak zaitun. Sapukan dibahagian wajah anda 2 kali seminggu dan lihat hasilnya. Ingat! Jangan sapu terlalu kuat, kerana ia boleh merosakkan kulit anda lebih teruk.
Telur putih boleh dijadikan mask sebelum anda tidur. Ia boleh menghapuskan cela di bahagian muka dan membuatkan kulit anda lebih anjal. Lagipun, ia mempunyai protein yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit anda. Anda hanya perlu pukul putih telur dan letakkan di wajah anda yang bermasalah. Lalukan 2 kali seminggu. Perlu ingat jika anda alah dengan telur, dinasihatkan supaya anda tidak menggunakan telur untuk rawatan kulit muka.