Tidak dinafikan bersenam merupakan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan.
Ada yang suka bersenam di waktu pagi dan tidak kurang juga yang suka bersenam di waktu malam.
Bagi yang sering berdepan dengan masalah sukar tidur lena, ini ada jalan penyelesaian untuk anda.
Jika anda mahu tidur lebih lena dan tidak terganggu di waktu malam, ubahlah jadual bersenam di waktu pagi bermula hari ini.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, bersenam di waktu pagi membolehkan tubuh mengeluarkan hormon yang memudahkan anda tidur lebih lena dan badan menjadi lebih sihat.
Oleh itu, pastikan anda menukar jadual bersenam di waktu pagi supaya tidur anda lebih lancar dan lena selepas ini.
BERSENAMLAH WAKTU PAGI AGAR MENDAPAT TIDUR YANG LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM
Bagi mereka yang mengalami masalah tidur di waktu malam, cara terbaik ialah melakukan senaman pada waktu pagi. Bila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu tubuh untuk mudah tidur dan menjadi lebih sihat.
Senaman pagi secara tetap akan membantu kita memperbaiki kitaran tidur (sleep rhythms) dan akan merangsangkan tubuh kita akan mengeluarkan hormon melatonin pada sebelah petang bertujuan untuk kita mudah tidur di waktu malam. Ini bagus untuk mendapatkan tidur yang lena, kata Dr Sofie Laage-Christiansen from Aarhus University, Denmark, menjalani kajian tidur dalam Ph.D nya.
BOLEH MERANGSANG TUBUH DAN OTAK
“Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang hari, merangsangkan otak untuk mengeluarkan hormon melatonin di waktu petang (awal malam).”
Jadi bangunlah lebih awal untuk melakukan senaman yang ringan kerana ia merangsangkan tubuh mengeluarkan hormon adrenaline, yang menyebabkan tubuh akan berasa segar sepanjang hari.
Adrenaline adalah hormon yang akan dikeluarkan ketika kita berada dalam keadaan stress, menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan meningkatkan tekanan darah. Ia akan dikeluarkan ketika sedang bersenam.
Sudah tentu ianya berbahaya jika kita berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang apatah lagi jika senaman dilakukan pada masa yang tidak sesuai seperti waktu malam. Sepatutnya pada lewat petang dan malam, tubuh kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang rendah sebagai persediaan untuk tidur.
Ads
Adrenaline adalah salah satu hormon yang mempunyai kesan positif pada tubuh jika ia dikeluarkan pada waktu siang. Otak kita akan berasa segar dan ini tidak sesuai apabila kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang tinggi pada waktu malam kesan hormon adrenaline berlangsung selama beberapa jam, menurut Dr Laage-Christiansen.
Selain noradrenaline, cortisol dan endorphins, juga bertindak seperti adrenaline ketika dalam stress.
DUA HORMON INI MERANGSANG PERMULAAN TIDUR
Satu lagi hormon adalah hormon serotonin, atau dikenali sebagai ‘hormon kegembiraan’ yang membantu saraf dan otak berfungsi dengan baik. Dopamine pula adalah sebatian natural dalam tubuh yang dikeluarkan apabila kita merasa pengalaman yang menarik dan indah. Jadi kedua-dua hormon ini sangat baik untuk merangsang permulaan tidur kita.
Tetapi kedua-dua serotonin dan dopamine tidak dikeluar semasa kita berada dalam stress dan apabila tahap hormon adrenalin berada dalam keadaan yang tinggi. Ini bermakna kita tidak dapat tahap serotonin dan dopamine yang diperlukan selama beberapa jam setelah noradrenaline dikeluarkan.
SUKAR TIDUR JIKA BERSENAM MALAM
Jika kita menamatkan senaman kita pukul 11-12 malam, bermakna kita mungkin akan mengalami rasa sukar untuk tidur sehingga 2-3 pagi.
Jadi cara yang terbaik adalah bersenam pada waktu pagi kerana ia mengekalkan jam biologi atau ‘biological clock’ sepanjang hari. Bila hormon ini dikeluarkan sepanjang hari pada waktu siang di masa kita bekerja, mental dan fizikal kita bersedia menghadapi cabaran.
Ads
Jam biologi kita telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan hormon cortisol dan noradrenalin pada tahap tertinggi pada pukul 9 pagi dan menghentikan pengeluarannya apabila waktu malam. Keadaan ini bertukar iaitu tahap hormon crtisol dan noradrenalin berada di tahap tertinggi bila kita berada dalam keadaan stress dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam pda waktu malam.
BERSENAM DI TEMPAT YANG TERDEDAH DENGAN CAHAYA MATAHARI
Selain dari bersenam pada waktu pagi, cara yang terbaik adalah melakukan senaman di luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari dan akhirnya merangsang pengeluaran melatonin di lewat petang. Bersenam di tempat yang tiada cahaya matahari terutama pada waktu malam tidak merangsangkan pengeluaran melatonin secukupnya.
Inilah cara untuk menjadikan seseorang yang mengalami sukar untuk tidur (kita istilahkan sebagai ‘a night owl’ ) kepada orang yang mudah bangun pagi (‘an early riser bird). Bersenam di awal pagi di bawah cahaya matahari yang tidak terik.
Tidak kira senaman yang kita lakukan, asalkan ia adalah aktiviti fizikal. Berjalan pun sudah memadai terutama bagi mereka yang sudah ada penyakit kronik. Begitu juga orang yang sudah berusia 45 tahun ke atas, kecuali mereka benar-benar fit.
Bersenam pada waktu pagi juga membantu merawat rasa kerunsingan (anxiety). Jika seorang yang mengalami masalah ini tidak sempat melakukan senaman pada waktu pagi, bolehkah mereka melakukannya pada waktu malam?
Menurut Dr Laage-Christiansen, lebih baik tidak melakukannya pada waktu malam dan menunggu pada waktu pagi pada hari yang lain. Ini kerana orang yang mengalami masalah kerunsingan selalunya lebih mudah akan mengalami masalah sukar tidur di waktu malam jika melakukan aktiviti fizikal pada waktu malam.
BERSENAM MALAM TIDAK BAGUS DILAKUKAN BERTERUSAN
Melakukan senaman pada waktu malam ketika tubuh sedang bersiap untuk rehat adalah bertentangan dengan fitrah dan jam biologi kita. Hormon stress akan menyebabkan tubuh dalam keadaan mood aktif, padahal sepatutnya pada waktu itu tubuh berada dalam mood rehat. Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih sukar untuk tidur. Terutama jika dilakukan oleh pesakit yang ada masalah anxiety.
Ads
Memang benar, bersenam lebih baik dari tidak bersenam. Tetapi bersenam pada waktu malam tidak bagus dilakukan berterusan dan dilakukan sebagai amalan setiap hari. Ini kerana menyebabkan tubuh berada dalam keadaan stress pada waktu bukan sepatutnya.
Tidak menjadi masalah bila melakukan sesekali melakukan aktiviti bersenam pada waktu malam sebagai salah satu aktiviti bersosial tetapi bukanlah amalan yang baik jika dilakukan pada setiap hari dalam jangka masa yang lama berjam-jam.
BERSENAM MALAM PENYEBAB STRES
Seorang pakar dalam kajian tidur, Professor Poul Jennum dari Department of Clinical Medicine, di University of Copenhagen, Denmark, mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya bersenam sebelum kita tidur atau selepas pukul 8 malam. Bersenam pada waktu ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan stress pada bukan waktunya dan ia mengganggu kitaran tidur kita.
Banyak kajian pada masa ini yang mengaitkan tubuh dan minda yang stress dengan masalah metabolik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Penyakit-penyakit ini sudah tentu tidak berlaku pada jangka masa yang pendek, tetapi berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah penyakit tersebut.
Jika tidak sempat bersenam di awal pagi, kita boleh bersenam selepas balik kerja di waktu petang. Bukan di waktu malam.
Semoga bermanfaat.
Boleh dapatkan banyak info lagi di fb saya Dr Zubaidi Hj Ahmad
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Johor Bahru
Dapatkan 35% diskaun untuk barangan Adidas terpilih Bermula 19-21 Jun 2020 ni. Klik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bak kata orang sukan larian atau lebih popular di kalangan orang awam sebagai ‘jogging’ boleh dilakukan tanpa menggunakan apa-apa peralatan mahal. Apa yang penting hanyalah sepasang kasut larian yang sesuai dan selesa. Perubahan mampu anda lakukan!
Tapi tahukah anda selain memberikan faedah kesihatan kepada anda aktiviti larian juga mempunyai banyak faedahnya?
Berikut merupakan faedah aktiviti larian yang anda akan dapat!
1) HILANGKAN STRES
Pernahkah anda melihat filem ‘Forest Gump’? Di dalam filem itu karakternya berlari kerana dia tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan stres. Seterusnya menjadi legenda larian yang mendapat liputam. Begitulah antara faedah larian.
Ia dapat meringankan stres anda dan membuang segala tenaga berlebihan yang selama ini membebankan anda. Anda bakal terkejut dengan perubahan yang dialami!
2) KEMBALIKAN TENAGA DALAMAN
Jika mengamalkan aktiviti larian secara konsisten stamina anda akan bertambah. Dan bila stamina bertambah secara tak langsung tenaga dalaman atau batin anda juga akan meningkat. Selain anda pasangan juga akan dapat merasa kelebihan ini, bukan? Jadi teruskan berlari untuk anda terus mantap.
3) KESIHATAN JANTUNG
Antara kelebihan kesihatan yang anda perolehi ialah meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung.
Dengan setiap aktiviti larian anda akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik. Anda secara tak langsung boleh mengurangkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok. Ini satu perubahan kesihatan yang baik.
4) TURUNKAN BERAT BADAN
MASKULIN sendiri telah melihat banyak testimoni orang yang berjaya turunkan berat badan dengan berkala dan baik dengan hanya melakukan larian.
Pembakarana kalori yang efisien akan berlaku jika anda sentiasa konsisten melakukan aktiviti larian sekali gus membakar lemak yang degil.
5) BINA KEKUATAN TULANG & OTOT
Jika berlari secara konsisten anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Pada masa yang sama tulang akan dirangsang untuk jadi lebih kuat dan tak mudah dimamah usia.
6) TIDUR YANG LEBIH NYENYAK
Anda tak percaya? Cuba jogging sejauh kira-kira 5 kilometer anda lihat bagaimana sendiri kualiti tidur anda pada malam tersebut. Disebabkan anda menggunakan tenaga yang banyak tidur anda akan jadi lebih nyenyak. Selain itu anda juga boleh tetapkan tidur yang lebih teratur.
7) ALIRAN DARAH LEBIH BAIK
Semasa anda jogging darah yang kaya sdengan oksigen akan dialirkan dengan baik ke bahagian otak. Lalu menyebabkan bekalan oksigen di bahagian otak mencukupi. Ini akan buat anda jadi lebih segar dan produktif.
8) KEHIDUPAN SOSIAL
Bila anda sudah selesa berlari apa kata cuba masuk pertandingan larian. Jika tak sempat untuk sertai mana-mana pertadingan, jangan risau. Anda boleh sertai cabaran virtual run.
Kulit yang sihat datang dari aktiviti yang sihat. Dengan aktif berlari anda akan merangsang pengaliran darah dalam badan. Pembuangan sisa toksin menerusi peluh dan kulit juga akan lebih efisyen dan sekali gus menjadikan kulit anda lebih sihat.
10) MOTIVASI DIRI
Berlari juga dapat membawa minda anda untuk mendapat motivasi. Sebagai contoh bila anda letakkan sasaran jaraka larian. Bila ia tercapai pasti anda akan rasa sangat puas hati dan bangga dengan diri sendiri kerana berjaya melakukannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kehadiran media sosial yang semakin mendominasi turut melahirkan ramai pempengaruh, malah meletakkan populariti mereka sebaris dengan selebriti kelahiran media arus perdana.
Begitu juga di bidang kecergasan, semakin ramai jurulatih dan penggiat kecergasan membina nama dan kerjaya mereka menerusi platform media sosial.
Carta 50 Pempengaruh Kecergasan Dunia 2024 hasil kaji selidik terkini Natural Foundation Supplement, mendedahkan jumlah pempengaruh kecergasan dari kalangan lelaki adalah kurang dominan berbanding wanita.
Di kedudukan 10 teratas, seramai tujuh pempengaruh merupakan wanita berbanding hanya tiga pepengaruh lelaki.
Secara keseluruhan pula, jumlah pempengaruh wanita seramai 26 orang itu mengatasi sejumlah 24 pempengaruh lelaki.
Malah, kedudukan pertama carta juga dirangkul oleh pempengaruh wanita iaitu Sommer Ray dengan jumlah pengikut seramai 38.9 juta, mendahului pempengaruh lelaki di tempat kedua iaitu Chris Bumstead (Cbum) dengan 27.1 juta pengikut.
Antara wanita yang menduduki 10 teratas termasuklah Chloe Ting, Anllela Sagra, Pamela Reif dan Michelle Lewin.
Daripada senarai itu, hanya Thibaud Delapart dan David Michigan yang berjaya mendapat tempat 10 teratas selain Cbum di dalam carta 50 teratas keseluruhan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berpuasa adalah salah satu cara terbaik detoksifikasi untuk tubuh yang lebih sihat dan segar, selain mampu menurunkan berat badan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol.
Malah amalan ini melatih anda untuk mengawal nafsu dan kesabaran mental, namun berpuasa adalah satu cabaran besar bagi mereka yang menghidapi masalah gastrik. Jadi kami kongsikan tip bagi menghadapi cabaran melawan gastrik di bulan Ramadan ini.
Ringan Tetapi Sihat
Sakit perut semasa berpuasa ini , bukan lah disebabkan gastrik tetapi tabiat dalam pemakanan seseorang itu. Seseorang haruslah makan sedikit demi sedikit secara berperingkat apabila berbuka supaya perut anda yang sehari berehat. Seeloknya berbuka dengan makanan manis semulajadi seperti buah kurma atau buah-buahan lain yang kurang berasid. Perbanyakkan minum air kosong, ambil hidangan sup ataupun manisan
Makan Sedikit
Bagi mereka yang sering mengalami gastrik tidak perlu mengambil makanan secara sekaligus dalam kuantiti yang banyak. Amalkan pengambilan yang sedikit tetapi kerap untuk memberi ruang kepada keselesaan sistem penghadaman perut.
Cepatkan Berbuka, Lewatkan Sahur
Melewatkan sahur dapat mengurangkan rasa lapar, dahaga dan keletihan ketika puasa di siang hari. Dengan ini jarak waktu antara sahur dan berbuka dapat dioptimumkan sebaiknya terutama bagi penghidap gastrik. Selain itu, elakkan juga tidur selepas bersahur kerana aktiviti aktif sistem penghadaman perut akan menyebabkan rasa tidak selesa pada perut yang mungkin boleh menyebabkan rasa pedih ulu hati.
Elakkan Minuman Berkafein
Cuba elakkan dari minuman yang mengandungi kafein contoh kopi, teh ataupun Nescafe ketika berbuka. Minuman berkafein bersifat diuretik yag menyebabkan dehidrasi pada tubuh.
Makanan Tinggi Lemak
Makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka.
Kawal Emosi
Berpuasa mencabar iman dan kesabaran. Ketika di awal berpuasa, badan anda memerlukan masa untuk terbiasa dengan tidak makan dan minum di waktu siang. Selalunya badan anda akan meragam pada tiga hari terawal, namun kembali normal selepas itu. Bila emosi terganggu, ia akan memburukkan lagi gastrik anda. Tarik nafas, rehatkan minda dan sibukkan diri dengan kerja.
Berhenti Merokok
Bulan Ramadan adalah antara peluang terbaik untuk berhenti merokok. Merokok meningkatkan pengeluaran asid perut dan mengurangkan penyembuhan gastrik. Apatah lagi jika anda berbuka puasa dengan sebatang rokok terlebih dahulu.