Antara sebab mengapa ramai lelaki melakukan senaman adalah kerana ingin menyingkirkan lemak-lemak yang ‘berkampung’ di beberapa lokasi di badan.
Tapi tahukah anda di bahagian manakah ia paling mudah untuk disingkirkan dengan melakukan senaman dan diet?
Untuk memudahkan anda memberikan fokus senaman MASKULIN ingin kongsikan 6 lokasi lemak di badan yang paling mudah untuk disingkirkan.
1. Lemak Penuh Bahagian Atas Badan
Punca: Lemak ini terkumpul apabila anda mengambil banyak kalori tapi kurang melakukan aktiviti untuk membakarnya. Jadi, punca utama adalah anda terlebih makan tapi tak bersenam atau kurang aktif.
Cara untuk hilangkan
- Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
- Berhenti mengambil gula.
2. Lemak Pada Bahagian Bawah Abdomen
Antara punca lemak berkumpul pada bahagian bawah abadomen adalah kerana tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).
Cara nak hilangkan
- Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau anda lakukan medisasi atau buat senaman pernafasan
- Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya
BACA: 10 Senaman Ringkas Yang ‘Tak Berat’ Tetapi Boleh Bakar Lemak!
3. Lemak Badan Rendah (Paha dan ke bawah)
Punca: Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.
Cara nak hilangkan
- Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
- Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.
4. Perut Buncit
Punca: Pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat melebih boleh membuatkan perut anda membesar.
Cara nak hilangkan
- Kurangkan pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat dan lebih baik berhenti terus.
5. Lemak Badan Rendah (termasuk kaki)
Punca: Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.
Cara untuk hilangkan
- Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
- Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.
6. Perut Besar dengan Lemak Pada Bahagian Atas/Belakang Badan
Punca: Lemak ini terjadi disebabkan korang kurang aktif. Jadi, tiada cara lain melainkan korang kena start bersenam segera sekiranya perut dan lemak tersebut mengganggu korang.
Cara untuk hilangkan
- Dapatkan tidur yang cukup. Kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan perubahan pada hormon dan meningkatkan selera makan dan menyebabkan berat badan korang bertambah
- Makan makanan yang kaya dengan fiber
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI