Ingat senang nak dapatkan perut six pack? Bertahun diet, bersenam nak dapatkan postur tu ok, ini 5 sebab mengapa lelaki yang dah ada six pack tak perlu lagi terburu-buru nak bekerja keras sampai nak mati. Relaks dan selfie tayang je body yang memang dah cantik tu ok!
1. Tidak perlu bersukan setiap hari
Bersenam memang baik dan menyihatkan tubuh badan anda. Namun sama seperti hal lain, senaman berlebihan boleh juga membahayakan tubuh anda. Jadi anda boleh bersenam sekurangnya 3-4 kali seminggu demi memiliki perut six pack. Hal itu dilakukan demi menjadikan otot perut itu lebih rileks dan menghindari bahaya dari senaman berlebihan.
2. Jangan sampai cedera
Ramai antara mereka yang melaporkan mengalami kecederaan akibat dari senaman berlebihan. Hal itu dinyatakan oleh pihak American Army yang melakukan bancian. Dengan adanya bancian tersebut sebaiknya ia dijadikan teladan. Jangan terburu-buru dan berlebihan jika ingin bersenam. Lebih baik melakukan dengan normal secara berkala.
Ads
3. Fokus pada bahagian otot yang lain
Untuk memiliki perut six pack, jangan hanya fokus kepada bahagian dan rutin senaman tertentu sahaja. Anda juga sebaiknya fokus pada bahagian otot yang berlainan juga. Ini membolehkan seluruh otot tubuh anda untuk mendapat senaman dan gerakan yang mencukupi disertai dengan amalan pemakanan yang bernutrisi.
Ads
4. Punggung yang kuat
Perut six pack melambangkan juga postur punggung yang tegap dan kuat. Jangan biarkan bahagian punggung anda lemah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan di saat anda bersenam demi mendapatkan perut six pack. Ini adalah disebabkan punggung, khususnya bahagian bawah, bertanggung jawab untuk menyokong otot di sekitar perut.
5. Cermin mampu untuk menipu
Terdapat dua jenis lemak yang berada di dalam tubuh, iaitu lemak gut dan lemak hypodermic. Sifat lemak gut pula lebih berbahaya kerana kebiasaannya ia boleh menganggu fungsi jantung dan organ lain. Jadi meskipun perut anda sudah six pack, jangan tertipu dengan cermin kerana mungkin sahaja anda memiliki lemak gut dalam tubuh.
Ads
Sumber : Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat bagi menolak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan solat hajat itu di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
“Solat hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).
“Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).
“Dan terakhir ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya (kecuali di Tanah Haram),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru umat Islam di negara ini supaya membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tidak putus-putus kepada-NYA.
Kisahnya begini. Seminggu dua ini saya sibuk menguruskan ibu saya yang menghidap penyakit kulit yang dikenali sebagai kayap. Rawatan hospital dapat menyembuhkan penyakit itu dari segi luaran. Namun dalaman tetap sakit sehingga jika ada sesiapa yang menggoreng ikan di dapur, ibu akan berguling-guling kesakitan walaupun kayap hanya tinggal parut sahaja.
Disebabkan keadaan ibu seperti itu, kami adik-beradik bersepakat membawa ibu berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir dalam perubatan alternatif. Dari info yang kami perolehi, sangat sukar untuk membuat janji temu dengan ustaz berkenaan kerana bilangan pesakitnya yang ramai setiap hari.
Dipendekkan cerita, akhirnya kami berjaya membuat temujanji dengan beliau. Kami sampai sekitar jam 8.30 malam tetapi kami hanya mendapat giliran sekitar jam 12 tengah malam. Dalam tempoh menunggu itu, kami melihat pelbagai jenis penyakit yang berusaha dibantu oleh ustaz tersebut kerana rawatan dilakukan betul-betul di ruang tamu rumah.
*Rawatan-rawatan tersebut dilakukan secara percuma. Jika mahu sedekah sekadar seikhlas hati.
Selepas ibu saya mendapat rawatan, ustaz meminta kami membawa ibu berjumpa dengan beliau beberapa kali kerana terdapat beberapa prosedur rawatan yang perlu dijalankan. Demi kesihatan ibu, kami sanggup datang berkali-kali dan menunggu dalam tempoh yang lama sebelum tiba giliran kami.
Kalau diikutkan hati, memang rasa penat menunggu. Namun, rupa-rupanya di sebalik penat itu ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kami semua.
Kepada pembaca yang dikasihi, bayangkan dalam beberapa hari kami tercongok di situ menanti giliran ibu, kami lihat terlalu banyak kes-kes kesakitan yang melibatkan sihir dan yang paling banyak sihir untuk meruntuhkan rumah tangga orang berbanding sihir-sihir lain seperti sihir perniagaan dan sebagainya.
Sepanjang beberapa hari berada di rumah ustaz berkenaan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa terlalu ramai manusia tamak dan jahat sekarang ini. Memang menitik air mata saya menyaksikan kesakitan-kesakitan tersebut.
Ada suami yang sudah terkena nasi kangkang di negara jiran. Kesan nasi kangkang tersebut dibawa balik ke rumah dan terkena pada anak isteri di rumah. Badan anak-anak yang masih kecil habis gatal-gatal dan berdarah-darah kerana digaru tanpa henti. Si isteri pula kurus kering, badan macam lidi. Tetapi apabila mengamuk, habis 4 orang lelaki sasa rebah dengan sekali tepis sahaja.
Kata ustaz, perempuan negara jiran yang bagi makan nasi kangkang itu sangat terdesak mahukan si suami yang nampaknya ‘berada’. Maka sihir yang dikirim melalui si suami bertujuan untuk memusnahkan keluarga itu agar dia dapat memiliki lelaki berkenaan. Mujur si suami cepat tersedar dan berusaha mengubati kembali isteri dan anak-anak mereka.
Saya juga ada melihat seorang wanita yang gayanya sangat sukses dalam kerjaya. Beliau datang ditemani suami dan keluarganya yang lain. Si suami nampaknya sangat tenang. Tetapi si isteri seolah-olah menahan kesakitan yang amat sakit.
Apabila melihat sesi rawatan, barulah kami faham. Wanita dari seberang juga yang cuba untuk merampas si suami, namun si suami tidak layan. Maka dihantar sihir untuk memusnahkan si isteri yang tidak berdosa.
Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki lumpuh dan kelihatan sangat uzur dipapah masuk ke rumah ustaz. Menurut info yang saya dengar, lelaki itu telah ditolak oleh pihak perubatan kerana gagal menemui sebarang penyakit padanya. Jadi,ahli keluarga bersepakat membawa beliau bertemu dengan ustaz.
Selepas beberap hari merawatnya, ustaz katakan kesakitan lelaki berkenaan kerana ‘dikawal’. Namun ustaz gagal menemui di mana tempat yang dikawal tersebut.
Selepas beberapa kali percubaan dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain, maka mereka menemui jawapan. ‘Kawalan jahat’ itu berada pada tubuh isteri pesakit yang kelihatan segar bugar. Sasaran sebenar adalah suami tetapi sihir jahat itu dihantar kepada isteri.
Dalam keadaan sedar tak sedar, isteri sendiri yang meracuni suami setiap hari. Akhirnya mereka dapat mengenalpasti bahawa sihir itu dihantar oleh sahabat baik si isteri yang cemburu melihat kebahagian keluarga mereka.
Banyak lagi situasi yang saya saksikan sendiri. Ada juga sihir yang dihantar oleh seorang wanita yang mempunyai suami kepada wanita A kerana berminat dengan suami wanita A berkenaan. Akibatnya, wanita A terlolong-lolong seperti dirasuk, benci suami, jadi separuh gila dan sebagainya.
Ada juga satu kes yang melibatkan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sangat cantik dan digilai lelaki warga asing berusia 18 tahun. Akibatnya gadis berkenaan menjadi separuh gila. Meracau, menyanyi, bercakap seorang diri, memaki hamun sesuka hati dan sebagainya.
Kata si ibu, anak gadisnya yang pemalu itu berubah sikap setelah menerima beberapa pesanan WhatsApp yang sangat pelik ayat-ayatnya.
Yang paling menyedihkan, seorang pegawai polis yang beristeri dua. Isteri pertama warga tempatan dan isteri kedua warga asing. Apabila berlaku pertelingkahan, masing-masing tidak mahu mengalah.
Kata wanita seberang itu, “Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat.”
Lalu kaedah santau digunakan kepada suami sendiri sehingga pegawai polis berkenaan muntah darah, kaca dan sebagainya. Beberapa hari kemudian,anggota polis berkenaan meninggal dunia.
Banyak lagi cerita yang saya dapat sepanjang 2 minggu berulang alik ke rumah ustaz. Tetapi cukuplah setakat ini yang saya dapat kongsikan.
Cuma pesanan ustaz kepada para pesakit:
-Berhati-hati bila makan. Jangan makan pemberian orang sesuka hati.
-Jangan bagi harapan kepada wanita atau lelaki lain jika kita sudah berkeluarga. Niat kita mungkin untuk suka-suka tetapi apabila ada pihak yang terluka, mesti mereka akan balas dendam kepada isteri/suami dan anak-anak.
-Perempuan dan kanak-kanak lebih mudah terkena sihir kerana sifat mereka yang lemah. Jadi, suami perlu lebih berhati-hati kerana berfoya-foya di luar sehingga membawa pulang musibah kepada isteri dan anak di rumah sama seperti kes nasi kangkang tadi.
-Ramai perempuan yang terdesak sekarang keranan ingin hidup senang. Di pihak isteri, jangan bawa balik sesiapa yang berpotensi menjadi ‘musuh’ ke rumah. Di pihak suami, jangan dekati ‘virus’di luar. Kerana sihir paling banyak berlaku daripada orang-orang yang kita kenali di sekeliling kita.
Dekatkan diri kita dengan Allah. Jangan tinggal solat dan mesti hafal surah-surah tertentu sebagai pendinding seperti surah Al-Falaq.Jadi sama-samalah kita berdoa smeoga diri kita dan keluarga dilindungi dari dunia hingga ke syurga.
Setiap hari debaran pasti dirasai tatkala menunggu perkembangan terbaru penularan Covid-19 terutamanya sidang media daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Barisan hadapan negara sekali lagi terpaksa berhadapan cabaran yang cukup luar biasa.
Kes harian kini mencatatkan angkas tiga digit setiap hari dengan negeri Sabah yang paling teruk terjejas. Dan menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, barisan hadapan kini mencapai tahap kritikal. Perkara tersebut dikongsi oleh beliau menerusi ciapan di Twitter pada awal pagi hari ini.
“Strategi kami adalah berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti. Ia juga bagi memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” jelasnya.
Pada 11 Oktober 2020 iaitu semalam negara kita menyaksikan sebanyak 561 kes baharu dilaporkan dengan negeri Sabah mencatatkan angka tertinggi dengan 488 kes.
MOBILISASI SEGERA
Dalam pada masa yang sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tekah melakukan mobilisasi juruteknologi makmal perubatan dan juru x-ray (diagnostik) dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak ke negeri Sabah.
Seramai 2 orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan 9 orang juru X-ray (Diagnostik) KKM telah dimobilisasi ke negeri Sabah pada 9 Oktober 2020 dengan menaiki pesawat ‘Charlie’ Tentera Udara DiRaja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM).
Terdahulu, seramai 5 orang JTMP dari Pusat Darah Negara (1 orang), Hospital Kuala Lumpur (1 orang), Hospital Pulau Pinang (1 orang), Hospital Umum Sarawak (1 orang) dan Hospital Ampang (1 orang) telah dimobilisasi pada 5 dan 7 Oktober 2020 yang lalu.
Mereka ditempatkan di Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKA KK). Turut sama ialah seorang Pegawai Sains (Mikrobiologi) dari Hospital Umum Sarawak yang telah dimobilsasi ke MKA KK.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Selamat berjuang dan bertugas MASKULIN ucapkan buat wira-wira negara yang berada di barisan hadapan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Jangan lupa untuk dapatkan e-magazine MASKULIN isu October 2020 yang memaparkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan dan Alif Satar sebagai cover belakang. Anda boleh dapatkannya di sini.
Sumber: Twitter & Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.