Bermula esok kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berat, bulan yang mengajar kita erti sebenar kesabaran, Ramadan al-Mubarak.
Pasda bulan puasa, kebiasaannya aktiviti fizikal juga akan menjadi lebih kurang terutamanya senaman. Namun anda yang aktif bersenam secara rutin mungkin tertanya-tanya adakah ia masih boleh dilakukan?
Jawapannya, mengapa pula tidak boleh!
Ya, melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika diri sedang berpuasa sememangnya tidak semudah yang kita sangka. Akan tetapi ia boleh dilakukan jika anda mengikuti mengikuti panduan dan langkah yang baik. Senaman juga perlu diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Di antara salah satu satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa. Jadi bilakah waktu terbaik untuk melakukan senaman sepanjang berpuasa?
Ads
WAKTU TERBAIK
Waktu terbaik melakukan senaman ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
Ads
SENAMAN INTENSITI TINGGI
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Antaranya ialah risiko kecederaan otot, pengsan, serangan jantung dan masalah kesihatan lain yang tidak berbaloi untuk kita menanggung risikonya.
Ads
Oleh itu lakukanlah senaman yang sederhana dan sesuai dengan tahap kemampuan diri di sepanjang bulan Ramadan.
Teruskan mengamal SOP dengan baik apabila bersenam di luar. Jaga jarak dengan baik dan pakai pelitup muka bila sudah selesai bersenam. Dan basuh tangan dengan kerap!
Tambahan pula, usaha untuk buang lemak di perut bukanlah mudah. Kadangkala, walaupun lemak di bahagian badan lain sudah berjaya dikurangkan, pinggang dan perut masih lagi buncit dan boroi.
Usah risau. Ikuti beberapa tip berikut untuk buang lemak di perut anda.
1. Elakkan gula dan minuman bergula
Gula berlebihan adalah sangat tidak sihat untuk tubuh badan. Gula dalam darah dikawal oleh hati pada had tertentu. Apabila melebihi had kapasiti tersebut, ia akan ditukarkan menjadi lemak yang akan terkumpul di seluruh badan termasuk perut.
Mengelakkan gula sepenuhnya dalam hidup mungkin agak sukar. Namun, anda boleh elakkan minuman bergula terutamanya minuman berkarbonat yang tiada khasiat melainkan gula dan kalori semata-mata.
2. Banyakkan pengambilan protein
Elemen utama yang perlu dimasukkan ke dalam diet untuk menurunkan berat badan adalah protein. Ia didapati mampu mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga yang banyak. Rasa kenyang yang lama membantu mengurangkan pengambilan kalori.
Oleh itu, banyakkan protein dalam diet anda melalui makanan seperti telur, makanan laut, kekacang, daging dan produk tenusu.
3. Kurangkan karbohidrat
Ini adalah sangat efektif dalam mengurangkan berat badan. Menurut beberapa kajian, diet rendah karbohidrat membawa kepada penurunan berat badan 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding diet rendah lemak. Malah, walaupun diambil dalam jumlah yang banyak, diet rendah karbohidrat masih lebih efektif berbanding diet rendah lemak.
Diet ini juga menyebabkan kehilangan berat air. Jadi, kesan mungkin dapat dilihat seawal 1 atau 2 hari.
4. Tambah serat dalam diet anda
Selain protein, serat juga membuatkan rasa kenyang lebih lama. Selain itu, serat tidak larut air (bijiran penuh, gandum, sayur-sayuran) membantu mencegah sembelit dan serat larut air (buah-buahan, kekacang) merendahkan kadar kolesterol dalam darah.
Pemakanan adalah langkah utama dalam membuang lemak di perut. Namun, ia juga perlu disertakan dengan senaman dan aktiviti fizikal bagi memberikan hasil yang lebih efektif.
Tahu dahulu jenis obesiti sebelum anda berhasrat nak turunkan berat badan. Bila sudah tahu jenis obesiti yang anda alami maka mudah untuk anda memilih makanan terbaik untuk kurus.
Saintis telah mengenalpasti 6 jenis obesiti berdasarkan kawasan terkumpulnya lemak pada bahagian badan dan amalan yang boleh anda buat untuk mengatasi jenis-jenis obesiti ini.
1. Food obesity
Obesiti jenis ini terhasil daripada pengambilan makanan dan air yang berlebihan dengan perut yang menonjol dan lemak berkumpul pada bahagian atas badan. Penyelesaian mudah untuk mengatasi obesiti ini adalah dengan mengurangkan jumlah pemakanan dan kandungan gula yang yang tinggi. Sebaiknya cuba bersenam selama 30 minit setiap hari untuk mengelakkan berlakunya obesiti jenis ini.
2. Nervous stomach obesity
Penyebab utama obesiti ini berpunca daripada tekanan. Malah kemurungan atau pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menjadi punca kepada masalah obesiti ini. Untuk mengatasi obesiti jenis ini, anda haruslah mengawal aktiviti fizikal bagi tujuan untuk menguruskan masalah keletihan dan mengurangkan stres yang ada dalam diri anda.
3. Gluten obesity
Obesiti jenis ini lazimnya berlaku di kalangan wanita terutamanya semasa remaja, menopaus atau apabila mereka mengalami ketidakseimbangan hormon. Cara terbaik untuk mengendalikannya adalah dengan mengelakkan anda duduk di tempat yang sama untuk tempoh yang lama, melakukan senaman dengan berat dan mengelakkan pengambilan minuman beralkohol dan amalan merokok.
4. Atherogenic metabolic obesity
Jika anda tergolong dalam obesiti jenis ini, anda mempunyai perut yang sangat besar seperti belon. Kesemua lemak badan anda akan terkumpul di perut sehingga menyebabkan anda berdepan dengan masalah pernafasan terutamanya jika anda mengambil alkohol.
5. Venous obesity
Ini merujuk kepada obesiti yang berlaku akibat peredaran vena dan sering diwarisi. Ia kebanyakannya berlaku kepada wanita yang mengandung dan secara asalnya mempunyai kaki bengkak. Penyelesaian terbaik untuk mengatasi obesiti ini adalah dengan banyak berjalan atau menaiki tangga.
6. Obesity as a result of inactivity
Ini adalah jenis obesiti yang memberi kesan kepada bahagian tubuh yang sebelum ini pernah aktif. Ia biasa berlaku di kalangan orang yang kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal menyebabkan lemak berkumpul pada banyak bahagian badan. Jika anda kategori obesiti ini, jangka masa yang panjang tanpa makanan akan membantu tubuh anda membakar lemak dan mempercepatkan metabolisme badan.
Air sangat diperlukan oleh badan kita . Apatah lagi dalam proses turun berat pengambilan air minimum sebanyak 2-3 liter sehari dapat membantu mengawal nafsu makan. Air yang diperlukan adalah air masak atau mineral ya. Secara idealnya setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Buat pengiraan berdasarkan berat badan anda! Tak susah untuk minum air sekiranya kita pandai bahagikan masa dengan sebaiknya, ingat ini juga sebahagian daripada perancangan bersungguh untuk turunkan berat badan, minum air ya!.
Nutrisi Seimbang
Seperti dalam gambar diatas, jelas menunjukkan antara faktor craving/ nafsu makan ini adalah disebabkan kekurangan nutrisi. Maka, lebih mudah jika kita dapat memastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang cukup nutrisi. Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita tidak kehilangan nutrien didalam makanan yang kita ambil/masak. Kita juga seharusnya faham bahawa usus dewasa tidak lagi melakukan kerja yang optimum dalam kerja penyerapan nutrient kerana faktor toksin/kurang air dan sebagainya. Oleh yang demikian wujud alternatif pengambilan vitamin/supplement/meal replacement yang menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Terpulang pada cara masing-masing.
Puasa
Berpuasa sememangnya berkesan dalam mengawal nafsu makan. Biasakan diri berpuasa sunat isnin-khamis.latih diri untuk bersederhana ketika berbuka puasa dan hayati hikmah berpuasa. Ada yang berjaya turun berat sehingga 7 kg sepanjang sebulan berpuasa ramadhan. Tapi dengan syarat, jangan ikut nafsu ketika berbuka ya!.
Sediakan kudapan/snek yang berkhasiat.
Proses turun berat tidak sepatutnya menjadi satu proses yang menyiksakan diri dengan berlapar. Sekiranya anda melalui proses ini dengan mengurangkan makan, maka anda tidak akan konsisten dan mudah putus asa. Proses turun berat perlu dilakukan dengan cara yang paling menggembirakan dan sihat. Ingat, matlamat mahu turun berat adalah satu matlamat jangka masa panjang dan matlamat mencapai tahap kesihatan yang ideal. Idea untuk menyediakan snek/kudapan berkhasiat dapat membantu anda menjalani proses ini dengan bahagia. Setiap 2 jam, anda boleh mengunyah kudapan berkhasiat. Bukan kerepek, junk food mahupun kuih-muih ya!. Antara contoh kudapan sihat adalah kekacang, ( seeloknya kekacang tanpa garam), buah-buahan, kurma, overnight oats, granola dan sebagainya. Anda juga boleh mengamalkan snek buah seperti dalam post saya yang sebelum ini 5 Jenis Buah Ini Boleh Bantu Turun Berat Badan
Sediakan jurnal
Tips ini dapat membantu anda melihat kembali apa yang anda makan sepanjang hari. Malah jurnal dapat bertindak seperti diari makanan anda. Ambil kesempatan atas segala teknologi yang ada untuk anda sediakan jurnal makanan anda. Catatkan masa, jenis makanan dan minuman beserta kuantiti pengambilan. Disiplinkan diri untuk menulis dan jujur dengan diri sendiri.
Sumber : Diari Kurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.