Bersenam Dan Kawal Pemakanan,Tapi Berat Masih Degil Nak Turun? Ini Puncanya

Share

Pernah tak anda berhadapan dengan masalah berat badan yang statik dan tidak menurun walaupun anda telah berusaha berhempas pulas di gym dan kawal pemakanan anda? Mungkin anda menganggap anda sudah sampai ke tahap plateau, namun adakah itu benar? Ini antara kesilapan yang anda lakukan jika berat badan anda tidak turun dalam masa terdekat walaupun anda tak pernah lepaskan dumbblle dari tangan.

 

Makan sayuran dengan sos terlalu kerap

 

Tumbs up kepada anda yang rajin makan salad setiap hari. Salad merupakan fiber yang bertidak untuk memberi tenaga dan menurunkan berat badan lebih cepat. Ini kerana kalori intake makanan ini sangat rendah, dan sesuai untuk dijadikan snek untuk anda yang rajin mengunyah. Namun, segelintir anda tidak gemar makan daun kerana dianggap lembu atau kambing, nak nak bila anda terpaksa makan secara mentah. Ewww! Tak sedap kan? Apabila anda menambah sos yang padat untuk salad anda yang sihat, bijirin penuh, pasta dan hidangan lain, secara tidak langsung anda telah meletakkan beribu kalori dalam pemakanan anda.  Minyak mempunyai 2,000 kalori per cawan dan sangat mudah untuk meresap pada separuh cawan ke salad anda atau menyemai sayur-sayuran anda dengan semua kalori yang ditambah.

Sebaliknya, cuba bertukar dengan sup sayur-sayuran dan cuba elakkan minyak perasa dan sos. Demi kurus kan? Tak apa kot kalau orang nak kata anda kambing.

 

 

Makan daging terlalu kerap

 

Daging, ayam, dan ikan merupakan protein yang bagus untuk anda kurus. Namun terlalu banyak daging pun boleh membatutkan penurunan berat badan anda. Kajian baru-baru ini hampir 14,000 orang menunjukkan bahawa mereka yang makan daging paling banyak adalah 27 peratus lebih mungkin menjadi gemuk. Beberapa kajian menggambarkan bahawa mereka yang menggunakan pola makan berasaskan tumbuhan cenderung mempunyai BMI dan tahap lemak badan yang lebih rendah, termasuk kajian baru-baru ini yang melibatkan lebih 55,000 wanita yang memperlihatkan produk makanan yang lebih sedikit, semakin rendah kadar berat badan berlebihan dan obesity.

 

Makan sarapan dan makan tengah hari di meja pejabat

 

Pernah dengar tentang mindful eating? Ini salah satu cara untuk anda cepat berasa kenyang. Menonton filem, drama, mahupun makan sambil buat kerja bukan satu cara untuk anda kurus walaupun kuantiti yang anda makan itu sedikit.  

Ini kerana badan anda tidak berada dalam mode makan jika anda melakukan perkara lain sambil makan. Jadi, potensi untuk anda lapar dengan lebih cepat akan kerap berlaku, dan anda juga akan lupa bahawa anda sudah makan. Jadi, anda pasti akan mengambil kudap-kudapan. Nasihat kami, apa kata anda ambil sedikit masa untuk anda luangkan bersama makanan anda seketika. Tak lama pun, 10 minit pun dah cukup. Letak tepi kejap phone tu.

 

Makan sambil berdiri

 

Ini amat bahaya. Pernah tak anda pergi ke meja rakan anda ketika anda sedang bekerja di pejabat? Makanan apa yang anda makan? Pasti kudap-kudapan kan? Lalu anda ke pantri dan mengambil keropok sambil memikirkan makanan apa yang anda akan makan pada malam nanti. Tahukah anda bahawa anda sedang memasukkan makanan sampingan yang berkalori tinggi? Jadi, jika anda berasa lapar dan bosan sambil bekerja, apa kata jika anda duduk dan makan snek seperti buah-buahan dan lihat seketika apa yang anda makan. Ini juga termasuk dalam mindful eating.

 

Anda MINUM kalori anda!

 

Pernah tak anda makan makanan yang seimbang, tapi anda sulamkan dengan air manis. Kononnya anda minum minuman yang berkhasiat, namun tahukah anda bahawa se sihat mana pun minuman itu, ia tetap mempunyai kalori tersendiri. Nasihat kami, apa kata jika anda sulamkan makanan anda dengan air suam, kerana banyak mana pun anda minum, kalorinya masih 0! Sekurang-kurangnya dalam masa berat badan anda tak turun-turun ni.

 

Makan bila tak lapar

 

Biasalah, bila sedang bekerja ni, jika ada saja makanan depan mata, mulalah nak merasa. Ada saja yang nak dikunyah. Jika anda seorang yang berdisiplin tinggi, kami nasihatkan anda agar jangan terpengaruh dengan kudap-kudapan ini. makan mengikut masa yang ditentukan. Dah sampai masa baru makan, belum sampai masa, TAHAN! Kata nak kurus kan?

 

 

Published by
Maiya Deen