Rutin harian dalam dunia kecergasan menjadikan saya sudah tidak kekok untuk bersenam dan menjaga bentuk badan. Ia sebahagian daripada gaya hidup saya kini. Minat yang mendalam untuk punya bentuk badan ideal serta menjalani pelbagai latihan dan senaman khusus menjadikan saya memiliki tubuh badan yang fit dan sihat. Sedari dari sekolah lagi, saya cukup aktif di dalam bidang sukan dan bermain beberapa sukan utama seperti bola sepak, ragbi, badminton dan olahraga. Oleh sebab yang demikian, tahap stamina dan tenaga saya mudah untuk terhasil bagi mendapatkan latihan yang lebih efektif dan konsisten. Semasa aktif bersukan juga, saya sering kali menjalani latihan kardio dan berkunjung ke gimnasium untuk memastikan fizikal bersedia untuk menjalani aktiviti sukan.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA UNTUK TERUS BERGIAT AKTIF DALAM DUNIA KECERGASAN?
Kerjaya sebagai jurulatih kecergasan memerlukan saya untuk sentiasa kekal lean dan fit setiap masa. Jika tidak, masakan saya harus dicontohi sebagai jurulatih dan role model kepada setiap pelajar saya. Hal ini yang membuatkan saya sentiasa bangkit untuk kekal cergas sepanjang masa. Bukan sahaja melalui latihan malah turut harus menjaga tentang soal pemakanan dan diet agar rutin kecergasan ini seimbang. Bagi saya, jika sehari saya meninggalkan rutin senaman, bagaikan tidak lengkap hari tersebut. Motivasi itu hadir dari dalam diri saya sendiri. Keinginan dan kepuasan yang saya dapati melalui latihan kecergasan, diet dan hasil bentuk badan idaman menjadikan saya sentiasa punya motivasi setiap hari untuk melangkah aktif. Saya sendiri ingin tampil dengan penampilan yang positif dan sentiasa yakin dalam setiap langkah untuk kemajuan kerjaya.
MASKULIN : IDOLA ANDA?
Saya memilih Rob Riches sebagai idola dan sumber inspirasi saya dalam dunia kecergasan kerana melihat rutin yang dilalui olehnya cukup dinamik dan konsisten sehingga melahirkan hasil yang cukup mengagumkan. Kejayaannya sebagai jurulatih yang berjaya serta inspirasinya melalui teknik senaman dan perkongsian ilmu menjadikan saya kagum dan ingin menjadi sepertinya.
MASKULIN : DEFINISI MASKULIN?
Maskulin itu bagi saya bergantung kepada figura individu itu sendiri iaitu bagaimana dia menampilkan dirinya. Lelaki maskulin harus bijak dalam memperlihatkan auranya dan ‘true vibes’ yang ada dalam diri mereka. Lelaki maskulin itu seorang yang gentlemens dan bijak mengatur langkah serta komunikasi yang baik dalam setiap keadaan. Namun apa yang paling penting, lelaki maskulin harus menghormati setiap apa yang berada di sekelilingnya.
MASKULIN : RUTIN SENAMAN YANG DILAKUKAN?
Saya tidak mengamalkan rutin yang terlalu ketat kerana bagi saya latihan senaman tidak seharusnya membebankan. Saya akan menjalani latihan di gimnasium lima kali dalam seminggu untuk menyempurnakan weight training, freestyle training dan mobility training. Dari aspek pemakanan, saya mengamalkan diet yang seimbang dengan pengambilan makanan berzat tinggi. 60% pengambilan protein, 35% pengambilan karbohidrat dan 5% lemak.
MASKULIN : TIP CERGAS?
Kecergasan adalah bermula dari dalam. Buat kamu yang ingin memulakan rutin senaman dan diet, jangan terlalu melihat pada hasil, kerana ia memerlukan masa. Jadikan budaya senaman dan diet sebagai gaya hidup sihat kamu agar ia menjadi sebahagian dari diri kamu. Selepas itu, hasilkan nilai melalui usaha yang telah dilakukan kerana setiap usaha pasti akan membuahkan hasil, mustahil gagal kerana fizikal adalah cukup fleksibel dan boleh diubah mengikut apa yang kamu hajatkan. Cipta matlamat untuk berjaya serta lakukan pelan pemakanan dan rutin senaman agar kamu punya hala tuju setiap masa. Be smarter training, superior result.
Foto : Instagram tmfaiznor
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI