“ADA ke orang yang puasa tapi tak solat?”

“Kenapa dia boleh puasa tapi tak boleh solat?”

“Dapat ke pahala puasa kalau dia tak solat?”

Persoalan ini mungkin biasa kita dengar atau melihatnya sendiri. Ada orang yang berpuasa tetapi tidak solat. Kita mungkin tertanya-tanya, bagaimana kedudukan puasa mereka sedangkan kewajipan yang lebih utama mereka tinggalkan. Sebenarnya, persoalan ini ada asasnya untuk ditanya. Bagi merungkaikannya, kita perlu merujuk semula kepada perbahasan ulama mengenai apakah hukum seseorang yang meninggalkan solat.

IKLAN

Berpuasa Tanpa Solat Hanya Sia-Sia Ibarat ‘Puasa Macam Orang Kurang Ajar’- Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Ini penjelasan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengenai persoalan ini melalui video pendek berkenaan puasa tapi tidak solat.

 

IKLAN

” Solat itu tiang agama, dan kita berpuasa sebab Allah nak didik kita tentang ketaatan dan ketakwaan. Jadi puasa itu untuk mendidik ketaatan. Jadi barang siapa tak solat dia tak taat kepada Allah. Jadi maaf ye! Dia puasa macam puasa orang kurang ajar!
Kurang ajar pada siapa?
Kurang ajar pada Allah

Dan semua ulamak pesan kepada kita ‘Solat itu tiang agama’ dan solat itu ibarat saving akaun.Kita punya akaun bank. Jadi jika kita berpuasa kita dapat pahala. Pahala itu macam duit, macam keuntungan.

Duit tu nak letak dimana , di dalam bank kan?
Tapi macam mana awak nak letak dekat bank jika tiada akaun.

Solat itu diibaratkan akaun

Jadi ertinya tanpa solat puasa anda itu, sia Sialah tak boleh nak disimpan”

 

IKLAN

Inilah masa berubah

Sekiranya anda yang terbaca tulisan ini termasuk di antara golongan yang berpuasa tetapi tidak solat, teruskan puasa anda. Lakukan dengan berkualiti. Ikhlas kerana ALLAH dan ikuti sunnah Nabi SAW. Dalam masa yang sama, berusaha untuk sempurnakan keislaman dan keimanan anda. Seandainya puasa yang anda tunaikan semata-mata kerana patuhkan arahan ALLAH, ibadat solat lebih utama untuk dipatuhi. Tunaikan puasa dan dirikan solat. Jika anda ingin berubah, inilah masanya yang sesuai. Ramadan bulan orang ramai bergegas dan berebut melakukan kebaikan. Segera bertaubat dan kembali tunaikan solat.

Sekiranya anda sanggup berlapar dahaga menahan diri kerana ALLAH, apa pula yang menghalang anda bersolat? Berubahlah. Katalah sebelum ini anda tidak menjaga solat lima waktu, sekaranglah masanya untuk komited dengan solat. Jika sebelum ini anda tidak berhijab menutup aurat, sekaranglah masanya anda konsisten. Jika sebelum ini anda jauh dengan al-Quran, sekaranglah masanya anda hampirkan diri dengannya. Sebelum ini anda jarang solat berjemaah, sekaranglah anda mula latihkan diri beriltizam dengan solat jemaah. Jika anda sebelum ini janggal untuk hadir ke masjid, sekaranglah masanya untuk anda selalu imarahkan masjid. Jika sebelum ini anda jauh dengan agama, inilah masanya untuk anda hidup di atas landasan agama. Jadikan Islam sebagai cara hidup kerana Islam bukan hanya di masjid dan semasa Ramadan sahaja.

Percayalah, tidak akan rugi sedikit pun orang yang berubah ke arah kebaikan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI