Sewakan Suami? Kedengaran seperti agak pelik dan mungkin boleh mengundang tanggapan yang salah. Namun usahlah kita ke situ ya. Dalam hal ini ia sebenarnya satu perkara yang cukup positif dan idea yang sangat menarik!
Satu perkara harus diakui walaupun sebagai lelaki, kita tidak mempunyai semua skil yang ada di dunia ini terutamanya dari segi pertukangan. Pernah tak anda berdepan kesukaran nak pasang perabot yang dibeli dari IKEA?
Usah risau anda tidak keseorangan. Ramai sebenarnya bergelut dengan perkara yang sama. Dari masalah umum seperti inilah seorang wanita dari UK mendapat idea bagaimana dia boleh ‘menyewakan’ suaminya yang memiliki pelbagai skil tersebut kepada orang ramai.
Melakukan kerja-kerja pertukangan dan menyelenggara rumah memerlukan dedikasi yang sangat tinggi. Di sinilah perniagaan ‘Rent My Handy Husband’ mampu memenuhi permintaan tersebut.
MENDAPAT IDEA
Wanita berusia 38 tahun dikenali dengan nama Laura Young mula mendapat idea tersebut selepas mendengar satu podcast yang bercerita bagaimana seorang lelaki menjana pendapatan dengan hanya memasang perabot sahaja.
Menyedari suaminya, James Young memiliki pelbagai skil, Laura terdetik untuk melakukan perkara sama. Pertama sekali dia meletakkan iklan di Facebook dan aplikasi Nextdoor dengan tawaran melakukan pelbagai kerja rumah dengan caj £40.
Walaupun menjangkakan hanya mengundang ketawa orang ramai, Lauran seakan terkejut selepas mendapat maklum balas dan mesej permintaan dari pelanggan.
“Pelanggan pertama memerlukan James untuk menukar bingkai pintu. Dan selepas itu satu persatu tempahan mula datang dengan pelbagai tugasan seperti menukar karpet dan juga pembinaan dinding,” jelas Laura dalam satu temu bual bersama Daily Mail.
PENDAPATAN TETAP
Siapa sangka hantaran yang dianggap guarauan olehnya kini menjadi sumber pendapatan tetap mereka dengan kerja 6 hari seminggu. James yang berusia 42 tahun juga cukup terkejut dengan sambutan luar biasa diterima mereka.
Jenama yang mereka tampilkan ‘Rent My Handy Husband’ dipercayai cukup berjaya dan mencuti perhatian ramai. Lebih menarik lagi, James sebenarnya seorang yang telah didiagnos sebagai autistik sejak empat tahun lalu.
Satu idea yang menarik bukan? Dengan idea yang bernas mampu bertukar menjadi sumber pendapatan yang cukup lumayan!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Dapatkan ‘Jawline’ Tajam Persis Pelakon Korea, Ini 6 Teknik Boleh Korang Lakukan
Jangan cakap wanita je cantik ber ‘jawline’ lelaki pun pasti nak bentuk jawline tajam atau V bukan persis para model dan selebriti korea. Sejak diperkenalkan sebagai ‘aset cantik’, ramai yang mengejar untuk mendapatkannya. Rahang yang berbentuk terletak elok untuk menghasilkan potret terbaik tidak kira dari pelbagai sudut, hadapan atau tepi.
Tulang rahang iaitu bahagian bawah muka bermula dari tepi dan bawah telinga sehingga dagu boleh berbentuk. Lebih sempurna jika ada yang memiliki tulang pipi yang tinggi berserta jawline yang tajam. Ianya kriteria yang biasanya menjadi idaman setiap lelaki yang mementingkan penampilan .
Ramai yang tertanya-tanya hanya individu tertentu sahajakah boleh memiliki jawline seperti mereka? Ada yang memilikinya secara semulajadi dan ada juga yang perlu sedikit ‘senaman’. Jadi, semua orang boleh mendapatkan bentuk jawline yang diidamkan. Ini 6 rutin terbaik untuk menonjolkan rahang anda.
#1 Senyum!
Ternyata senyum bukan sahaja pembangkit mood malah senaman untuk mengejutkan otot-otot muka. Otot dan bahagian muka ternaik saat anda senyum.
#2 Ketap gigi
Teknik ini dapat memberi hasil rahang lebih berbentuk. Apa yang harus anda lakukan mengetap gigi sambil menegangkan bahagian bawah muka selama 10 saat. Kemudian lepaskan dan kembali lakukan sebanyak mana anda mampu. Lama-kelamaan anda nampak perbezaannya.
#3 Buat bibir ikan
Comelkan bila muncungkan bibir macam ini untuk swafoto tapi dalam pada yang sama ia boleh membentuk otot dibahagian rahang anda. Jadi buat sekerap yang mungkin!
#4 Hapuskan double-chin
Buang dahulu lemak lebihan di dagu anda untuk bentuk jawline yang sempurna. Guna teknik ini untuk ucapkan selamat tinggal kepada double-chin: 8 ‘Senaman Dagu’ Gerenti Hapus “Double Chin”!
#5 Kurangkan pengambilan garam
Makanan yang masin atau tinggi garam penyebab bentuk badan menjadi ‘bengkak’ atau buncit. Nak cantik kat muka pun kena amalkan gaya pemakanan sihat yang menyeluruh.
#6 Dapatkan tidur yang cukup
Bukan sahaja pemakanan, malah gaya hidup juga beri faktor perubahan pada diri anda. Waktu tidur atau rehat tidak cukup boleh buat muka anda tampak penat dan sembab. Jawline? Lupakan sahaja.
Selain itu, mereka yang memiliki jawline tajam dikatakan mempunyai karakter yang kuat dan sentiasa menjadi pujaan ramai. Eh betul ke atau ini hanya auta?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Turun Berat Badan Secara Tiba-Tiba Dengan 11 Cara Ini. Memang Patut Cuba Sekarang!
11 cara paling berkesan menurunkan berat badan tanpa sedar
1) Tidur Yang Cukup
Anda mungkin berfikir bahawa tip pertama adalah sesuatu yang berkaitan dengan makanan atau senaman, tetapi cuba teka? Ini sebenarnya tentang kesihatan tidur anda.
Tidak kira berapa sihat anda makan atau berapa banyak anda bersenam setiap hari, dengan tidak mendapat tidur berkualiti yang cukup secara automatik ia lebih sukar untuk anda mengurangkan berat badan lebih semulajadi.
Tidur mengawal banyak hormon penting yang mengawal selia metabolisma, selera makan, dan fungsi tiroid. Tidur juga boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah dan kesihatan jantung untuk jangka masa yang panjang.
Rehat pada waktu malam yang berkualiti juga boleh mengubah ketagihan anda terhadap makanan. Jadi tidak kira apa alasan, anda perlu tetapkan untuk tidur 7-8 jam setiap malam.
2) Minum Lebih Air Putih
Tip ini mungkin kedengaran membosankan untuk ramai orang, tetapi ia adalah benar. Air adalah penting untuk menurunkan berat badan, dan anda mungkin memerlukan lebih daripada standard yang disyorkan 8 cawan sehari.
Jika anda mendapati susah untuk minum air yang mencukupi, anda boleh mula dengan menggantikan pilihan minuman harian anda dengan air putih untuk membuat ia lebih mudah. Contohnya, kebiasaan anda minum air sirap waktu lunch, jadi mulai esok amalkan air putih ya.
Kenapakah air mampu untuk menurunkan berat badan?
Air bukan sahaja menyingkirkan toksin yang telah sedia tersimpan di dalam lemak dengan lebih mudah, tetapi ia juga membantu metabolisma anda supaya bekerja secara optimum. Tambahan lagi, penghidratan adalah penting untuk semua sel-sel dalam badan anda. Jadi minumlah secukupnya!
3) Makan Sebiji Epal Sehari
Epal adalah buah-buahan yang unik kerana ia mengandungi tahap pectinyang tinggi, sejenis serat yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih mudah. Pectin membuat anda rasa penuh dan kenyang lebih cepat walaupun jika anda tidak mengambil banyak kalori.
Pektin juga akan mengurangkan tahap gula darah, kolesterol tidak baik yang lebih rendah, dan ia juga membantu dalam penghadaman.
Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai orang makan epal sebelum makan; ia membantu mereka mencegah daripada makan berlebihan bila tiba waktu makan. Epal juga satu sumber vitamin C, antioksidan, dan kalium jadi epal juga baik untuk tahap imuniti badan dan tekanan darah anda.
4) Makan Lebih Sayuran Hijau
Sayur-sayuran berdaun hijau dan hijau gelap adalah makanan yang terbaik untuk menurunkan berat badan yang boleh anda makan. Makanan ini hebat untuk membekalkan lebih banyak nutrien dalam makanan anda yang rendah kalori.
Makanan hijau gelap tetap penting untuk penurunan berat badan yang optimum dalam tempoh jangka panjang disebabkan oleh bagaimana ia mampu mempengaruhi metabolisma badan anda. Sebagai permulaan, buat target untuk amalkan 3 cawan sayur-sayuran hijau atau hijau gelap setiap hari.
5) Amalkan Diet Seimbang
Percaya atau tidak, diet terbaru yang mana mengelakkan pengambilan makanan bukanlah cara yang terbaik untuk menjaga berat badan.Badan anda memerlukan keseimbangan karbohidrat, lemak, dan protein untuk berfungsi pada tahap metabolisma yang optimum.
Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran kemudian kenalpasti jenis karbohidrat, protein, dan lemak sihat yang bekerja untuk badan anda.
6) Kurangkan Gula, ASAP
Walaupun gula mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi kesannya terhadap berat badan atau kesihatan jangka panjang adalah tidak dijanjikan.
Gula merupakan makanan yang tidak membekalkan nutrisi dan kalori langsung untuk badan kita.
Jadi, amalkan buah-buahan sebagai pilihan apabila anda teringin untuk makan sesuatu yang manis, dan jauhkan diri anda daripada semua sumber gula yang terdapat dalam makanan yang diproses.
Anda juga perlu berhati-hati terhadap makanan yang kelihatan sihat, kerana tanpa anda sedari ia mungkin tinggi kalori. Bahkan, madu asli lebih baik untuk menurunkan berat badan berbanding gula, yang terdapat dalam makanan diproses.
7) Hati-hati Memilih Bijirin Anda
Anda mungkin pernah mendengar grain-free diets dan bagaimana ia dapat membantu penurunan berat badan. Tetapi hakikatnya, sesetengah bijirin sebenarnya menjadikan penurunan berat badan lebih mudah. Salah satu bijirin ini adalah oat gandum. Bukan jenis yang segera, tetapi asli.
Cuba semangkuk oatmeal sebagai sarapan pagi menggantikan roti bakar, atau kuih muih. Anda akan terkejut, betapa mudahnya oatmeal boleh membuat anda kenyang, dan ia penuh dengan nutrien yang meningkatkan tahap mood dan tenaga anda juga!
Bijirin tertentu juga boleh membantu mencegah kelaparan dengan lebih cepat dan dapat meningkatkan fungsi metabolisma badan anda.
8) Bergerak Setiap Hari
Pergerakan harian boleh membantu anda menurunkan berat badan lebih semulajadi, cepat, dan berkesan – walaupun ia hanya berjalan atau melakukan yoga secara sederhana selama 30 minit setiap hari.
Jadi mulakan hari anda dengan beberapa bentuk gerakan atau isi waktu rehat tengah hari anda dengan sesi latihan. Setelah anda berjaya jadikan ini sebagai tabiat harian, anda akan menyukainya kerana anda akan mendapati ia dapat membantu anda supaya lebih mudah untuk menurunkan berat badan.
9) Kawal Pengambilan Lemak Anda
Lemak juga adalah sumber nutrien penting yang anda perlukan untuk kesihatan optimum, tetapi yang lagi penting adalah memantau berapa banyak lemak yang anda ambil dalam setiap hari dan ia adalah penting untuk menjadi selektif mengenai jenis lemak yang anda makan.
Mengapa? Kerana lemak tidak memerlukan banyak ruang dalam perut kita yang mana keadaan ini lebih mudah untuk menyebabkan kita makan berlebihan. Mengambil terlalu banyak lemak juga boleh menyebabkan kita lebih sukar untuk makan serat yang cukup, dan serat adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting untuk diambil bagi penurunan berat badan yang optimum.
Secara umumnya, 1-2 sudu besar lemak yang sihat pada setiap waktu makan adalah pilihan bijak untuk memulakannya jika anda tidak pasti berapa banyak lemak yang anda perlu makan – kekacang, ¼ avokado, atau mentega kacang.
Untuk sesetengah orang, pengambilan kurang lemak dalam diet harian mereka adalah lebih baik, manakala yang lain mereka sebenarnya memerlukan lebih banyak. Cuba perhatikan yang mana sesuai dengan anda dan berhati-hati dengan berapa banyak lemak yang anda makan.
10) Pilih Snek Dengan Bijak
Selalu juga ada rungutan biasa kita dengar bahawa sesetengah orang mereka tidak mempunyai masalah untuk makan makanan yang sihat; sebenarnya ia adalah makanan ringan yang menyebabkan usaha penurunan berat badan mereka tidak berjaya.
Jadi ruangkan masa lebih awal untuk memilih makanan ringan secara bijak. Pastikan anda simpan satu pek badam, epal, dan sekerat coklat gelapdalam beg atau laci meja anda. Saderi dan hummus, atau hirisan pear dan mentega badam juga pilihan yang hebat jika berdekatan anda terdapat peti sejuk untuk menyimpannya.
Kesemua ini antara makanan yang boleh membantu atasi kelaparan anda sehingga waktu makan berikutnya dan ia memberi anda lebih banyak nutrien bagi meningkatkan fungsi metabolisma lebih baik daripada makanan ringan yang diproses.
11) Buat Senarai Runcit Yang Menyokong Usaha Anda
Tukarkan pengetahuan ke dalam bentuk tindakan adalah sesuatu yang akan membantu supaya berat badan anda boleh turun. Maksudnya adalah anda kenalpasti makanan yang berkhasiat dan senaraikan ke dalam diet anda. Jadikan makanan tersebut sebagai amalan.
Dan salah satu tempat yang sesuai untuk menukarkan pengetahuan ke dalam tindakan adalah di kedai runcit. Oleh itu, buat senarai runcit yang menyokong penurunan berat badan yang optimum.
Ingat bahawa penurunan berat badan bukan berlaku dalam sekelip mata. Proses tersebut perlukan masa. Untuk tidak membebankan anda, cara paling mudah adalah ubah gaya hidup anda ke arah lebih baik.
SUMBER : DIARI KURUS
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Perlu Makan Coklat Untuk Kulit Kekal Cantik
Coklat merupakan makanan yang paling popular dan disukai oleh masyarakat kerana rasanya yang lazat dan menyegarkan. Dan pada hari ini kita boleh lihat banyak produk makanan coklat yang dijual di pasaran.maka wajar, jika saat ini coklat menjadi produk makanan yang paling disukai oleh masyarakat. Walaubagaimanapun, masih ramai masyarakat kita beranggapan bahawa coklat adalah menggemukkan, penyebab kerosakan gigi dan kencing manis. Sebenarnya kajian telah membuktikan bahawa coklat mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi manfaat kesihatan.
Coklat boleh menggemukkan
- fakta: Masalah gemuk biasa terjadi apabila seseorang makan secara berlebihan. Jika kita makan secara sederhana termasuk coklat dan bersenam secara teratur pada setiap hari, masalah obesiti boleh dielakkan. Jadi, jangan salahkan coklat semata-mata jika anda terlalu gemuk!. ?
Coklat ialah makanan tidak berkhasiat
- fakta: Coklat dengan kandungan lebih 70% mempunyai manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Fenol berfungsi sebagai antioksidan yang mampu mengurangi kolestrol dalam darah sehingga dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dapat mencegah daripada serangan kanser,stroke dan darah tinggi. dengan Satu bar coklat susu seberat 42.5 gram (1.5 auns) menyumbang banyak zat dan khasiat kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA). Zat itu ialah Kalsium (9%), Riboflavin (9%), Protein (6%), Zat Besi (3%), Vitamin A (2.4%) dan Thiamine (2%). Nilai khasiat cokelat akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Kesimpulannya, coklat sangat berkhasiat.
Coklat menjadi penyebab utama kerosakan gigi
- fakta: Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun, mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang boleh menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula yang tinggi dalam sesetengah jenis coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.
selain memberi manfaat untuk kesihatan coklat juga memberi manfaat untuk kecantikan.
Anti penuaan
- Coklat boleh dijadikan rawatan untuk kawasan kulit luar dimana kandungan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan berperanan untuk menegangkan kulit badan sehingga anda akan kelihatan selalu muda dan segar. Lakukan ramuan coklat ini secara rutinn sebanyak 2-3 kali seminggu.
Detoksifikasi kulit.
- Detoksifikasi ialah proses pembuangan racun pada kulit. Coklat juga boleh diaplikasikan menjadi satu produk kecantikan iaitu dengan campuran coklat bubuk (cocoa powder) dan kafein ia sangat bermanfaat bagi detoksifikasi kulit. Bukan itu sahaja campuran coklat dan kafein mampu mengatasi masalah kulit berminyak dan kusam
Scrub Alami
- coklat juga boleh dijadikan scrub alami untuk perawatan kulit. dengan menggunakan scrub coklat, maka dapat mencerahkan kulit tubuh serta menghilangkan sel-sel kulit mati dalam tubuh. Caranya iaitu dengan melelehkan bubuk coklat, lalu campurkan dengan susu sehingga berbentuk krim. Lalu, aplikasikan scrub coklat ini pada wajah dan leher anda.
Sumber : DiariKurus
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI