Gaya hidup sihat yang moden kini menjadikan gimnasium sebagai pilihan utama bagi ramai individu untuk bersenam dengan lebih selesa. Antara peralatan yang paling popular digunakan adalah mesin treadmill.
Dengan semakin ramai yang mengamalkan aktiviti larian, treadmill menjadi alternatif terbaik, terutama dalam keadaan cuaca di negara kita yang tidak menentu – panas terik di siang hari atau hujan lebat secara tiba-tiba.
Namun, tahukah anda bahawa berlari di atas treadmill memerlukan teknik yang betul? Jika digunakan secara sembarangan, bukan sahaja prestasi larian terjejas, malah risiko kecederaan juga meningkat.
Berikut merupakan 5 kesalahan utama yang dilakukan oleh ramai orang ketika berlari menggunakan mesin treadmill.
Jangan dera diri sendiri! Relaks dan berlarilah dengan lebih perlahan pada peringkat permulaan. Build up your speed perlahan-lahan agar badan anda mula berasa selesa. Jika terus dengan menggunakan kelajuan treadmill yang tinggi silap haribulan boleh muntah.
Mungkin anda bertanya, “berlari indoor menggunakan treadmill pun kena warming up dulu ke”. Ya, memang kamu perlu panaskan badan terlebih dahulu.
Sudah banyak kes melibatkan orang yang berlari menggunakan mesin treadmill mengalami kejang otot terutamanya di bahagian betis dan kaki akibat tidak memanaskan badan terlebih dahulu.
BACA: Jangan Buat 3 Kesilapan Diet Ini, Kalau Rak Hangan Haraplah Nak Kurus!
Menggunakan mesin treadmill
di gimnasium merupakan aktiviti yang dilakukan di kawasan yang bukan eksklusif untuk kita sahaja. Jadi besar kemungkinan anda akan sentiasa duduk bersebelah dengan individu tidak dikenali.Treadmill bukan balapan ya. Jangan berasa tercabar dengan orang sebelah dengan pace dia yang laju. Tak guna nak tunjuk hero di tempat yang salah. Hanya buat sakit badan sahaja.
Antara tip terbaik menggunakan mesin treadmill terutama buat beginner ialah menjaga posisi bahu agar ia selari dengan kaki. Jangan condongkan badan terlalu ke depan kerana ia boleh meningkatkan risiko cedera.
Dan sila janga langkah agar kaki tidak terlalu rapat dengan bahagian depan treadmill. Silap langkah kamu boleh memijak bahagian hadapan yang di luar mesin treadmill.
Petanda seseorang itu kepenatan bila menggunakan mesin treadmill ialah tangannya sentiasa di bahagian pemegang. Dan satu lagi kerana menggunakan kadar kelajuan yang tidak sesuai dengan diri lalu untuk elakkan diri daripada terjatuh, tangan secara otomatik akan berada di pemegang. Jika dibiarkan lama otot tangan akan berasa lenguh dan lama-kelamaan boleh kejang!
BACA: Theeban & Syafiq, Dari Bawah Radar Ke Finale MASKULIN Who’s Your Bro!
Teruskan melakukan aktiviti larian tidak kiralah di luar ataupun di treadmill. Sama-sama kita jayakan gaya hidup yang lebih sihat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.