Gaya hidup sihat yang moden kini menjadikan gimnasium sebagai pilihan utama bagi ramai individu untuk bersenam dengan lebih selesa. Antara peralatan yang paling popular digunakan adalah mesin treadmill.
Dengan semakin ramai yang mengamalkan aktiviti larian, treadmill menjadi alternatif terbaik, terutama dalam keadaan cuaca di negara kita yang tidak menentu – panas terik di siang hari atau hujan lebat secara tiba-tiba.
Namun, tahukah anda bahawa berlari di atas treadmill memerlukan teknik yang betul? Jika digunakan secara sembarangan, bukan sahaja prestasi larian terjejas, malah risiko kecederaan juga meningkat.
Berikut merupakan 5 kesalahan utama yang dilakukan oleh ramai orang ketika berlari menggunakan mesin treadmill.
1. Memulakan larian dengan kadar kelajuan tinggi
Jangan dera diri sendiri! Relaks dan berlarilah dengan lebih perlahan pada peringkat permulaan. Build up your speed perlahan-lahan agar badan anda mula berasa selesa. Jika terus dengan menggunakan kelajuan treadmill yang tinggi silap haribulan boleh muntah.
2. Tidak panaskan badan sebelum mula
Ads
Mungkin anda bertanya, “berlari indoor menggunakan treadmill pun kena warmingup dulu ke”. Ya, memang kamu perlu panaskan badan terlebih dahulu.
Sudah banyak kes melibatkan orang yang berlari menggunakan mesin treadmill mengalami kejang otot terutamanya di bahagian betis dan kaki akibat tidak memanaskan badan terlebih dahulu.
3. Rasa tercabar dan bersaing dengan orang sebelah
Menggunakan mesin treadmill di gimnasium merupakan aktiviti yang dilakukan di kawasan yang bukan eksklusif untuk kita sahaja. Jadi besar kemungkinan anda akan sentiasa duduk bersebelah dengan individu tidak dikenali.
Ads
Treadmill bukan balapan ya. Jangan berasa tercabar dengan orang sebelah dengan pace dia yang laju. Tak guna nak tunjuk hero di tempat yang salah. Hanya buat sakit badan sahaja.
4. Badan terlalu condong ke depan
Antara tip terbaik menggunakan mesin treadmill terutama buat beginner ialah menjaga posisi bahu agar ia selari dengan kaki. Jangan condongkan badan terlalu ke depan kerana ia boleh meningkatkan risiko cedera.
Dan sila janga langkah agar kaki tidak terlalu rapat dengan bahagian depan treadmill. Silap langkah kamu boleh memijak bahagian hadapan yang di luar mesin treadmill.
Ads
5. Tangan sentiasa di pemegang treadmill
Petanda seseorang itu kepenatan bila menggunakan mesin treadmill ialah tangannya sentiasa di bahagian pemegang. Dan satu lagi kerana menggunakan kadar kelajuan yang tidak sesuai dengan diri lalu untuk elakkan diri daripada terjatuh, tangan secara otomatik akan berada di pemegang. Jika dibiarkan lama otot tangan akan berasa lenguh dan lama-kelamaan boleh kejang!
Mengikut kajian daripada Universiti of Texas, lelaki yang yang minum dua cawan kopi setiap hari mampu mengurangkan risiko mati pucuk sebanyak 42% berbanding lelaki yang tidak minum kopi.
Kajian ini menganalisis 4000 lelaki yang minum minuman berkafein seperti kopi, teh, air berkarbonat dan minuman bertenaga-tanpa mengira status berat badan, faktor umur atau tekanan darah, di mana hasil yang diperolehi tetap sama-kafein merangsang tindak balas kimia yang meningkatkan pengaliran darah dan merelakskan otot-otot dalam penis.
The catch? Pertama, tindak balas kafein ini tidak memberi kesan kepada pengidap diebetis. Ia lebih sesuai untuk lelaki yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan hipertensi. Kedua, jika korang ketagih dan megambil lebih daripada 2 cawan kopi, kesan baik tersebut menurun kepada 39% berbanding 42%. Kesimpulannya, tepuk dada tanyalh selera nak minum kopi berapa gelas sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar aktiviti larian pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pasti satu berita yang cukup dinantikan.
Apa tidaknya selepas lebih 40 hari terkurung di dalam rumah tidak dapat melakukan aktviti larian pastinya ramai ingin melepaskan rasa rindu mengeluarkan peluh ketika berlari.
Walaupun kerajaan sudah melonggarkan dan membenarkan aktviti seperti larian dilakukan namun kita semua harus sentiasa mematuhi SOP seperti melakukan penjarakan sosial. Paling penting usah lakukan larian dalam berkumpulan dan ramai.
Cukup sekadar anda melakukannya secara berdua bersama pasangan contohnya.
Selepas lama tidak berlari anda juga pasti inginkan rentak larian semula. MASKULIN percaya ramai akan mudah rasa tercungap-cungap apabila sudah salama tidak melakukan aktviti larian,
Jadi kali ini MASKULIN ingin ‘refresh’ kembali teknik larian yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku. Berikut merupakan beberapa teknik pernafasan yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan larian yang lebih jauh dan berkesan.
TARIK NAFAS DALAM
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
HINGGA PERUT
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
POSTUR BADAN
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
BERTENANG
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
IKUT HIDUNG
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
TEKNIK TARIK NAFAS
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita selalu dengar rungutan orang yang mengalami masalah ketiak hitam, ataupun kawasan leher dan celah peha. Kawasan-kawasan yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau kerana penggunaan krim yang kurang sesuai.
Okay. Sebelum tahu cara nak hilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha dan juga leher, kita harus ketahui mengapakah kawasan-kawasan yang disebutkan tadi hitam?
Sebab-sebab berlaku kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha:
1. Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketika menjadi hitam.
2. Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.
3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut.
4. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.
5. Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.
Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Secara Tradisional
1. Kapur sireh dan sebiji limau nipis
Cara-Caranya:
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.
Insya Allah, bukan setakat kesan hitam akan berkurangan, ketiak pun tidak berbau lagi. Boleh juga disapukan di kawasan leher dan celah peha. Mungkin ada rasa panas sedikit tetapi tidaklah melukakan kulit kita.
2. Buah betik
Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
3. Sirih dan beras
Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.
sumber: aynorablogs.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.