Gaya hidup sihat yang moden pada masa kini menyaksikan semakin ramai lebih selesa menggunakan gimnaisum untuk aktiviti senaman mereka. Dan antara perlatan yang cukup popular digunakan ialah mesin treadmill.
Aktiviti larian sememangnya semakin hari semakin popular dan bersesuaian pula dengan cuaca di negera kita yang kadangkala panas terik dan hujan lebat, mesin treadmill adalah option yang paling sesuai.
Tapi sedarkah korang bahawa untuk berlari dengan menggunakan mesin treadmill haruslah dengan teknik yang betul? Jika menggunakan treadmill dengan cara melulu ia boleh mendatangkan kecederaan.
Berikut merupakan 5 kesalahan utama yang dilakukan oleh ramai orang ketika berlari menggunakan mesin treadmill.
1. Memulakan larian dengan kadar kelajuan tinggi
Jangan dera diri sendiri! Relaks dan berlarilah dengan lebih perlahan pada peringkat permulaan. Build up your speed perlahan-lahan agar badan anda mula berasa selesa. Jika terus dengan menggunakan kelajuan treadmill yang tinggi silap haribulan boleh muntah.
2. Tidak panaskan badan sebelum mula
Mungkin anda bertanya, “berlari indoor menggunakan treadmill pun kena warming up dulu ke”. Ya, memang kamu perlu panaskan badan terlebih dahulu. Sudah banyak kes melibatkan orang yang berlari menggunakan mesin treadmill mengalami kejang otot terutamanya di bahagian betis dan kaki akibat tidak memanaskan badan terlebih dahulu.
BACA: Jangan Buat 3 Kesilapan Diet Ini, Kalau Rak Hangan Haraplah Nak Kurus!
3. Rasa tercabar dan bersaing dengan orang sebelah
Menggunakan mesin treadmill di gimnasium merupakan aktiviti yang dilakukan di kawasan yang bukan eksklusif untuk kita sahaja. Jadi besar kemungkinan anda akan sentiasa duduk bersebelah dengan individu tidak dikenali. Treadmill bukan balapan ya. Jangan berasa tercabar dengan orang sebelah dengan pace dia yang laju. Tak guna nak tunjuk hero di tempat yang salah. Hanya buat sakit badan sahaja.
4. Badan terlalu condong ke depan
Antara tip terbaik menggunakan mesin treadmill terutama buat beginner ialah menjaga posisi bahu agar ia selari dengan kaki. Jangan condongkan badan terlalu ke depan kerana ia boleh meningkatkan risiko cedera. Dan sila janga langkah agar kaki tidak terlalu rapat dengan bahagian depan treadmill. Silap langkah kamu boleh memijak bahagian hadapan yang di luar mesin treadmill.
5. Tangan sentiasa di pemegang treadmill
Petanda seseorang itu kepenatan bila menggunakan mesin treadmill ialah tangannya sentiasa di bahagian pemegang. Dan satu lagi kerana menggunakan kadar kelajuan yang tidak sesuai dengan diri lalu untuk elakkan diri daripada terjatuh, tangan secara otomatik akan berada di pemegang. Jika dibiarkan lama otot tangan akan berasa lenguh dan lama-kelamaan boleh kejang!
Teruskan melakukan aktiviti larian tidak kiralah di luar ataupun di treadmill. Sama-sama kita jayakan gaya hidup yang lebih sihat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI