Berlari 10 KM Setiap Pagi Sebelum Ke Pejabat

Share

Pada hemat saya, Maskulin itu merujuk kepada tiga perkara pokok.

Keterampilan – Bagaimana seorang lelaki itu menjaga dirinya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki iaitu soal penjagaan rambut, sosok badan yang menarik dan pemilihan pakaian seharian.

Sifat – Dia bersifat charming dan cool. Harus punya aura yang tersendiri yang tak dipunyai orang lain. Jika dipandang orang, mesti menarik perhatian mereka untuk memandangnya berulang kali.

Kesihatan – Lelaki Maskulin mesti sihat tubuh badan luar dan dalam. Bila menyebut soal kecergasan, ia bukan sekadar kekuatan, malah dia juga perlu endurance (ketahanan). Kedua-dua ini harus dimiliki.

MASKULIN : MENGAPA MAHU MENGUBAH CORAK KEHIDUPAN?

Saya mula aktif dalam dunia kecergasan apabila saya sedar, saya disahkan menghidap penyakit darah tinggi pada tahun 2010. Ketika itu saya berusia 23 tahun. I used to be fat

. Sejak itu, saya tergerak hati merubah kehidupan saya supaya menjadi seorang yang baru. Saya tidak mahu lagi kembali menjadi diri saya yang dahulu. Pada tanggal lapan Oktober tahun yang sama, saya nekad untuk berubah dan meneruskan gaya hidup yang sihat sehingga ke hari ini.

 

MASKULIN : KISAH OBESITI ANDA?

Sedari kecil, saya kuat makan. Saya tidak pernah mengawal pemakanan saya. Saya kira, corak pemakanan memainkan peranan yang sangat penting kerana ia menyebabkan saya terjebak dalam permasalahan ini, selain kurangnya kesedaran. Sewaktu zaman universiti, saya sangat aktif dengan perbahasan dan pidato. Saya mempunyai kekuatan untuk berkata-kata akan tetapi, saya merasa seperti ada satu hal yang tidak mencukupi. Saya sedar, tak kira betapa bagusnya hujah yang saya lontarkan, saya tidak dapat menangkap perhatian orang dek kerana penampilan saya. Realitinya, orang akan memandang penampilan terlebih dahulu. Dari situ saya sedar saya perlu ada karisma.

MASKULIN : RUTIN HARIAN ANDA?

Sebelum solat subuh, saya akan berlari minimum 10-15 kilometer sebelum ke pejabat. Pada waktu petang selepas pulang kerja pula, saya akan terus ke gimnasium atau ke kolam renang untuk bersenam. Seterusnya, pada malam hari, saya akan melatih pelanggan kecergasan saya. Tepat jam 10 malam, saya akan masuk tidur kerana setiap hari saya akan bangun pukul 5 pagi. Itulah rutin harian saya.

MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?

Ikhwan Nor. Bagi saya, dia mempunyai pakej lengkap yang saya idamkan. Dia seorang peragawan antarabangsa juga atlet lari pecut kebangsaan. Punya MBA Master Degree, dia juga seorang usahawan. Kini dia membuka gimnasium di Kemaman, Terengganu. He got looks, fitness and brain.

MASKULIN : TIP 

Winners never quit and quitters never win. Kejayaan itu bukanlah hanya sekadar pilihan, tetapi ia satu kemestian. Apabila kita pegang kata-kata hikmah ini, nescaya kita akan cuba berbuat sesuatu perkara dengan kapasiti sehabis baik. Sehingga sampai satu titik kata, hanya Tuhan yang menentukan.

Nasihat saya, jangan fikir kecergasan itu boleh kamu perolehi dalam jangka masa bulan-bulan. It takes time. Harus ingat, kecergasan bukan sekadar untuk mendapat tubuh badan yang sasa, namun ia juga  memberi kesihatan buat tubuh. That’s the ultimate goals of fitness.

MASKULIN : AKAN DATANG?

Saya mahu menempa jenama nama saya sendiri iaitu ‘Ridwan Mustafa’s Fit, Fun and Fabulous’. Ia merangkumi ketiga-tiga perkara yang saya pegang dalam hidup saya.  I want people to have fun while work out. Bila kita lakukan sebarang kecergasan tanpa paksaan, keputusan bakal lebih menyerlah.

 

Published by
Kim Rahim