Adakah anda pernah terfikir, apakah benda putih yang terdapat diatas kepala anda? Ia adalah kelemumur ataupun dandruff.

Perkara ini sangat biasa berlaku kepada sesiapa sahaja dan dengan cara yang tepat, anda boleh menghilangkannya dengan cepat lantas mencegahnya.

Salah satu faktor berlakunya kelemumur adalah penjagaan kulit kepala/rambut yang tidak sempurna disamping keadaan cuaca dan tekanan diri (stress). Tapi jangan risau kerana terdapat banyak rawatan dan petua yang anda boleh amalkan.

Masalah kelemumur boleh menyebabkan keguguran rambut dan mungkin boleh menyebabkan kepala anda botak!

Oleh itu, untuk mengelak daripada masalah tersebut, berikut adalah 21 cara-cara menghilangkan kelemumur (kebanyakannya tidak mendapat sokongan saintifik) dan 4 cara mencegahnya dengan berkesan!

Dalam entri ini, anda akan ketahui:

  • 21 Cara Menghilangkan Kelemumur
  • 4 Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Kepala yang Betul
  • 5 Tips Tambahan
  • 6 Amaran
  • 4 Tips Mencegah Masalah Kelemumur
  • Produk-Produk Terbaik Untuk Kelemumur
  • Kesimpulan

Entri ini agak panjang, jadi anda digalakkan untuk bookmark laman ini untuk rujukan masa hadapan. Sekiranya anda sudah bersedia, jom selamatkan kepala daripada jajahan kelemumur!

4 Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Kepala yang Betul

Sebelum kita ketahui cara-cara tersebut, anda perlu tahu bagaimana penjagaan kulit kepala yang betul. Berikut adalah 4 langkah yang anda perlu tahu:

1. Kerapkan Syampu Kepala

Kelemumur berlaku kerana terdapat sel mati pada kulit kepala. Ia bukannya disebabkan oleh rambut, namun kulit itu sendiri.

Mayo Clinic mencadangkan kita menggunakan syampu anti-kelemumur setiap hari sehinggalah sisa-sisa sel kulit mati itu berkurangan/tiada. Kemudian jarakkan penggunaan syampu tersebut kepada 3 kali seminggu.

Amaran: Jangan menggunakan syampu secara keterlaluan kerana bahan kimia seperti lauryl sulfate yang terdapat di dalam syampu tersebut boleh mengeringkan kulit kepala dan menyebabkan banyak lagi kelemumur terhasil.

2. Berikan Masa Untuk Syampu Memberikan Kesan

Jika anda menggunakan syampu kelemumur, pastikan anda membiarkan syampu tersebut seketika (lebih kurang 5 minit) di atas kulit kepala anda sebelum membilasnya. Ini boleh memberikan masa yang secukupnya untuk bahan kimia syampu tersebut bertindak balas.

3. Sikat Rambut Selepas Mandi/Syampu

Amalan menyikat rambut boleh meratakan kesan minyak (yang terhasil secara semulajadi di atas kulit kepala) ke atas semua permulaan kepala.

4. Elakkan Stress (Tekanan Diri)

Masalah tekanan diri ataupun stress boleh menyebabkan penghasilan kelemumur, oleh itu anda digalakkan untuk mengatasi masalah stress anda dengan efektif. Anda boleh mendapatkan langkah-langkah berkesan dalam menghadapi masalah stress di sini.

Selain itu, pengamalan diet yang sihat dan seimbang juga memainkan peranan yang penting ke atas kesihatan kulit kepala. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil diet yang tinggi khasiat zink dan vitamin B6.

21 Cara Menghilangkan Kelemumur

Berikut adalah senarai kaedah yang anda boleh guna untuk menghilangkan masalah kelemumur anda selama-lamanya. Walaupun begitu, senarai ini adalah dikumpul daripada pelbagai sumber dan kebanyakannya adalah kaedah rawatan tradisional.

 

Berkesan Hapus Kelemumur

Oleh itu, pastikan bahawa anda menggunakan cara-cara yang dinyatakan di bawah dengan harapan yang sejajar dengan apa yang anda lakukan. Bersedia?

Cara #1: Menggunakan Syampu Yang Sesuai

Bukan semua syampu rambut direka dan diproses untuk tujuan yang sama, terdapat pelbagai kenis syampu diluar sana yang berteraskan untuk menguatkan akar rambut, menghitamkan rambut, menjaga kulit kepala dan lain-lain.

Oleh itu, anda dikehendaki untuk memilih syampu untuk kelemumur ataupun syampu anti- kelemumur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Antara syampu yang anda boleh mencuba adalah Clear, Head and Shoulders dan lain-lain.

Cara #2: Yogurt

Penggunaan bahan adalah salah satu yang paling senang untuk menghilangkan kelemumur. Langkah-langkahnya adalah:

1. Gunakan yogurt anda untuk menghilangkan kelemumur. Cuma bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan untuk 10-15 minit.

2. Bilas dengan air yang bersih, guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.

Cara #3: Aspirin

Selain kelemumur, aspirin juga digunakan untuk menghilangkan jewarat secara remedi. Namun, kali ini adalah untuk kelemumur. Cara-caranya adalah:

Ads

1. Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.

2. Masukkannya ke dalam syampu rambut anda, dan sapu/guna seperti biasa.

3. Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika (2-5 minit), kemudian bilas seperti biasa.

Cara #4: Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)

Sekiranya anda ikuti PanduanSaya, anda akan perasan bahawa cuka epal ataupun apple cider vinegar ini mempunyai banyak kegunaan selain dalam masakan. Kali ini untuk menghilangkan kelemumur pula. Ikuti langkah mudah ini:

1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih.

2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.

3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.

4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.

5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.

Cara #5: Pisang dan Cuka

Percaya atau tidak, gabungan pisang dan cuka boleh merawat kelemumur. Cara-cara penyediaan dan aplikasinya adalah:

1. Kupas satu ulas pisang.

2. Campurkannya dengn 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga ia menjadi paste

3. Kemudian sapukannya keatas rambut dan kulit kepala.

4. Ratakan campuran tersebut keseluruh permukaan kepala anda

5. Biarkan selama 20 minit sehingga 1 jam, dan kemudian bilas dengan sempurna.

6. Ulang langkah setiap hari selama 1 minggu.

Ads

Cara #6: Baking Soda

Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam perbagai situasi dan termasuklah dalam menghilangkan kelemumur.

Cara-caranya adalah mudah, anda cuma perlu menggosok sedikit baking soda pada rambut dan kulit kepala anda. Kemudian bilas selepas 1 minit.

Ulangi langkah di atas setiap hari untuk 2 minggu. Anda akan terkejut dengan hasilnya!

Cara #7: Baking Soda dan Cuka

Selain dijadikan bahan masakan, baking soda boleh memainkan peranan yang besar kepada kulit kita, PanduanSaya pernah mengutarakan penggunaan baking soda untuk mengatasi masalah jerawat, kali ini menghilangkan kelemumur. Langkah-langkahnya adalah:

1. Bilas rambut anda dengan air sejuk.

2. Campurkan cuka dengan air dengan ratio yang sama, buat lebih kurang 70-100ml.

3. Ratakan campuran ini pada permukaan kulit kepala anda dan biarkannya untuk 5-10 minit.

4. Bilas dengan air sejuk dengan sempurna dan cepat-cepat bersihkan kulit kepala anda.

5. Dapatkan satu sudu teh baking powder. Campurkannya dengan 30-40ml.

6. Sapukan campuran baking powder tersebut pada kulit kepala anda dengan rata. Biarkannya selama 3-5 minit.

7. Bilas dengan air yang bersih dengan sempurna.

8. Keringkan rambut anda dengan tuala ataupun tunggu ia kering dengan sendiri. Setelah kering dengan sempurna, keluarkan lebihan flakes di atas kepala anda dengan menggaru kulit kepala.

9. Tahniah! Anda sudah bebas kelemumur.

Cara #8: Baking Soda dan Limau Nipis/Purut

Penggunaan limau nipis ataupun limau purut dalam menghilangkan kelemumur sudah diamalkan turun-temurun lagi. Langkah-langkahnya adalah:

1. Campurkan air perahan limau nipis ataupun limau purut dengan baking soda.

2. Sapu pada permukaan kulit kepala dan biarkannya selama beberapa minit.

Ads

3. Apabila kulit kepala terasa gatal, mula membersihkannya.

4. Bilas rambut dengan air yang bersih.

5. Ulangi langkah ini setiap hari.

Cara #9: Minyak Bayi (Baby Oil)

Minyak bayi mengandungi beberapa bahan yang sangat baik kepada permukan kulit. Ia bukan sahaja sesuai kepada bayi sahaja, malah kepada orang dewasa juga. Termasuklah dalam penjagaan kulit kepala. Langkah-langkahnya adalah:

1. Sapukan baby oil pada permukaan kulit kepala. Ratakan dan urut sedikit.

2. Tudung kepala anda dengan tuala dan biarkannya untuk semalaman.

3. Basuh dengan syampu anti-kelemumur yang berkualiti. Minyak dari baby oil sepatutnya melembutkan kult kepala anda semasa anda sedang tidur dan memudahkan kelemumur tersebut tertanggal.

4. Amalkan sebelum anda masuk tidur.

Cara #10: Egg oil (Eyova)

Minyak telur ataupun egg oil mengandungi omega 3 seperti Docosahexaenoic Acid (DHA) yang mana boleh menggiatkan semula sel folikel pada kulit. Ini boleh menghilangkan kelemumur pada permukaan kulit kepala.

Langkah-langkah untuk ikut petua ini adalah:

1. Sapu dan urut minyak telur (egg oil) ke atas kulit kepala selama 5-10 minit dan biarkannya untuk semalaman.

2. Syampu pada pagi harinya.

Cara #11: Minyak Kelapa (Coconut oil)

Kelapa mempunyai banyak kegunaan dan salah satu daripadanya adalah menghilangkan kelemumur. Ikut langkah yang mudah ini:

1. Basahkan rambut anda dan keringkannya (untuk hilangkan semua kotoran yang mungkin ada).

2. Sapukan minyak kelapa pada permukaan kulit kepala anda dan biarkan untuk beberapa minit.

3. Basuh/bilas dengan air yang bersih. Pastikan anda bilas sehingga tiada kesan minyak tersebut.

4. Ulangi langkah-langkah tersebut sekali seminggu sehinggalah kelemumur tersebut tiada lagi.

Cara #12: Kelapa dan Madu

Kelapa dan madu menjadi satu gandingan yang sangat sesuai dalam mengatasi masalah berkaitan kulit. Hal ini kerana kedua-duanya mengandungi khasiat yang banyak kepada kulit. Langkah-langkahnya adalah:

1. Campurkan minyak kelapa, minyak zaitun, yogurt (optional) dan madu ke dalam satu bekas. Gunakan ratio 2:2:3:2 agar ia membentuk satu paste yang sesuai.

2. Sapukan paste tersebut ke kulit kepala anda dengan rata. Biarkan selama 10 minit. Ini boleh membantu peredaran darah di kepala anda.

3. Bilas dengan menggunakan syampu sehingga semua bekas paste tertanggal.

4. Optional – Guna conditioner ataupun pengering rambut setelah anda menggunakannya

5. Cara lain adalah anda sapukan minyak kelapa secara terus ke atas kulit kepala anda tanpa sebarang campuran

 

sumber: panduansaya.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI