Jika melihat daripada gambar, pasti ramai tidak menyangka kerana berat badannya sebelum ini adalah 80Kg dan dia berjaya menurunkannya kepada 69Kg. Sekali pandang nampak macam tidak gemuk, namun beratnya yang sebenar tidak ideal.
Menurut Megat Danial Izzudin, dia menyimpan hasrat untuk menjadi seorang fitness content creator yang berjaya pada suatu hari nanti & ia bermula dengan menurunkan berat badannya secara sihat.
Walaupun sudah membuat posting di twitter, namun MASKULIN tetap menemubual dia untuk mengorek rahsia dietnya yang mungkin tidak dikongsikan di sana.
Saya makan tak kawal. Junkfood semua saya makan without kawalan
2. Apa yang membuat anda ingin turunkan berat badan?
Saya ingin membuat youtube saya sendiri berdasarkan content fitness dan saya juga mempunyai idola saya sendiri iaitu chris heria
3. Bagaimana dengan perubahan diet contoh menu diambl setiap hari?
Saya punya diet pemakanan tak tentu. Yang penting saya tidak akan mengambil air manis , makanan berminyak dan makanan bergula yg membuatkan lemak bertambah dlm badan
Ads
4. Boleh kongsi tip tahan diri untuk makan seperti sebelum ini?
Tips tahan diri utk makan saya hanyalah disiplin diri. Jika kita disiplin. Kita boleh dapat apa yang kita nak
5. Adakah perubahan pada bulan pertama pada fizikal jadi ketara?
Iya sebab saya betul2 disiplin dgn diet saya utk mencapai badan ideal saya
6. Bagaimana pula dengan senaman?
Setiap hari saya akan buat HIGH INTENSITY WORKOUT di rumah untuk membakar lemak. Saya ada post video contoh high intensity workout dkt twitter saya. Cardio saya akan buat 4x seminggu. Kerana saya sedang membina muscle. Dan cardio berlebihan boleh membuatkan muscle kecut.
Ads
7. Adakah sudah puas hati dengan berat sekarang?
Belum, saya nak naikkan berat badan saya dgn membina muscle
8. Bagaimana kekalkan motivasi diri?
Letak gambar idola dkt wallpaper. Tengok badan dekat cermin setiap hari
Bukan mudah nak kurus dan bakar kalori degil jika ia sudah lama bertapak dalam badan. Kalau tidak melakukan senaman, bimbang kalori ini boleh mengganggu kesihatan tubuh, sekali gus mendatangkan pelbagai penyakit. Namun apabila disuruh untuk bersenam ke gim, terasa malas!
Jangan bimbang! Jika anda kategori lelaki yang malas nak ke gim, 12 cara paling mudah ini boleh anda cuba untuk bakar kalori.
1. Naik tangga
Setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung. Oleh itu mulai dari sekarang. Latih diri anda untuk naik dan turun tangga sama ada di pejabat atau di rumah berserta dengan sedikit senaman selama 30 minit. Dengan aktiviti ini, anda telah dapat membakar sebanyak 100 kalori.
2. Letakkan kenderaan anda jauh
Letak kenderaan anda di tempat letak kereta agak jauh agar anda boleh memaksa diri anda untuk banyak berjalan. Berjalanlah di mana sahaja dan pada bila masa yang anda sukai. Dengan berjalan kaki selama 20 minit bersamaan dengan 2000 langkah, anda telah berjaya membakar 100 kalori.
3. Makan sikit-sikit tapi kerap
Jika anda makan sedikit tetapi lebih kerap, badan anda akan sentiasa mencernakan makanan, sekali gus menjadi lebih aktif untuk membakar kalori. Makan dengan cara ini lebih menyihatkan jika dibandingkan anda makan banyak satu atau dua kali dalam sehari.
4. Makan makanan pedas
Makan makanan pedas seperti cili juga boleh menghilangkan kalori. Cili mengandung capsaicin yang akan memanaskan badan, mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat.
5. Lakukan hubungan kelamin
Aktiviti ini merupakan senaman yang baik kerana ia dapat membakar banyak kalori.
Seberapa banyak kalori yang terbakar selama melakukan hubungan kelamin bergantung pada berat badan, durasi dan seberapa banyak gerakan yang dilakukan. Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai berat 70 kg, berhubungan selama 15 minit, ia akan membakar sekitar 72 kalori. Jika orang tersebut berhubungan kelamin selama 5 minit, maka dia akan membakar sebanyak 24 kalori. Jika dia berhubungan selama 45 minit, maka kalori yang terbakar adalah 216 kalori.
Tidak hanya hubungan kelamin, pemanasan (foreplay) juga membakar kalori meskipun dalam jumlah yang lebih sedikit. Orang yang sama seperti di atas akan membakar sebanyak 25 kalori jika melakukan pemanasan selama 15 minit. Ia akan membakar 216 kalori jika melakukan 45 minit pemanasan.
6. Ketawa
Membakar kalori dengan ketawa mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi ketawa mampu meningkatkan denyut jantung dan mempercepat metabolisme yang mempengaruhi berat badan seseorang.
7. Minum kopi dan suplemen metabolisme
Kafein merangsang sistem saraf di dalam badan dan membantu untuk memecahkan lemak-lemak kepada bentuk yang paling ringkas. Ia juga membantu dalam pengeluaran hormon adrenaline. Suatu kajian mengatakan purata kadar metabolisme mereka yang meminum kopi berkafein adalah 16% lebih tinggi berbanding mereka yang meminum kopi tanpa kafein.
8. Melompat
Melakukan senaman melompat atau skipping selama 15 minit dalam sehari mampu membakar lebih 100 kalori.
9. Melakukan kerja-kerja di rumah
Cuci rumah, membasuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga. Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori.
10. Berdiri
Jika anda berdiri selama 20 minit selang beberapa jam, ia dapat membakar 100 kalori dalma badan. Anda boleh lakukan aktiviti ini sama ada di pejabat (berdiri semasa menjawab panggilan telefon, bercakap dengan rakan sekerja atau ketika melakukan pembentangan kertas kerja). Tidak pun anda lakukan aktiviti ini di rumah.
11. Tidur
Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah dua hingga 5 pound berat otot anda. Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gim.
12. Bermain pool/snooker
Bermain pool dan snooker selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Bayangkan kalau bermain selama berjam-jam? Mesti banyak kalori yang sudah terbakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa pernah dengar Military Diet? Haaa diet ni tak lah healthy sangat, tapi untuk anda yang tiba-tiba ex teman wanita ajak pergi wedding dia. Kalau nak nampak hensem, mungkin anda boleh cuba diet ini.
Apa itu Military Diet?
Military Diet ni menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu. Diet ini boleh mengurangkan berat anda sehingga 5kg dalam masa 3-7 hari jika anda mengikuti meal plan mereka dengan betul. Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada badan seseorang.
Diet ini juga dikenali dengan diet 3 hari kerana anda perlu ketat dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu mingggu. Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.
Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang. Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.
Ini diet plan Military Diet yang boleh anda ikut.
Hari Pertama
Sarapan Pagi: Kopi O, 1/2 Grapefruit, I keping roti bakar disapu 2 sudu kecil peanut butter.
Makan Tengah Hari: Air masak/ kopi O, 1/2 tin tuna air dengan sekeping roti
Makan Malam: 3 aun daging atau ikan, 1 mangkuk sayur-sayuran (mentah). 1 biji kecil Apal, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla
Hari ke 2
Sarapan Pagi: Sebiji Telur (jangan campurkan apa-apa). 1/2 pisang atau mana-mana buah-buahan. Sekeping roti.
Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita kerap mendengar penyakit gila babi atau sawan babi yang lebih berkait rapat dengan kekejangan atau ‘tarik’ yang berulangan dengan penghidapnya menggigil sehingga memerlukan bantuan segera.
Namun, secara amnya tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya punca penyakit ini yang turut dikenali epilepsi dari segi istilah perubatan. Hakikatnya, penyakit ini berlaku hasil tindak balas masalah isyarat elektrik yang salah dalam otak. Atau ringkasnya, aktiviti elektrik otak yang normal diganggu oleh lebihan aliran elektrik dalam otak yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi sementara antara sel saraf.
Masalah Neurologi
Penyakit ini menjejaskan kehidupan lebih 180,000 orang dalam setahun dan di seluruh dunia, sekurang-kurangnya sejuta orang akan mengalami epilepsi seumur hidupnya.
Lebih membimbangkan, 2 juta kes baru dicatatkan setiap tahun yang membuktikan epilepsi adalah masalah universal dan antara masalah neurologi yang serius.
Bagaimanapun, bukan semua orang yang mengalami tarik atau kekejangan ini berhadapan dengan epilepsi. Ini kerana, ada kalanya, serangan sawan itu berlaku apabila pesakit berhadapan dengan masalah kekurangan air yang keterlaluan atau suhu badannya terlalu tinggi.
Punca Epilepsi
Namun, jika seseorang itu mengalami kekejangan dengan kerap tanpa sebab, ini mungkin gejala dia mengalami epilepsi. Malah epilepsi juga boleh disebabkan kecederaan otak, jangkitan otak seperti meningitis atau penyakit yang mengganggu pembentukan otak janin ketika dalam kandungan ibu.
Epilepsi ini juga boleh disebabkan kekurangan oksigen pada otak bayi kepada dilahirkan.
Epilepsi boleh menjejaskan bahagian otak yang berlainan dan ia terjadi dalam pelbagai cara bergantung kepada sel otak yang terbabit.
Sesetengah kes kekejangan ini menjejaskan keseluruhan badan pesakit dan menyebabkan penyebaran aliran elektrikal ke seluruh otak dan keadaan dikenali sebagai ‘tonic-clonic‘.
Kekejangan
Ada juga masalah yang lebih tertumpu iaitu aliran elektrikal hanya menjejaskan bahagian kecil otak yang dikenali sebagai ‘kekejangan sebelah’ yang menyebabkan pesakit sedikit keliru atau gangguan pergerakan motor atau kedua-duanya sekali, tetapi tanpa disedari individu berkenaan. Namun, ada juga kes yang mana pesakit mengalaminya dalam keadaan sedar.
Segelintir pesakit pula mengalami kekejangan jenis sebelah sebelum merebak ke seluruh otak menjadi kekejangan jenis ‘tonic-clonic‘. Kekejangan ini pula boleh berlaku beberapa kali sehari atau sekali beberapa bulan.
Apa yang pesakit alami sama ada hilang sedar, perubahan dalam penglihatan atau rasa tidak selesa pada perut sebenarnya bergantung pada jenis epilepsi. Sesetengah pesakit mengalami keadaan seperti bermimpi, yang lain mungkin mengalami perasaan gembira dan sedih yang bercampur aduk. Sementara ada yang mengulang-ulang pergerakan seperti mengenyit mata.
Rawatan
Bagaimanapun, bukan semua kes epilepsi memerlukan pembedahan. Doktor akan memberi rawatan lain seperti ubat-ubatan terlebih dulu. Namun, jika pembedahan diperlukan, alat khas bagi membantu mengesahkan aktiviti elektrik dalam otak manusia.
Otak mengandungi satu trilion sel berbeza dengan separuh daripada sel ini memiliki fungsi sel elektrik yang berlainan. Kuasa elektrik ini sangat kecil dan negatif, justeru alat khas digunakan bagi mengukur cas negatif berkenaan. Epilepsi datang daripada sel yang sakit dan umumnya ia terjadi pada bahagian otak tepi dan otak depan.
Magnetoencephalography (MEG)
Bagi pesakit epilepsi, kaedah magnetoencephalography atau MEG adalah teknik membantu mengesahkan antara sel yang sihat dan sel yang terjejas. MEG sebenarnya bukanlah keajaiban baru dunia perubatan. Ia sudah dikenali sejak 1968 tetapi di Malaysia dan Asia Tenggara, MEG cuma ada di HUSM.
MEG adalah teknik ‘non-invasive‘ (tidak membabitkan pembedahan) bagi mengkaji epilepsi dan fungsi otak. Dalam kes epilepsi, MEG digunakan bagi mengenalpasti sumber ‘epileptiform‘ dalam aktiviti otak yang berkemungkinan besar adalah sumber kepada berlakunya ‘tarik’.
MEG memiliki keupayaan menentukan pemetaan otak bagi memastikan pembedahan dibuat dengan teliti tanpa kemudaratan. Malah dalam kes lain, ia mampu mengesan 80% kes berkaitan otak lebih awal dan tepat sebelum rawatan dibuat.
Kaedah ini juga menjadi cara baru merekod dan menganalisa fungsi otak dengan mengukur magnetik yang dihasilkan aktiviti elektrik dalam otak. Rakaman ini memberikan ukuran fungsi berterusan yang berlaku pada neuron dan boleh menunjukkan lokasi neuron yang tidak berfungsi.
Secara ringkas MEG adalah teknik yang membantu mengenal pasti sumber aktiviti elektrik dalam otak manusia menggunakan ukuran magnetik non-invasive dan tidak menyakitkan, tanpa jarum, selamat dan tidak membabitkan sebarang unsur radiasi dan pembedahan. Malah, ia boleh dilakukan kepada kanak-kanak.
Teknik ini juga mampu mendiagnosis masalah angin ahmar, trauma pada otak, masalah sakit jiwa dan kemurungan serta membantu dalam bidang kognitif yang membabitkan terapi rehabiliti dan rawatan psikologi.
Sumber : Sihat Selalu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.