Tanyalah sesiapa sahaja yang sedang amalkan diet untuk turunkan berat badan. Antara cabaran yang paling sukar untuk mereka lakukan ialah mengawal nafsu makan.

Iyalah kalau setiap hari sebelum ini sudah terbiasa makan apa sahaja yang terlintas diminda tiba-tiba kena disiplinkan diri untuk kurangkan portion makan. Memang sangat sukar.

Malah ramai yang sudah tumpas dengan diet yang diamalkan kerana rasa ingin makan terlalu membuak-buak. Namun anda perlu ingat masalah obesiti adalah satu masalah kesihatan yang harus diberikan perhatian serius.

Jadi anda perlu pandai mengawal nafsu makan. Seorang pengguna Facebook dikenali dengan nama Jazli Hassan pernah berkongsi pengalamannya melawan nafsu makan semasa dalam usaha menurunkan berat badan.

Berjaya Turun 100kg, Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Kawal Nafsu Makan Ketika Berdiet
Kredit: Jazli Hassan

Beliau sebelum itu berjaya menurunkan berat sebanyak kira-kira 100kg! Bayangkan dia bejaya turun dari 183kh kepada 78kg. Respect brother!

Menerusi satu posting dia berkongsi bagaimana untuk melawan nafsu makan. Sebanyak 10 tip yang boeh anda ikuti di bawah. Jom ikuti perkongsiaannya:


 

IKLAN

1) Baca Doa Sebelum Makan

Nampak simple mengikut pemerhatian saya dan hasil pengalaman saya antara beberapa kali kita makan jarang-jarang kita baca doa…lagi-lagi kalau berhadapan dengan makanan yang sedap.Cuba berdoa sampai habis lihat makanan dengan ketenangan nak nikmati makanan secara pelahan-lahan..Berdoa menguji kita bersabar dan muhasabah diri ketika berhadapan dengan makanan di samping itu mengajar kita bersyukur.jangan malu untuk buat perubahan..sedikit perubahan akan berikan kesan mendalam.

2) Berbisik Dalam Hati

Ramai yang suka berbisik dengan suara hati sesuatu yang negatif lagi-lagi ketika terlihat orang makan yang sedap-sedap..akhirnya muncul lah…”HIDUP INI SEMENTARA RUGI KALAU TAK MAKAN”…Cuba latih aku makan untuk hidup bukan hidup untuk makan…setkan dalam minda selama bereberapa tahun aku hidup berikan peluang untuk diri aku sendiri membuat perubahan sebelum terlambat…selalunnya bila dah terlambat baru nak berubah makan yang baik2..Cuba berkata atau berbisik dalam hati sesuatu yang positif.

Berjaya Turun 100kg, Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Kawal Nafsu Makan Ketika Berdiet
Kredit: Jazli Hassan

3)Mulakan dengan meminum air dahulu atau makan buahan dan serat

Zaman nabi dahulu.Mereka mulakan dengan meminum air atau makan dengan buah-buahan atau dengan syuran yang berserat.sebelum menjamah makanan yang berat-berat.Dan berhenti sebelum kenyang..hal ini bila kita makan buahan dan serat dahulu atau dahulukan dengan air…kita dapat stabilkan asid dalam perut dari menganas punca nafsu kita naik macam setahun tak makan.tenangkan fikiran jangan ikutkan hati..Makanan sedap sentiasa ada dan semakin hari semakin banyak menu sedap-sedap…tapi kesihatan sihat sekali sahaja datang kalau dah sakit perlukan masa lama untuk sembuh..

4) Makan perlahan-lahan dengan ketenangan

Dalam sepuluh orang pemerhatian saya di kedai makan.hanya dua atau seorang yang baca doa dan mula menjamah secara pelahan-lahan menikmati makanan…yang lain kalau order datang lambat siap marah-marah..ada makanan panas pun dia kunyah juga..sebab tue bila dah habis satu pingan maknan pun rasa tak kenyang..penghayatan dan nikmat makanan itu tak ada…makan ikutkan hati yang bertopengkan nafsu makan yang membuak-buak…kawal dan anda boleh cuma hati sentiasa berbisik yang negatif…macam-macam alasan timbul.

IKLAN

5) Jangan terpedaya Dengan Rupa Makanan

Zaman serba canggih nie bukan nafsu makan je membuak-buak hospital pun makin penuh dengan orang sakit.Mana taknya pantang tengok iklan makan yang hebat dan pelbagai kreativity..Sabar awak jadi pengguna yang bijak dan berilmu jangan ikut nafsu..Orang tue meniaga makin ramai orang makan makin maju perniagaannya…kita nak support bussines diorg boleh cuba makan dengan penuh bijaksana….janganlah makan dah lewat malam…bahaya!kena ingat Nafsu tue ego kita…perangai kita…emosi kita…awak tue mastermind untuk seluruh fungsi tubuh awak…dulu saya selalu kata dalam diri saya jauh dah aku berusaha kalau sebab makanan nie aku tewas..memang aku seorang loser.

Berjaya Turun 100kg, Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Kawal Nafsu Makan Ketika Berdiet
Kredit: Jazli Hassan

6) Makan Kerap Tapi Sedikit-Sedikit

Ini paling sikit orang buat…Cuba bertenang sabar dan muhasabah diri…Helloooo makanan dekat malaysia terlebih dan antara negara paling banyak pembuangan sisa makanan.So situ kita dah boleh tahu peratus nak kebuluran tak akan..Cuba latih makan makanan yang sihat.bila kita ambil sedikit-sedikit tapi kerap dapat melatih kita makan ikut kuantiti kecil tapi kerap…berbanding kuantiti besar tapi sedikit lama ia akan jadi saiz yang besar …satu lagi bila kita masukkan makanan kerap dalam perut kita ia dapat mengawal proses kelaparan terlampau kerana ia dapat mengawal keaktifan asid dari menganas…jangan amalkan makan waktu tak betul itulah punca nafsu makan buaya anda timbul….

7) Sentiasa Ingat Mati

Jangan takut!!!! Mati itu pasti.Cuba makan sesuatu yang sedap itu kita ingat mati.Bila kita ingat mati kita akan lebih bersyukur.Mental kita akan berubah secara Automatik.Selama ini kita makan bukan gunakan akal tapi gunakan Nafsu serakah yang tak tentu pasal rakus meratah makanan…Bila sakit 3 serangkai datang baru sibuk nak cari pemakanan sihatlah…ubah gaya hidup sihatlah..saya dulu hanya asid Refluck je baru kawal makan kaw2..semua sekat minyak.pedas,lemak,masin terlampau…jangan buat sesuatu yang bodoh lagi…cuba jadi seorang yang pandai menikmati makanan dengan cara betul….makan dengan keadaan bersyukur baru kita berjaya kawal nafsu makan..

IKLAN
Berjaya Turun 100kg, Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Kawal Nafsu Makan Ketika Berdiet
Kredit: Jazli Hassan

8) Rancang Pemakanan Sebelum Pergi Makan

Latih diri untuk pergi makan di luar latih diri baca menu awal- awal untuk merancang diri ini makan dengan tenang.Bila kita ada perancangan kita akan ada kesabaran sekaligus dapat kawal nafsu pemakanan kita menjadi lebih baik…jangan perut dah lapar sangat baru nak cari kedai makanan..pastu semua ada dalam menu nak order..orang hantar salah order pun balun katanya dah lapar..sebab salah kita sendiri tak rancang masa dan waktu makan dengan betul serta tempat pemilihan makan salah main hentam je….nak latih membuat perubahan memang banyak pengorbanan..tapi demi kebaikan…dulu saya siap tanya awal2 tempat tue makanan macam mana…masakan apa ada….

9) Belajar “THROWBACK” dan “MEMORY RECALL”

Saya dulu bila di uji depan makanan sedap saya mesti terbayang suka duka saya buat senaman macam separuh mati,saya dah korbankan pelbagai untuk sampai ke sesuatu tahap takkan saya nak ikutkan nafsu makan macam2 hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah.Bila susah juga saya akan Memory recall balik kenapa saya nak berubah bila dah menusuk kalbu baru saya tersedar bertapa jauh lagi perjalanan saya….secara automatik saya akan dapat mengawal nafsu saya…lama kelamaan saya semakin ingat pada matlamat saya.

10) Ikhlaskan Hati Dan Redha

Sekuat mana pun nafsu makan kita cuba juga hayati cara ikhlaskan hati dan redha.Lama-lama anda perlu juga berubah.sesuatu nikmat yang sedap ini tak kekal lama..dulu saya suka makan nasi lemak paru,mee goreng mamak telur mata dengan ayam goreng…sekejap je sedapnya masuk mulut kunyah telan esoknya jadi najis keluar tapi akibat kita ikutkan nafsu saya di serang sesak nafas teruk dari situ saya mula belajar ikhlaskan hati dan redha..saya setkan dalam minda saya cukupkan saya seksa diri saya dengan makanan…tiba masanya saya buat perubahan..selagi berkesempatan untuk berubah…berubahlah percaya cakap saya bila kita makan ikut nafsu hancur binasa kita.


BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Diet Eat Clean Yang Betul Hingga Berjaya Turun 10kg Dalam Sebulan!

Semoga tip yang dikongsi oleh saudara Jazli Hassan ini menjadi motivasi untuk anda terus mengawal nafsu makan dan berdiet dengan sempurna.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI