Meluangkan masa untuk memanjakan diri dengan mandi berendam di dalam tab mandi dengan aroma lilin dan sabun badan yang wangi pasti memberikan ketenangan di samping dapat menghilangkan segala macam tekanan yang dihadapi.
Bagi yang tertanya-tanya mengapa Plask meraikan dirinya dengan mandi di dalam tab, hal itu kerana selama ini, ketika berat badannya mencecah ratusan kilogram dia tidak dapat memuatkan dirinya di dalam tab mandi. Jadi, setelah dia kehilangan berat badan yang banyak dia akhirnya berhasil untuk memuatkan badannya ke dalam tab mandi seperti orang lain.
Berbicara tentang bagaimana dia boleh terinspirasi untuk menguruskan badan, dia berkata melihat kepada kawannya yang menghidap kanser telah membuatkanya berfikir untuk mengubah gaya hidupnya. Dia mahu menurunkan berat badannya sekaligus mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Tidak hanya itu, dia juga membantu menberikan sokongan dan dorongan buat temannya untuk melawan kanser yang dihidapinya. Menurutnya lagi, dia sememangnya mempunyai niat untuk menurunkan berat badan tetapi kerana malas dia akhirnya melupakan hasratnya itu. Suatu malam dia melihat ada tanda-tanda aneh pada tubuhnya seolah-olah memberitahunya dia perlu melakukan sesuatu untuk terus sihat.
“Suatu malam saya terjaga dan apabila saya berdiri saya terdengar bunyi lekuk di lutut saya,”
Kejadian itu sangat menakutkannya. Dia mula sedar bahawa berat badannya telah membuatkan lututnya semakin lemah. Di samping itu dia juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan pakaian. Dengan saiz baju 8XL dan saiz pinggang 66 telah menyukarkan dia untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengannya.
Tidak hanya itu, dia juga mengalami masalah ketika dalam pengangkutan awam contohnya untuk mendapatkan kerusi di dalam kapal terbang. Dia juga berhadapan kesukaran untuk masuk dan keluar daripada keretanya sendiri kerana tubuhnya yang besar.
Setelah berhadapan dengan pelbagai kesukaran lelaki ini akhirnya memutuskan untuk menyertai Slimming World. Dia mula berhenti melakukan ‘aktiviti’ yang biasa dilakukan seperti makan makanan ringan dan makan makanan segera. Hasilnya, dalam tempoh 15 bulan, dia kehilangan 91 kg!
Dia kini mempunyai saiz enam kali lebih kecil daripada dia yang dahulu. Apa yang paling menggembirakannya dia akhirnya muat untuk masuk ke dalam tab mandi!
Menurutnya lagi dia kini berasa lebih yakin dan lebih menghargai masa depannya. Dia juga bersyukur kerana memiliki ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan semangat sejak dia memulakan program Slimming World.
“Namun, inspirasi dan sokongan terbesar adalah daripada kekasih saya yang saya temui ketika saya baru mula memulakan program penurunan berat badan,”
Charles telah mendokumentasikan program penurunan berat badannya di Instagram dan dia berharap agar apa yang dilakukanya dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menurunkan berat badan mereka. Sehingga kini dia masih meneruskan program menurunkan berat badan sehingga dia mencapai berat badan yang betul-betul ideal.
sumber : Era Baru