Bukan senang ingin berjaya di dalam dunia perniagaan tambahan lagi di usia muda!
Namun, pengasas jenama Bulan Bintang ini membuktikan usia bukan penghalang untuk kita berjaya dalam perniagaan dan apa yang kita ceburi. Tujuh tahun mengusahakan perniagaan berasaskan Kurta baju Melayu, jenama Bulan Bintang kini boleh dianggap sebagai antara jenama pilihan pembeli setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
Individu yang bertanggungjawab membina jenama tersebut sehingga ke tahap ini tidak lain tidak bukan ialah Azzim Zahid Azmi. Pada usia 25 tahun, ‘otak bisnes’ yang dimiliki olehnya telah memberikan pelbagai bentuk motivasi kepada remaja sebaya mahupun yang lebih muda untuk memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan.
Menjengah dengan lebih dekat kisah kejayaan pengasas tersebut, REMAJA senaraikan lima fakta menarik yang boleh sama-sama kita jadikan sebagai inspirasi untuk mengejar impian. Tiada apa yang mustahil guys.
01
Perniagaan Bulan Bintang bermula sewaktu Azzim ingin mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya dan dia mencari baju ‘paling Islamik’ yang selesa dipakai di tanah suci. Azzim menyasarkan untuk mencari Kurta, namun sukar untuknya mendapatkan Kurta dengan rekaan minimal dan ‘kosong’. Azzim akhirnya berjaya mendapatkan apa yang dihendaki dan bernasib baik kerana Kurta tersebut dikhabarkan sudah habis terjual.
Sekembali daripada ibadah Umrah dan menamatkan persekolahan, Azzim terfikir ada pasaran luas untuknya memperkenalkan rekaan Kurta minimal sebegini.
Azzim membeli beberapa gulung kain dan dia menaip, “Kilang Jahit Pukal” atau tanda pagar “#JahitPukalMurah” di kotak carian Instagram untuk mencari siapakah yang boleh merealisasikan rekaan Kurtanya itu. Selepas menemui pekerja warga Bangladesh yang boleh menjahit, dia menyiapkan 200 ke 300 helai Kurta. Bermula dengan jumlah sedikit, ia mula melipat kali ganda memasuki angka ribuan helai.
Pempengaruh, Luqman Podolski merupakan model pertama untuk kempen Bulan Bintang pada tahun 2016.
03
Ternyata pengalaman mengajar seseorang individu. Pada tahun pertama memulakan perniagaan Bulan Bintang, Azzim yang dahulunya hanya berpengalaman menjual baju T nyata belum lagi memahami selok-belok perniagaan musim perayaan. Sewaktu Ramadan, memang ramai yang menyerbu gerainya dan Azzim gigih menambah stok. Namun sesudah tamat Raya, dengan permintaan yang telah berkurangan; Azzim tersedar koleksinya itu ‘bermusim’. Dengan sejumlah stok tidak terjual, dia mengambil keputusan menghabiskan dua tahun berikutnya untuk fokus kepada pengajian di peringkat degree dahulu.
Ads
04
Hanya pada tiga tahun pengajian, Azzim menemui motivasi untuk menghidupkan semula Bulan Bintang. Kali ini, dia mencuba pasaran baju Melayu pula. Kali ini kehendak rekaannya juga berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh pasaran. Di kala ramai peniaga memperkenalkan Baju Melayu ‘slim fit’ yang melekap pada badan, Azzim inginkan baju Melayu yang sedikit longgar, tanpa logo terpampang pada baju dan paling utama, cantik. ‘Tailored-fit’ gelarnya. Sebelum Ramadan berakhir, stoknya itu habis terjual. Sekali lagi, firasat perniagaan Azzim mengena.
Pelakon, Syukri Yahya setia bersama bulan Bintang setiap kali tibanya musim Aidilfitri. Foto : Facebook Azzim Zahid
Daripada 3000 helai yang disediakan pada 2019, ia meningkat kepada 10,000 stok pada tahun 2020. Azzim memperkenalkan konsep ‘Next Day Delivery’ oleh Bulan Bintang di Lembah Klang untuk menyelesaikan isu penghantaran pada musim pandemik. Janji Bulan Bintang, “Order Hari Ini, Esok Sampai,” dan ia merupakan strategi yang membantu meletakkan jenama tersebut di hadapan jenama-jenama lain.
Nadhir Nasar menjadi model terbaru yang menyertai ‘keluarga’ Bulan Bintang untuk kempen Raya 2022.
Ads
05
Azzim tidak lagi menoleh ke belakang. Pada tahun lalu, jenama itu telah menyediakan puluhan ribu stok baju Melayu di samping memperkenalkan semula koleksi Kurta asalnya dengan rekaan serta kualiti yang lebih baik.
Sambil menyifatkan orang muda di luar sana harus memulakan langkah perniagaan pada usia muda, Azzim merasakan ramai yang stuck pada ‘fasa angan-angan’ kerana gerun melihat usahawan senior yang sudah jauh ke hadapan. Baginya, seseorang harus melihat pada keupayaan masing-masing dan ingat, mana-mana usahawan perlu bermula dari bawah.
Azzim baru-baru ini bertemu Menteri Kewangan, Tengku Zafrul untuk menyerahkan Baju Melayu keluaran Bulan Bintang di Putrajaya. Foto : Facebook Azzim Zahid
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ermenegildo Zegna tampil sekali lagi dengan aksi yang begitu berani dengan menggabungkan, William Chan dan Sehun, bintang terkenal di Asia memperagakan imej terbaru yang diberi nama XXX Ermenegildo Zegna.
Koleksi universal ini bakal menemui anda bandar-bandar terkenal antaranya Seoul, Shanghai, Hong Kong dan Miami. William Chan, penyanyi dan pelakon Cina yang telah memenangi pelbagai anugerah di hasil dari lakonan yang mantap, dan Sehun, salah seorang ahli kumpulan Korea Selatan iaitu EXO, kumpulan K-pop yang paling berpengaruh.
Ermenegildo Zegna XXX, sesuai untuk dipakai oleh setiap lapisan masyarakat kerana ia bersifat universal kerana gabungan street wear dan tampak elegen sepadan dengan gaya kontemporari masa kini. Sentuhan fesyen Ermenegildo Zegna Artistic Director, Alessandro Sartoriekarang, menjadikan pemakai berasa seperti golongan atasan dengan fabrik yang selesa serta harga yang berpatutan sekaligus menjadikan XXX sebagai fesyen muda elit alaf baru.
Koleksi kali ini lebih kepada penggayaan berjiwa bersahaja dan tidak terlalu mematuhi ‘dress code’, namun tetap menonjol dan tampak segak buat si pemakai. Lelaki millennial terutamanya, harus memiliki koleksi ini kerana ia benar-benar menunjukkan identiti anda yang sebenar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang mengikuti perkembangan fesyen sejak tahun lalu pasti sedar akan trend penggunaan sandal atau slide yang semakin popular.
Salah satu faktor yang banyak menyumbang populariti footwear jenis ini adalah disebabkan pandemik yang melanda dunia sejak tahun lalu. Sepanjang tempoh itu ramai daripada masyarakat global lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah atau kawasan yang tidak ramai orang.
Lalu pemilihan footwear yang popular menjadi pilihan ialah sandal dan juga slide. Tapi dalam masa yang sama trend ini juga banyak dipengaruhi oleh rekaan-rekaan yang bersifat lebih universal selain selesa dipakai dan mudah digayakan dengan pelbagai jenis pakaian.
Onitsuka Tiger turut memperkenalkan koleksi sandalnya dengan tiga rekaan baru yang diperkenalkan dalam himpunan koleksi Musim Luruh dan Dingin tahun lalu. Mereka memperkenalkan tiga sandal baharu iaitu DENTIGRE STRAP, OHBORI STRAP dan OHBORI SLIDER.
DENTIGRE™ STRAP
DENTIGRE STRAP rekaan sandal bertali pengikat dilancarkan susulan daripada pengenalan siri DENTIGRE. Ia merupakan model hibrid yang tampil dengan kombinasi padanan gaya ringkas dan ringan bersama penampilan lasak namun masih selesa di bahagian tapaknya.
Sebagai tambahan, logo Onitsuka Tiger ditonjolkan pada bahagian tali pengikat sebagai penghias. Rekaan pengikat bercangkuk dan gelung yang ditampilkan bukan sahaja memudahkan pemakaiannya malah boleh dilaraskan mengikut kesesuaian padanan yang menyerlahkan lagi fungsinya.
Model OHBORI EX pula diperkenalkan dalam gaya musim lalu yang tampil dengan dua lagi model sandal ditambah untuk musim ini. Koleksi OHBORI STRAP, model sandal bersama tali pengikat, dikemaskinikan dengan kusyen dan struktur fleksibel serta menampilkan logo Onitsuka Tiger pada talinya.
OHBORI™ STRAP
Manakala model OHBORI SLIDER pula merupakan model jenis sarung dengan kemasan pad kusyen di bahagian atasnya yang diilhamkan daripada model terdahulu bersama dua tali yang boleh dilaras mengikut kesesuaian padanan. Rekaan versatil ini memberikan impak elegan dan sofistikated, sekali gus menjadikannya padanan yang sesuai untuk pelbagai gaya.
Sebelum kedatangan kpop dalam Malaysia ni, sebenarnya nama-nama selebriti lelaki ini antara yang paling diminati ramai terutama mak cik-mak cik dan remaja di Malaysia. Barisan lelaki hangat di Filipina ini sememangnya berwajah kacak dan masih Hot sehingga ke hari ini. Apa yang penting mereka ni “original” ye.
Richard Guttierez
Lihat saja dari kekacakkan lelaki ini anda pasti sudah tahu bahawa lelaki ini mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan. Mana tidak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? Memiliki bakat modeling dan lakonan dari bapanya yang juga seorang pelakon, Richard melebarkan sayapnya bukan saja dalam bidang lakonan, malah dalam bidang pengarahan. Bakatnya dicungkil dari zaman dia kecil lagi apabila dia memegang watak kanak-kanak dan pelakon tambahan dalam sesebuah drama dan filem. Sejak dari itu dia banyak menerima tawaran untuk drama soap operas.
Jericho Rosales
Lelaki paling laku dalam asia! Warga Malaysia yang tidak kenali lelaki ini mungkin mereka bukan penggemar drama ataupun tidak update industri hiburan. Peminat dia bukan saja terdiri daripada ibu-ibu malah anak dara juga gilakan lelaki ini sebelum kemunculan YB Syed Saddiq. Bakatnya dikenali daripada rancangan pencarian wajah tampan Mr pogi yang bermaksud Mr. Handsome, lelaki ini mendapat pelbagai tawaran belakon sejak dinobatkan sebagai juara. Masih ingat dengan drama hebat Sana’y Wala Nang Wakas? Kalau dah lupa apa kata tengok versi melayu di Astro Prima yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose.
Dingdong Dantes
Dingdong mula menonjolkan bakatnya pada usia muda dimana dia muncul dalam iklan susu pada usia dua tahun. Sebagai remaja, dia adalah seorang penari dalam kumpulan Abztract All men. Dingdong muncul dalam banyak drama dan filem yang berorientasikan remaja, yang dipasangkan dengan banyak pelakon sebelum berpotensi berpengaruh penuh pada tahun 2001. Sejak itu, wajahnya yang tampan tidak pernah meninggalkan acara primitif. Dari bertindak ke hosting, Dingdong boleh menariknya! Dan bakatnya dipasangkan dengan aura fizikalnya yang kuat adalah rahsia rahsianya untuk pemerintahannya yang panjang dalam industri showbiz Filipina.
Suami kepada pelakon cantik Marian Rivera ini sememangnya hot! Dingdong dia muncul dalam iklan susu pada usia dua tahun. Sebagai remaja, dia dia juga merupakan seorang penari dalam kumpulan Abztract All men. Dari usia muda, Dingdong muncul dalam banyak drama dan filem yang berlatarbelakangkan remaja, dan dipasangkan dengan pelbagai pelakon sebelum mendapat tempat di hati ramai orang.
Xian Lim
Jejaka yang berdarah kacukan Amerika-Filipina ini bukan saja berbakat dalam bidang seni malah dia juga merupakan pemain bola keranjang negara. Bakat lakonannya mula membuahkan hasil apabila dia memegang watak dalam dilem My Binondo Girl pada tahun 2011, Reunion pada tahun 2012 dan paling terkini, Everything About Her 2016. Siapa yang terlepas menonton filem dia ni, boleh lah layan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.