Berjalan semasa tidur, walaupun bukan sejenis gangguan yang mengancam nyawa, namun memberi risiko kepada individu berkenaan dan orang lain.
Lebih-lebih lagi tidur berjalan ini bukan gangguan yang terpencil tetapi biasa dihidapi golongan kanak-kanak dan awal remaja.
Mereka bukan sahaja boleh berjalan semasa tidur, tetapi juga boleh melakukan perbuatan seperti membuang air di dalam tandas, memandu kereta, bercakap, membuka pintu almari atau lebih bahaya lagi boleh mencederakan orang lain dan membunuh tanpa menyedarinya.
Penyakit berjalan semasa tidur ini biasanya berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja yang berumur lingkungan tiga hingga 14 tahun.
“Kebiasaannya penyakit itu hilang dengan sendirinya ketika pesakit berusia lewat remaja,” katanya.
Kanak-kanak dan awal remaja lebih mudah mendapat masalah ini berbanding orang dewasa disebabkan kitaran tidur mereka yang masih belum matang seperti orang dewasa.
Kebiasaannya satu kitaran tidur yang lengkap dengan pergerakan mata pantas atau Rapid Eye Movement (REM) dan bukan REM, mengambil masa selama kira-kira 90 hingga 100 minit dan setiap malam seseorang itu melalui beberapa pusingan tidur REM dan bukan REM.
Setiap pusingan itu dibahagikan kepada lima fasa dan tidur berjalan dikatakan berlaku semasa nyenyak di dalam tidur bukan REM (fasa tiga atau empat) di awal malam.
Seseorang itu kebiasaannya melalui kitaran tidur hingga peringkat empat dan lima secara puratanya.
Ads
Namun apa yang berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja, putaran tidur mereka hanya sampai ke peringkat empat.
Tambahan pula, putaran peringkat tiga dan empat kanak-kanak dan awal remaja itu tidak sama dengan dewasa.
“Terdapat perkara-perkara sensitif yang berlaku pada fasa tiga dan empat yang menyebabkan kecenderungan untuk berlaku sleepwalking.
” Sebab itu pada peringkat akhir remaja, kebanyakan 80 hingga 90 peratus penyakit tidur berjalan yang dihadapi hilang sebab putaran fasa tidur mereka telah matang,” katanya.
Tingkah laku
Mereka yang mengalami masalah tidur berjalan, kebiasaannya tidak akan mencederakan dirinya sendiri.
Ads
Selain sukar untuk bangun, mereka juga tidak memberi tindak balas ketika bercakap.
“Ketika ia berlaku, mata pesakit akan terbuka dan kelihatan berkaca-kaca namun tidak ada memori ketika itu yang menyebabkan mereka tidak ingat apa yang berlaku.
“Kalau dia bercakap pun, butiran perkataan yang keluar itu perlahan dan sukar difahami. Senang kata, istilahnya, bercakap merepek,” katanya.
Kebiasaannya, mereka akan duduk di atas katil dan kemudian berjalan serta melakukan perbuatan yang berulang-ulang.
Ketika itu jangan dikejutkan mereka, sebaliknya perlahan-lahan tunjukkan mereka supaya kembali tidur.
“Penderita juga tidak melaluinya setiap malam, sebaliknya berlaku secara berkala, mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali.
Ads
Cara atasi
Kebiasaannya doktor akan mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlaku masalah bagi memudahkan dirujuk pada pakar tertentu.
Sebagai contoh, sekiranya berpunca daripada denyutan jantung yang tidak teratur, pesakit akan menasihatkan pesakit merujuk kepada pakar jantung.
Namun sekiranya membabitkan tekanan perasaan, trauma yang dahsyat atau masalah tidur yang tidak teratur, beberapa langkah perlu diambil untuk menangani tekanan.
Teknik-teknik menenangkan jiwa yang boleh dilakukan antaranya ialah meditasi, yoga atau zikir bagi orang beragama Islam.
Untuk membantu penderita tidur berjalan, aspek keselamatan harus dititik beratkan di dalam bilik atau di dalam rumah bagi mengelakkan kecederaan.
“Walaupun mereka tidak akan mencederakan dirinya, namun dibimbangi barang-barang di dalam rumah yang tidak selamat boleh mencederakan mereka seperti benda tajam dan yang mudah pecah seperti kaca yang perlu dijauhi.
Langkah lain dengan memasang pintu keselamatan di luar bilik mereka atau di tangga serta menambah kunci keselamatan pada pintu bagi mengelakkan seseorang yang tidur berjalan ini keluar dari rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bercuti di Cameron Highland memang tak lengkap kalau tak menghadap jem. Tambahan lagi kalau waktu cuti panjang.
Kalau tak nak hadap jalan jammed teruk sewaktu bercuti ke Cameron Highlands, kena merancang perjalanan dengan betul. Atau kalau nak mudah dan cepat sampai, boleh ikut pesanan daripada pengguna Facebook bernama Surgaroute ini.
TIP BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS UNTUK ELAK SESAK
Jelasnya, kesemua senarai lokasi yang disusun sudah mengikut kedudukan di dalam peta. Jadi, pastikan ikut susunan supaya tidak kena ‘sidai’ di dalam kereta.
Kalau anda naik dari Tapah, boleh ikut senarai tempat dari bawah ke atas.
Kalau naik dari Simpang Pulau boleh ikut senarai dari atas ke bawah.
Selain itu, beberapa tips lain sebelum ke Tanah Tinggi Cameron Highlands adalah:
Tentukan bajet perjalanan.
Rancang hari pertama percutian.
Rancang hari terakhir percutian.
Sediakan wang yang mencukupi.
Servis kereta untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pastikan baki kad tol mencukupi.
Booking hotel di tempat bersesuaian.
Bawa pakaian yang bersesuaian.
Bawa ubat-ubatan.
Bawa bekalan makanan ringan.
Barulah percutian sempurna dan gembira tanpa hadap jalan jammed teruk. Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!
Memeluk dari belakang
Ramai wanita suka ketika tubuhnya dipeluk dari belakang sambil tangan anda dilingkarkan di pinggangnya. Ini menjadi isyarat yang sangat romantis, kata mereka.
Biar didominasi
Ada ketikannya wanita pasrah dan menerima keputusan pasangannya, tapi ada kalanya mereka juga tak ingin untuk mematuhinya. Nah, ini waktunya bagi anda untuk memberikan kawalan dan memberitahu apa yang harus anda lakukan. Jadi, berikan kesempatan untuk dia sesekali mendominasi anda.
Main Tutup Mata
Ternyata, wanita memang suka kejutan. Siapkan kejutan manis seraya mengiringinya menuju kejutan tersebut dengan keadaan matanya yang tertutup.
Komunikasi
Seorang lelaki yang bijak menjaga komunikasi dengan pasangan akan membuat langkah baik dalam hubungan. Wanita adalah makhluk verbal yang gemar mengeluarkan banyak kata-kata. Mungkin, pada awalnya anda merasa tidak tenang dengan apa yang anda komunikasikan. Tapi fahamilah, usaha anda akan sangat dihargainya.
Buatlah lawak
Humor dan lelaki adalah perpaduan yang seksi. Jika anda mampu membuatkannya tertawa, tak ada yang lebih seksi dari itu. Humor jelas merupakan suatu langkah yang baik untuk membuatnya makin mencintai anda.
Cakap I love u gerenti cair
Apakah anda ingin melewati malam ini dengan keindahan? Jika anda mencintainya, biarkan dia tahu perasaan anda. Aku mencintaimu adalah ungkapan yang sangat seksi di mana setiap wanita akan senang mendengarnya, bahkan jika mereka sudah tahu berkenaan hal itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mempunyai anak-anak dalam linkungan 5 tahun ke bawah memang menguji tahap kesabaran yang tinggi sebagai ibu bapa. Bermain merupakan salah satu penerokaan yang paling penting. Oleh itu mereka perlu diberikan permainan yang sesuai dengan usia dan tingkat-tingkat kebolehannya.
Namun bila barang maian terlalu banyak, timbul pula masalah barang mainan bersepah di rumah.
Lelaki ini kongsi cara dan tip bagaimana untuk mengelakkan anak jiran dari mengambil dan elak permainan bersepah dalam rumah.Dan ternya cara ini sangat berkesan.
1) Tidak Mengajar Anak Boros
Memang tidak banyak permainan di rumah. Saya tidak ajar anak ‘boros’ membeli permainan. Power rangers,atomen,robot ini semua tidak ada dalam rumah. Yang ada sekarang lego bersaiz besar(main bersama saya) sebuah lori mainan saya hadiahkan kepada anak sempena hari lahir yang ke 2 tahun. Lori permainan yang orang buang saya ambil dan betulkan.
Selebihnya saya fokus kepada komunikasi,penggunaan otot,bina fisiologi beliau. Contohnya ajak anak berlari,merangkak,menconteng buku,bunyi haiwan. Ajak solat,Qasidah,menyanyi. Ajar anak bermain dengan jari tangan dan kaki.
2.Bawa Barang Mainan & Main Bersama
Pesan kepada anak jiran bawa mainan mereka datang kerumah dan main bersama. Didik mereka kongsi dan tukar permainan. Pada awalnya mereka akan berebut,ketika itulah tugas kita untuk terangkan kepada mereka ‘hak’ masing-masing.
3. Handmade Barangan Terpakai
Buat permainan handmade guna barangan terpakai. Contohnya kereta menggunakan kotak dan tayar dari tudung botol plastik. Didik anak cipta benda yang kreatif dan tidak membazir. Kebiasaanya apa yang mereka cipta mereka akan lebih rasa untuk menghargai.
4. Didik Anak Bersedekah
Didik anak hadiahkan permainan kepada anak jiran. Saya mulakan anak hadiahkan dan suap makanan kepada orang lain terutama kepada kita dan keluarga. Maksudnya didik anak bersedekah. Jangan didik anak untuk merasakan HAK MUTLAK semua permainan milik mereka.
5. Didik Anak Hormatkan Orang
Didik anak untuk minta izin jika mahu main permainan orang lain. Hatta untuk masuk bilik saya ajar anak ketuk pintu dan bagi salam. Didik anak jika umi solat kena ikut,kena hormat jangan lalu depan ketika solat.
6. Hargai mereka dengan pujian,pelukan dan ciuman.
Saya selalu ucap begini kepada anak jika dia berjaya kemaskan lego,masuk bilik ketuk pintu, bagi salam,ambil baju sendiri,berjaya makan sayur,makan buah. Muhammad afiq anak soleh,anak baik,anak bertuah,anak Allah dan Rasul sayang dan angkat tangan ajak anak berdoa sama-sama,doa dengan sebutan yang jelas.
Percayalah anak-anak akan terdidik jika kita mulakan perkara yang baik bersama mereka.