Amalan berjalan kaki sama ada secara santai atau pantas sehingga 10,000 langkah setiap hari sebenarnya banak manfaat buat tubh badan kita.

Pensyarah dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Aidalina Mahmud berkata, gaya hidup tidak sihat menyebabkan masyarakat kurang melakukan aktiviti kardiovaskular.

Ujarnya, berjalan kaki selama 10 hingga 15 minit setiap hari mampu membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan produktiviti.

Jom kita tengok apa kelebihan lain berjalan kaki ini.

Berjalan Kaki 10 Hingga 15 Minit Setiap Hari Boleh Panjangkan Umur

1. Lebih awet muda

Berjalan kaki membuatkan otak anda menjadi lebih aktif.

2. Kurangkan metabolic syndrome

Penyelidikan yang dibuat oleh Duke University Medical Center mengatakan berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari dapat mengurangkan metabolic syndrome iaitu salah satu penyebab berlakunya risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan juga stroke.

Ads

3. Menguatkan tulang dan otot

Berjalan kaki boleh mengelakkan kehilangan jisim tulang yang disebut sebagai osteoporosis. Tekanan yang diberikan ke atas tulang menjadikan ia lebih kuat. Sendi juga akan menjadi lebih sihat dengan banyak berjalan. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit sendi seperti osteoartritis. Malah ia juga membantu mengurangkan risko kecederaan atau kekejangan otot serta menjadikan tubuh merasa lebih sihat dan cergas.

4. Meningkatkan peredaran darah

Ia juga mencegah penyakit jantung, merendahkan tekanan darah serta menguatkan jantung. Apabila anda banyak berjalan, jantung akan bekerja lebih kuat. Memandangkan jantung adalah sejenis otot, ia akan menjadi kuat apabila selalu menerima tekanan (dalam batasan yang selamat) seperti otot-otot yang lain. Peredaran darah yang baik menjadikan sel-sel badan lebih sihat.

Berjalan Kaki 10 Hingga 15 Minit Setiap Hari Boleh Panjangkan Umur

5. Memberikan mood yang baik dan kurang stres

Berjalan kaki selama 90 minit selama seminggu boleh membuatkan mood anda lebih gembira. Tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil endorphin. Hormon ini bertanggungjawab melahirkan mood yang baik, sekali gus mengurangkan stres yang dialami dalam kehidupan dan membuatkan anda bahagia.

6. Membantu mengurangkan risiko kanser payudara

Menurut Journal of the American Medical Association, berjalan kaki selama beberapa jam dikatakan membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Ketika berjalan, lemak akan berkurangan dan berubah menjadi sumber estrogen.

Ads

BACA: Mahu Dapatkan Otot Kaki Tegap & ‘Power’, Pastikan Buat 4 Senaman Terbaik Ini!

7. Buat tidur jadi lebih nyenyak

Menurut National Sleep Foundation, berjalan cepat di waktu petang akan membuatkan tidur kamu jadi lebih nyenyak di waktu malam.

Berjalan Kaki 10 Hingga 15 Minit Setiap Hari Boleh Panjangkan Umur

8. Mengawal berat badan

Anda boleh mengekalkan berat badan sihat semudah ini. Berjalan kaki dengan laju selama 30 minit boleh membakar sehingga 200 kalori. Ia tidak memerlukan kos dan komitmen yang terlalu banyak. Jika susah untuk mencari waktu khusus, anda boleh jadikan ia amalan berkala. Contohnya, naik tangga berbanding lif dan letakkan kenderaan lebih jauh daripada pejabat. Bagi wanita pula jika berjalan kaki sejam selama lima hari seminggu, akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam setahun.

Ads

9. Meningkatkan keseimbangan dan koordinasi

Bagi orang yang berumur, keseimbangan adalah sesuatu yang sangat penting. Jika terjatuh, banyak bahaya yang boleh berlaku termasuk patah tulang dan kecederaan di kepala. Oleh itu, keseimbangan dan koordinasi adalah sangat penting dalam mencegah perkara yang diingini daripada berlaku.

10. Tubuh menjadi lebih relaks

Mengurangakan rasa sakit atau ngilu. Berjalan Kaki secara teratur akan menbuatkan tubuh kamu berasa lebih relaks.

Jadi, jika anda ada pilihan dan masih mampu untuk berjalan kaki, sila lakukan demikian. Jangan asyik nak mudah menaiki kenderaan untuk pergi ke tempat yang dekat.

Sumber : Sinar Harian 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI