Skechers, jenama terkenal dalam teknologi keselesaan kasut, memperkenalkan koleksi baharu Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit.
Koleksi ini menggabungkan empat teknologi canggih dalam satu rekaan inovatif iaitu Hands Free Slip-ins®, Arch Fit®, Max Cushioning®, dan HYPER ARC™.
Dengan gabungan teknologi ini, Skechers menjanjikan pengalaman berjalan yang lebih selesa, mudah dan menyokong kesihatan kaki.
Kini boleh didapati secara dalam talian dan di kedai konsep Skechers terpilih, koleksi ini menawarkan tujuh rekaan unik dalam dua siri utama yang sesuai untuk lelaki dan wanita.
Tambahan pula, tiga warna daripada siri lelaki telah mendapat Seal of Acceptance daripada Persatuan Perubatan Podiatri Amerika (APMA), menegaskan komitmen Skechers terhadap kesihatan kaki.
Keselesaan Tanpa Sentuhan, Slip-ins GOwalk Max Cushioning Arch Fit
Buat pertama kalinya, Skechers menggabungkan empat inovasi utama untuk memberikan pengalaman berjalan yang luar biasa.
Hands Free Slip-ins®, memudahkan pemakaian tanpa perlu membongkok atau menyentuh kasut.
Arch Fit®, teknologi sokongan podiatri berdasarkan 20 tahun penyelidikan dan lebih 120,000 imbasan kaki.
Ads
Max Cushioning®, memberikan keselesaan ultra-ringan dengan daya lantunan tinggi untuk pemakaian sepanjang hari.
HYPER ARC™, teknologi tapak adaptif untuk langkah yang lebih lancar dan efisien.
Model wanita menampilkan rekaan mono mesh bernafas dengan Heel Pillow™ eksklusif untuk keselesaan yang lebih baik serta insole Arch Fit® yang boleh ditanggalkan untuk sokongan peribadi.
Warna pilihan termasuk Black, Grey, Aqua, Navy, dan Lavender.
Bagi lelaki, rekaan laceless knit upper akan dilancarkan pada Mac 2025, menawarkan keselesaan slip-on dengan gaya yang lebih moden.
Ads
Warna-warna menarik termasuk Taupe, Charcoal, Red, White Black, White Navy, dan Orange.
GOwalk Max Cushioning Arch Fit, Tanpa Slip-ins, Tetap Selesa
Selain model Slip-ins, Skechers turut memperkenalkan model GOwalk Max Cushioning Arch Fit tanpa ciri Hands Free Slip-ins, sesuai untuk mereka yang mengutamakan keselesaan dan sokongan maksimum.
Rekaan vegan lace-up dengan mesh bernafas dan haptic print tahan lasak.
Boleh dicuci dengan mesin untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
Midsole ULTRA FLIGHT® yang ultra-ringan dan teknologi Max Cushioning® untuk responsif optimum.
Model ini boleh didapati dalam warna Black Red, Navy, dan White Black serta telah menerima Seal of Acceptance APMA, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mengutamakan kesihatan kaki.
Mulai Mac 2025, ia juga akan tersedia dalam talian di Shopee, Lazada, dan skechers.com.my.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai keselesaan luar biasa dengan teknologi inovatif dari Skechers!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan mudah untuk melupakan seseorang. Tambahan lagi apabila anda sering keluar dengan si dia dan sudah memperkenalkan dia dengan keluarga anda. Bercinta ni memang sweet, masa sayang semua nampak indah, namun segala-galanya suram setelah putus.
Fakta menunjukkan lelaki ni paling lambat terkesan apabila status kembali single. Mereka akan mula terkesan setelah tempoh beberapa bulan perpiasahan, dan pada ketika itu, anda sudah terlambat. Wanita yang anda tinggalkan atau ditinggalkan itu sudah memulakan hidup baru dan lebih bahagia tanpa anda. Pada akhirnya, lelaki akan terus tidak keruan dan akan dibayangi dengan masa lalu. Antara punca mengapa anda tidak boleh teruskan kehidupan adalah dari perkara-perkara lepas. Ini antara perkara yang boleh anda lakukan untuk melupakan si dia:
Maafkan segala kesilapan mereka
Bukan mudah untuk anda melupakan segala kata-kata kesat dan perangai pasangan anda. Lelaki ni jenis, diam-diam bahaya. Mungkin anda seorang yang tidak begitu sensitif, namun jika pasangan anda mencuit kemarahan anda dengan perkara-perkara yang anda tidak suka, pasti meletus seperti gunung berapi kan? Maafkan mereka merupa satu cara untuk anda move on.
Lihat kembali kesilapan lama anda
Adakalanya anda sudah berubah untuk lebih serius dengan pasangan anda. Dah tak nak main-main dah. She’s the one! Tapi, anda dikejutkan dengan si dia curang atau putuskan hubungan tanpa sebab. Lihat balik kesilapan lama anda, mungkin anda pernah lakukan perkara yang sama ketika anda bersama orang lain? Cari mereka dan minta maaf. Percayalah, anda akan lebih tenang.
Jangan cari pengganti dalam masa terdekat
Mungkin ada diantara anda yang tak boleh hidup single. Setiap kali putus, pasti akan cari yang baru. Beri ruang pada diri sendiri. Jangan jadikan pasangan baru anda ‘rebound’ untuk lupakan si dia. Anda pasti tidak mahu kecewakan orang lain bukan? Sayangi diri anda terlebih dahulu, baru sayang orang lain.
Sibukkan diri anda
Ini cara paling mudah. Jika selepas waktu pejabat anda akan luangkan masa dengan dia, kini anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gym, atau lepak bersama rakan-rakan anda. Cari hobi baru seperti hiking atau sertai Marathon pada hujung minggu.
Luangkan masa dengan keluarga
Mungkin ketika anda bersama dengan si dia, anda abaikan keluarga anda. kalau setahun sekali balik kampung tu, rajin-rajinlah balik jumpa keluarga anda. Inilah masanya anda meluangkan masa bersama orang tua anda. Jika kampung anda jauh, baliklah pada hujung minggu. Keluarga ni ibarat air yang dicincang tak akan putus. Pasangan anda tu bersifat sementara.
Buang segala kenangan lama anda dengan si dia
Tak semua lelaki tabah bila berhadapan dengan cinta. Jika anda seorang yang setia dan cinta mati pada jodoh tak jadi anda tu, sudah tiba masanya anda delete semua kenangan dengan si dia. Kalau perlu, block dan unfollow si dia. Bukan niat untuk putuskan Silaturahim, tapi ini salah satu cara. Ala, nanti bila dah moved on, anda boleh unblock dan follow kembali bekas pasangan anda. Ingat, jangan sebab cinta anda tak kesampaian, anda bermusuh sampai ke sudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas beberapa bulan lalu kolaborasi North Face dan Gucci diumumkan, ramai penggemar fesyen global tidak sabar menantikan kemunculannya. Dan kini koleksi yang mendapat inspirasi zaman 70-an dan retro, diperkenalkan untuk tontonan umum.
Inilah koleksi kolaborasi terbesar untuk penghujung tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran. Jenama mewah terkenal, Gucci kini memperkenalkan seleksi foto rasmi untuk koleksi kolaborasinya bersama jenama outdoor, North Face.
Seperti yang dijangkakan ramai pemerhati fesyen, kolaborasi dua jenama ini menggabungkan warisan dan legasi rekaan mereka menjadi satu. Gabungan yang dilihat mewah dengan sentuhan minimalis ini khusus buat mereka yang gemarkan aktviti outdoor dan dalam masa yang sama tampil bergaya eksklusif.
ELEMEN VIVID
Mengambil pengaruh Gucci, warna yang dipersembahkan sarat dengan elemen vivid menjadikan koleksi ini nampak lebih menyerlah berbanding pakaian outdoor yang lain.
Manakala cetakan logo North Face dan monogram Gucci pula mendapat sentuhan inspirasi gaya rekaan 70-an. Kerjasama Gucci bersama North Face ini merupakan kombinasi yang unik kerana kedua-duanya dari dua dunia berbeza.
Koleksi yang dijangka mendapat sambutan luar biasa ini dilaporkan akan mula ditawarkan pada penghujung tahun ini dan awal tahun 2021.
Adakah ia akan turut terdapat di pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu! Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang gemar potongan rambut panjang mampu memukau orang lain jika kena pada gayanya. Bagaimanapun, mereka yang memilih gaya rambut panjang perlu peka dan mendandan serta membelai rambut supaya kemas, bersih dan menarik, sama seperti kaum hawa menjaga rambut mereka. Apatah lagi, kaum Adam merupakan golongan yang memiliki gaya hidup lasak. Maka, mereka tidak boleh mengambil mudah berbanding rakan-rakan lain yang memilih untuk berambut pendek.
Terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh mereka yang berambut panjang supaya setiap kali ditiup angin atau ketika mendekati teman wanita, mereka tidak jauhkan diri daripada anda disebabkan bau yang kurang menyenangkan ataupun kelihatan tidak menarik.
Hanya sekadar mahu tetapi tidak tahu cara yang betul untuk memiliki rambut yang panjang pun tidak guna juga. Oleh kerana itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 cara yang betul untuk memiliki rambut panjang.
1. Sesuai atau tidak?
Pertama sekali sebelum anda menyimpan rambut panjang, tanya kepada diri sendiri dahulu sama ada gaya ini sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk memiliki rambut yang panjang. Ada juga jenis kerjaya yang tidak benarkan anda berambut panjang, contohnya guru.
Oleh itu, anda perlu kenal pasti sama memiliki rambut panjang ini sesuai ataupun tidak untuk anda.
2. Jangan kerap bersyampu
Elakkan daripada selalu syampu rambut anda setiap hari. Jika anda kerap syampu rambut anda ia akan merosakkan folikel rambut dan seterusnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat dan merosakkan akar rambut.
Pastikan anda juga tidak memilih syampu yang tinggi kandungan sulfatnya.
3. Jaga pemakanan
Makan sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan boleh memelihara rambut sedia ada. Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin c, biotin dan niacin yang boleh membantu menumbuhkan rambut dengan baik.
Buah-buahan seperti buah oren dan betik boleh membantu dalam hal penjagaan rambut ini.
4. Gunakan perapi rambut
Bagi anda yang mahukan rambut yang panjang, menggunakan perapi rambut adalah satu kemestian. Ini perlu dijadikan amalan agar rambut anda tidak kelihatan kusut dan serabut. Perapi rambut akan memastikan rambut anda kelihatan kemas dan juga terurus.
5. Menggunakan tonik rambut
Anda juga boleh mencuba tonik rambut untuk mempercepatkan penumbuhan rambut.
Selain itu, tonik rambut juga boleh membantu menghasilkan rambut yang sihat dan juga akar rambut yang kuat.
Bila rambut dah panjang sila jaga!
Cuci rambut elak berbau!
Apabila berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan sangat tinggi. Berdasarkan fakta, lelaki lebih cenderung berpeluh dengan banyak berbanding perempuan. Kamu disaran mencuci rambut setiap hari untuk mengelakkan daripada berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur. Lebih-lebih lagi, penunggang motosikal yang memakai helmet untuk tunggangan lasak dan perjalanan yang jauh.
Pastikan Kering
SELESAI sahaja kamu mencuci rambut, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan. Mengelap rambut basah dengan tuala memudahkan rambut bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering dan menyebabkan rambut kelihatan kusut dan tidak menarik!
Jangan Ikat Kuat Sangat
MASALAH traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku kerana memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat. Ini menyebabkan kamu mengalami keguguran rambut yang banyak dan mungkin juga lama-kelamaan, botak! Selain itu, rambut kamu yang panjang juga boleh patah dan rosak.
Syampu sesuai
MEMBASUH rambut sahaja tidak memadai jika kamu tidak mencucinya dengan syampu. Urut rambut kamu dengan syampu yang sesuai dengan menggunakan hujung jari dan bilasnya dengan menggunakan air sejuk. Hindari air panas untuk membilas rambut kerana ia akan menyebabkan perapi yang terdapat pada syampu tersebut terpisah daripada kulit kepala dan kamu tidak mendapat rawatan yang baik.
Trim
TRIM atau buang rambut yang telah rosak merupakan tip terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Sama ada ke salun ataupun menggungting sendiri. Potonglah hujung rambut untuk mengelaknya daripada bercabang. Memotong rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.