Gaya Hidup

Berjabat Tangan Atau Berpeluk, Cara Mana Lelaki Lebih Suka Buat?

Share

Erti Jabat Tangan menunjukkan kredibiliti anda

Seorang CEO yang organisasinya termasuk dalam Fortune 500 pernah menyatakan bahawa hal pertama yang dia tentukan ketika memilih pekerja baru adalah bagaimana cara individu  tersebut berjabat tangan. Menurutnya, jika jabat tangan yang diberikan terlalu lemah atau terlalu kuat boleh memastikan dirinya seorang individu yang bagaimana. Hal ini kedengarannya cukup ekstrem, namun banyak diterapkan oleh para profesional. Bahkan, penelitian yang dilakukan oleh University of Iowa membuktikan bahawa jabat tangan boleh meningkatkan kualiti networking

hanya dalam beberapa detik. Lalu, bagaimana caranya jika anda ingin berjabat tangan dengan betul? Ikuti beberapa langkah berikut:

  1. Be prepared

Yang paling pertama dan utama, ketika anda sedang berjumpa dengan seseorang pastikan tangan anda sedang tidak memegang apa pun. Jika tangan anda sedang memegang minuman sejuk, lebih baik letak terlebih dahulu dan bersihkan tangan anda sehingga tangan anda tidak basah ketika bersalaman.

  1. 2. Good body language

Tunjukkan bahawa anda menghormati orang yang bersalaman dengan menunjukkan gestur tubuh yang menyokong hal tersebut. Misalnya, berdiri dari tempat duduk ketika berjabat tangan. Ketika berdiri, jaga agar tangan anda yang lain tidak tersimpan di belakang tubuh. Kedua tangan yang terlihat akan menunjukkan bahawa anda adalah orang yang jujur dan terbuka. Kemudian, perhatikan agar posisi kepala dan mata anda tetap lurus melihat lawan bicara dan tunjukkan senyum terbaik anda.

 

  1. Make contact

Semasa tangan anda mulai menghulur untuk bersalaman, perhatikan posisinya. Jangan dengan posisi telapak tangan ke atas yang menunjukkan sikap dominan atau posisi telapak tangan ke bawah yang menunjukkan sikap inferior. Buat agar posisinya tegak lurus sehingga lawan bicara anda seperti mendapatkan ajakan untuk bersalaman.

  1. Shake it

Inilah momen kritis yang menentukan. Ada yang berpendapat bahawa orang yang terlalu menggoyangkan tangannya ketika bersalaman kelihatan terlalu bersemangat, sementara yang tidak memberikan goyangan sama sekali menunjukkan keperibadian yang lemah. Psikologi William Chaplin menganjurkan bahawa sebaiknya anda menggoyangkan tangan sebanyak dua-tiga kali ketika berjabat tangan. Jangan sampai berlebihan. Ketika selesai, jangan pula langsung melepaskan tangan anda, namun tunggu satu-dua detik sebelum melepaskan jabat tangan.

  1. Practice

Banyak latihan ialah kunci kesempurnaan. Sebelum melakukan wawancara kerja atau pergi ke networking event, latih diri anda berjabat tangan dengan keluarga dan sahabat supaya ketika momen itu tiba anda mampu memanfaatkan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Published by
Kim Rahim