Berhenti Makan Coklat & Minuman Soda, Doktor Ini Kongsi Ilmu Elak Jerawat Makin Teruk!

Share

Muka yang tidak dibersihkan dengan sempurna mudah diserang jerawat. Namun tidak dinafikan ada juga yang sudah mencuci muka sebersihnya tapi muka masih ada jerawat.

Paling buat kita stres bila jerawat meninggalkan parut yang menghodohkan wajah. Bagi yang suka memicit jerawat, tabiat ini sebenarnya boleh memburukkan lagi jerawat anda.

Bagi mengatasi masalah jerawat agar tidak menjadi semakin teruk, ikuti perkongsian pengamal perubatan, Doc Abdul Rahim Nor tentang ilmu jerawat dan rahsia untuk menghilangkan jerawat.

Semoga perkongsian beliau membolehkan wajah anda bebas jerawat, miliki kulit yang lebih gebu, licin dan glowing.

BACA: Lelaki Yang Nak Wajah Kacak, Glowing & Bebas Jerawat Wajib Guna Pencuci Muka Ini!

ILMU JERAWAT. Artikel 860.

“Apakah tu jerawat? Camana nak elak? Apa cara rawatannya?” ?????

“Doc sian kat saya. Habis muka saya doc naik jerawat. Camana Doc, nak kahwin minggu depan ni!”… Mengadu sorang pesakit genit Doc. Sian kat dia. ?????

Ni ilmu jerawat doc nak share-share dengan uoll Gang Doc.

A. Apa tu jerawat???

Jerawat jadi di permukaan kulit kita bila liang roma tersumbat dengan minyak & sel kulit
yang dah mati. Doc panggilnya Acne Vulgaris.

B. Canama jerawat tu terjadi????

Jerawat terjadi bila folikel bulu roma uoll tersumbat oleh sebum/ minyak di pemukaan kulit. Maka sebum ni terperangkap di bawah kulit bersama sel kulit mati dan bakteria. Apa lagi, mula le pemukaan kulit uoll mula membukit seperti Bukit Fraser’s atau Penang Hill. Terus menggunung seperti Mount Kinabalu. ???????? Bagi anda yang jari yang tak reti duk diam, gelinte sana sini, picit sana sini. Sampai jerawat tu jadi lebih ganas lagi meningkat infeksi kuman hingga Gunung Kinabalu tu meletus lava-lavanya. Aduuuuh. Habis jahanam kulit muka anda. ???????

C. Ni dia jenis-jenis jerawat:

Ada yang jenis bintik hitam/black head & bintik putih/ white head yang tiada perandangan. Tapi yang jenis papules (ada air bisa), nodules (bernanah) & cystic, ni dah ada infeksi kuman.????

BACA: Tip Hilangkan Kulit Berminyak & Berjerawat Guna Cara Mudah Dengan Timun & Kapas Bulat!

D. Hihihi untung jadi orang dewasa cam Doc. Gang Doc tidak berjerawat dah. ??????.

i). Jerawat start terjadi bila anda mula baligh hingga umur 30 tahun.
ii) Anda yang suka makan coklat & minuman soda, cuba henti bila berjerawat.
iii) Krim pelindung UV yang ada allergik.
iv) Anda yang kuat berpeluh.
v) Berpakaian ketat.
vi) Makanan BERMINYAK, suasana berminyak, produk kulit/ rambut berminyak. ??
vii) Hormon androgen berlebihan/ PCOS.
viii) Perubahan hormon & ubat yang ada phenytoin, iodin, bromida, steroid, isoniazid & litium.
ix) Stress & kegunaan makeup.

E. Mengapa jerawat anda jadi lagi teruk?

i) Elak apa yang Doc sebut dalam (D) di atas.
ii) Kuman bernama Propionibacterium acnes (P.acnes) adalah bakteria yang sentiasa ada di folikel/ liang roma kita. Ia suka hidup di sini sebab oksigennya rendah. Ia cernakan sebum kita dengan enzimenya untuk baginya sumber tenaga. Lalu terbentuk bahan2 komedogenik. Sistem immunisation/tahanan badan kita yang menghantarkan sel darah putih untuk hapuskan bakteria tu sebagai tindak balas. Maka rosak le kulit kita dengan berjerawat le. ????????????

BACA: Dari Muka Berjerawat Teruk, Lelaki Kongsi Cara Dia Pulihkan Wajah Dengan Produk Ini!

F. Nasihat Doc:

1. Jangan memicit/ mencungkil jerawat akan melaratkan keadaan & meninggalkan parut.
2. Jangan SOLEK TEBAL2 sangat cam OKESTRA WAYANG CINA. Kecantikan ori lebih menawankan hati suami. ??❤️?
3. Tukar alat solek, span & berus setiap 4-6 bulan untuk elak pertumbuhan bakteria.
4. Boleh gunakan penyegar semula jadi seperti jus lemon, kulit pisang & teh hijau untuk kurangkan minyak di kulit.
5. NO MAKANAN BERGORENG atau BERMINYAK ????? sehingga kulit anda gebu dan comel kembali.

G. Rahsia rawatan Doc share dengan patient2 Doc yang nak hilangkan jerawat.

1. Tobat… Hihihi ?????? Tak nak makan makanan BERMINYAK sampai jerawat hilang di muka. Hihihi ???
2. Sebelum tidur, cuci muka dengan sabun muka kalau bermakeup. Lepas tu cuci dengan air suam. Keringkan kulit lalu bubuhkan krim/ gel jerawat. Terus lena hingga Subuh. Terbaik lebih 5 jam.
3. Makan antibiotik dan ubat kulit hingga comel gebu BERGETAH. Hihihi. ??????.
4. Jangan pi kutil black/ white komedo dengan jari yang akan menyebabkan infeksi lalu meninggalkan parut.
5. Selalu mandi setelah aktiviti berat atau lasak, untuk bersihkan kulit dari minyak & peluh.

Selamat mencuba semua Gang Doc. Harap kulit lebih gebu, licin lagi BERGLOW. Nampak lebih GANTENG!! ??????????

Published by
Roselinda