Muka yang tidak dibersihkan dengan sempurna mudah diserang jerawat. Namun tidak dinafikan ada juga yang sudah mencuci muka sebersihnya tapi muka masih ada jerawat.
Paling buat kita stres bila jerawat meninggalkan parut yang menghodohkan wajah. Bagi yang suka memicit jerawat, tabiat ini sebenarnya boleh memburukkan lagi jerawat anda.
Bagi mengatasi masalah jerawat agar tidak menjadi semakin teruk, ikuti perkongsian pengamal perubatan, Doc Abdul Rahim Nor tentang ilmu jerawat dan rahsia untuk menghilangkan jerawat.
Semoga perkongsian beliau membolehkan wajah anda bebas jerawat, miliki kulit yang lebih gebu, licin dan glowing.
“Apakah tu jerawat? Camana nak elak? Apa cara rawatannya?”
Ads
“Doc sian kat saya. Habis muka saya doc naik jerawat. Camana Doc, nak kahwin minggu depan ni!”… Mengadu sorang pesakit genit Doc. Sian kat dia.
Ni ilmu jerawat doc nak share-share dengan uoll Gang Doc.
Apa tu jerawat?
Jerawat jadi di permukaan kulit kita bila liang roma tersumbat dengan minyak & sel kulit
yang dah mati. Doc panggilnya Acne Vulgaris.
Camana jerawat tu terjadi?
Jerawat terjadi bila folikel bulu roma uoll tersumbat oleh sebum/minyak di pemukaan kulit. Maka sebum ni terperangkap di bawah kulit bersama sel kulit mati dan bakteria. Apa lagi, mula le pemukaan kulit uoll mula membukit seperti Bukit Fraser’s atau Penang Hill. Terus menggunung seperti Mount Kinabalu. Bagi anda yang jari yang tak reti duk diam, gelinte sana sini, picit sana sini. Sampai jerawat tu jadi lebih ganas lagi meningkat infeksi kuman hingga Gunung Kinabalu tu meletus lava-lavanya. Aduuuuh. Habis jahanam kulit muka anda.
Ada yang jenis bintik hitam/black head & bintik putih/white head yang tiada perandangan. Tapi yang jenis papules (ada air bisa), nodules (bernanah) & cystic, ni dah ada infeksi kuman.
Untung jadi orang dewasa cam Doc. Gang Doc tidak berjerawat dah.
i). Jerawat start terjadi bila anda mula baligh hingga umur 30 tahun.
ii) Anda yang suka makan coklat & minuman soda, cuba henti bila berjerawat.
iii) Krim pelindung UV yang ada allergik.
iv) Anda yang kuat berpeluh.
v) Berpakaian ketat.
vi) Makanan BERMINYAK, suasana berminyak, produk kulit/ rambut berminyak.
vii) Hormon androgen berlebihan/PCOS.
viii) Perubahan hormon & ubat yang ada phenytoin, iodin, bromida, steroid, isoniazid & litium.
ix) Stress & kegunaan makeup.
Ads
Mengapa jerawat anda jadi lagi teruk?
i) Elak apa yang Doc sebut dalam (D) di atas.
ii) Kuman bernama Propionibacterium acnes (P.acnes) adalah bakteria yang sentiasa ada di folikel/ liang roma kita. Ia suka hidup di sini sebab oksigennya rendah. Ia cernakan sebum kita dengan enzimenya untuk baginya sumber tenaga. Lalu terbentuk bahan2 komedogenik. Sistem immunisation/tahanan badan kita yang menghantarkan sel darah putih untuk hapuskan bakteria tu sebagai tindak balas. Maka rosak le kulit kita dengan berjerawat le.
Nasihat Doc
1. Jangan memicit/ mencungkil jerawat akan melaratkan keadaan & meninggalkan parut.
2. Jangan SOLEK TEBAL2 sangat cam OKESTRA WAYANG CINA. Kecantikan ori lebih menawankan hati suami.
3. Tukar alat solek, span & berus setiap 4-6 bulan untuk elak pertumbuhan bakteria.
4. Boleh gunakan penyegar semula jadi seperti jus lemon, kulit pisang & teh hijau untuk kurangkan minyak di kulit.
5. NO MAKANAN BERGORENG atau BERMINYAK sehingga kulit anda gebu dan comel kembali.
Rahsia rawatan Doc share dengan patient-patient Doc yang nak hilangkan jerawat.
1. Tobat.]Hihihi. Tak nak makan makanan BERMINYAK sampai jerawat hilang di muka. Hihihi.
2. Sebelum tidur, cuci muka dengan sabun muka kalau bermakeup. Lepas tu cuci dengan air suam. Keringkan kulit lalu bubuhkan krim/ gel jerawat. Terus lena hingga Subuh. Terbaik lebih 5 jam.
3. Makan antibiotik dan ubat kulit hingga comel gebu BERGETAH. Hihihi.
4. Jangan pi kutil black/ white komedo dengan jari yang akan menyebabkan infeksi lalu meninggalkan parut.
5. Selalu mandi setelah aktiviti berat atau lasak, untuk bersihkan kulit dari minyak & peluh.
Selamat mencuba semua Gang Doc. Harap kulit lebih gebu, licin lagi BERGLOW. Nampak lebih GANTENG!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki yang botak selalu rasa rendah diri kerana tiada rambut sebagai plus point untuk indeks kacak. Jangan risau kerana kami ada jawapan kenapa anda patut bangga menjadi lelaki berambut botak dari pandangan wanita yang suka dengan stail rambut botak.
Tahukah anda bagi segelintir wanita yang suka dengan lelaki botak adalah kerana, mereka boleh menggetarkan jiwa serta ada auranya yang tersendiri.
Dalam masa yang sama, lelaki seperti ini memiliki aura yang sangat lain macam selain mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.
Sebabkan itu, MASKULIN ingin kongsikan antara sebab spesis ini dilihat memiliki keistimewaan tertentu dari sudut pandangan wanita seperti :
1. Kelihatan lebih maskulin
Segelintir wanita biasanya akan tertarik kepada bentuk kepala lelaki yang licin kepalanya. Lagi-lagi kalau jenis kepala yang ‘bersinar’, ramai wanita jatuh cinta.
2. Punyai daya tarikan misteri
Ada kalanya, segelintir wanita itu tidak tahu kenapa mereka sukakan lelaki yang berambut seperti itu. Yang mereka rasa, kelibat lelaki botak sangat mendebarkan hatinya.
3. Jimat berbelanja
Wanita anggap lelaki seperti ini dapat jimat berbelanja terutamanya dari segi pengurusan rambut kerana lelaki botak tidak perlu pening cari syampu yang sesuai.
4. Ringkas dan kemas
Lelaki berambut kosong dilihat sebagai ringkas dan kemas. Paling menarik di mata wanita, golongan lelaki berkepala sebegini lebih cepat bersiap untuk keluar ke temu janji.
Biarlah apa orang nak kata, lelaki botak lebih percayakan diri sendiri dan mampu pergi ke mana-mana dengan selesa sekali gus menunjukkan tiada sikap hipokrit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baik lelaki atau perempuan takut bila rambut gugur dan mula bersepah di lantai. Selain menjejaskan penampilan, rambut gugur juga boleh membuatkan kepala cepat botak. Siapa sanggup, muda-muda dah rambut gugur dan kepala botak?
Satu kajian ke atas wanita mendapati, 3 daripada 5 wanita bersetuju bahawa rambut gugur di kalangan lelaki adalah salah satu faktor membuatkan mereka hilang perasaan untuk jatuh cinta terhadap lelaki itu.
Ini dapat disimpulkan bahawa wanita begitu mementing masalah rambt gugur dan kepala botak. Bagi mengelakkan rambut gugur sehingga boleh menghilangkan keyakinan diri anda dan botak, baiklah atasi segera dengan 7 petua ini.
1. Kacang Hijau
Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Tapiskan kacang hijau tadi dan ambil airnya. Air kacang hijau itu kemudian disapu pada kulit kepala. Sambil anda sapu, picit kulit kepala secara pelahan-lahan. Petua elak rambut gugur ini ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
2. Minyak zaitun
Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, mengatasi rambut gugur, meningkatkan proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Anda hanya perlu titiskan 4-5 titis minyak zaitun di kulit kepala setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, boleh mencuci rambut sehingga bersih.
3. Daun pandan
Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari, kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap yang boleh bagi mengatasi masalah rambut gugur.
4. Telur
Cara semula jadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini 3-4 kali dalam seminggu.
5. Air garam
Air garam boleh menyebabkan liang-liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang daripada berlakunya keguguran rambut. Selepas syampu rambut, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut di dalam besen. Rendam rambut selama 3-5 minit. Urut kepala dengan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
6. Santan
Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
7. Makan sayur & buah
Apa yang anda makan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berperanan penting dalam melebatkan rambut. Ambil makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila membicarakan tentang penjagaan wajah mungkin ramai di antara anda seakan endah tidak endah. Apa tidaknya subjek ini kebiasaannya menjadi buah mulut kaum wanita sahaja. Lihat sahajalah pasaran produk penjagaan kulit wajah di luar sana.
Rata-rata menyasarkan golongan wanita sebagai tumpuan mereka. Namun pada zaman ini dengan perubahan cuaca yang semakin hari semakin radikal amatlah penting untuk anda sebagai seorang lelaki menititk beratkan penjagaan kulit wajah.
Dengan cuaca yang semakin panas dan lapisan ozon yang kian terancam kulit wajah kita sering terdedah dengan risiko yang boleh merosakkannnya. Lebih teruk ia boleh mengundang penyakit lebih serius seperti kanser kulit dan sebagainya.
Sebenarnya penjagaan kulit wajah untuk lelaki tidaklah serumit mana pun. Apa yang penting ialah melakukan penjagaan secara rutin, konsisten dan memilih produk yang benar-benar sesuai dan boleh menjaga serta melindungi kulit wajah.
Besar kemungkinan anda membaca artikel ini juga kerana risau dengan kondisi kulit wajah anda. Itu bererti anda ada kesedaran yang baik. Buat seorang lelaki penjagaan kulit wajah tidak perlu terlalu rumit. Hanya ada tiga langkah yang penting boleh anda amalkan.
CUCI WAJAH DUA KALI SEHARI
Dalam apa jua rutin penjagaan wajah anda harus mulakan dengan melakukan cucian atau face wash. Dalam seharian anda yang sibuk lakukan cucian wajah sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan juga sebelum tidur.
Cleanser dalam bentuk yang paling ringkas, menarik minyak berlebihan dari kulit dan dari dalam liang-liang, sambil mencuci peluh, kotoran, kotoran dan sebarang produk penjagaan kulit yang digunakan sebelum ini.
Oleh itu, apabila bangun tidur anda perlu membuang sebarang pengumpulan minyak dan kemungkinan pengumpulan bakteria yang dipindahkan dari sarung bantal anda dan pelembap malam tadi. Dan pada waktu petang, anda membuang pengumpulan hari itu, termasuk beberapa bahan pencemar tambahan atau peluh yang anda terkumpul sepanjang perjalanan.
Tahukah anda pada asasnya, sel kulit anda bertukar diri setiap minggu. Namun ia tidak selalu meninggalkan permukaan kulit anda apabila ia mati. Selalunya, ia membina dan membentuk tompok kasar atau lebih teruk lagi merayap ke dalam liang anda dan menyebabkan jerawat.
Dengan melakukan proses mengelupas atau exfoliate sebanyak dua kali seminggu, anda boleh memastikan bahawa sel-sel mati anda hilang, manakala yang sihat dan cerah anda diberi cahaya yang sepatutnya.
Ini seterusnya memberikan anda kulit yang lebih berseri dan awet muda. Selain itu, pengelupasan biasa boleh membantu “membalikkan” bintik-bintik gelap yang ditinggalkan oleh matahari atau tanda jerawat.
Ini merupakan antara teknik penjagaan yang sering disisihkan oleh ramai lelaki. Kemungkinan besar anda juga adalah pelakunya. Proses pelembapan adalah langkah ketiga dan terakhir dalam rejimen penjagaan kulit wajah asas ini.
Ia bertindak untuk menyuburkan kulit tetapi dalam masa yang sama pelembap lebih defensif daripada aktif. Ia terletak di atas kulit anda dan memerangkap kelembapan dalam lapisan di bawah, sambil juga melindungi anda daripada reaksi pencemaran udara yang juga ajen penuaan yang serius.