Melakukan self-quarantine kuarantin sendiri merupakan satu tanggungjawab nukan sahaja kepada diri sendiri dan keluarga tetapi negara.
Itulah yang dilakukan oleh cef seleberiti terkenal, Datuk Fazly Yaacob selepas pulang daripada Singapura.
Beliau baru pulang dari Singapura bagi menghabiskan baki penggambaran sebuah program masakan.
Perkara tersebut dikongsi oleh Datuk Fazley menerusi satu hantara video di laman Instagram kendaliannya.
Menerusi video tersebut Dato Fazley dilihat keluar daripada kenderaan dan memasuki perkarangan rumah. Anak-anaknya kemudian keluar dan cuba meluru untuk memeluknya tapi tidak dibenarkan oleh beliau.
“Saya sampai KL semalam petang selepas drive seorang diri dari #Singapore. Sampai depan rumah semua anak2 meluru nak peluk tapi saya tak bagi. Saya masih kena self #Quarantine selama 14 hari. Bermakna duduk jauh dari keluarga dan bukan di rumah yang sama.
“@elliefazley dan @fierudzfazley masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka tak boleh peluk saya, mereka hanya mampu menangis dan mengungkap “Nak hug didaaaa!” Abang2nya mereka @fariedzfazley dan @fieradzfazley lebih faham sedikit walaupun masing2 tetap sedih.
“Cuma saya sendiri bergenang juga airmata apabila melihat isteri saya @azrene_ahmad turut menangis melihatkan anak2 yang rindukan saya, ibu saya @rsd.umi juga nyatakan “sedihnya kita hanya jumpa macam ni”, adik bongsu saya @nadyaakob juga bergenang airmatanya.
“Allahuakbar sebak sangat rasanya.. Apakan daya, saya harus laksanakan apa yang terbaik demi keselamatan keluarga tercinta. Buat anak anak dida, “Wait for me ok, I will be home in 14 more days ok! I love you all and miss all of you so very much!”
Itulah perkongsian yang dilakukan oleh beliau yang turut membuatkan ramai pengikutnya juga rasa hiba dan sedih. Rata-rata melahirkan rasa sedih apatah lagi apabila melihat anak-anak Datuk Fazley menangis kerana ingin memeluknya.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini termasuklah sekatan perjalanan ke luar negara dan menyekat kemasukan pelawat ke negara ini.
Dan mana-mana rakyat Malaysia yang pulang haruslah melakukan kuarantin bagi memastikan mereka betul-betul bebas dari virus Covid-19.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Datuk Fazley yang telah melakukan perkara yang betul. Walaupun berat mata memandang tapi ia adalah untuk kebaikan keluarganya.
Semoga kita semua boleh mencontohi apa yang beliau lakukan. Pastikan selalu mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya selama 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan sanitizer dan paling penting sekali duduk di rumah dan keluar bila perlu sahaja.
Kredit: Instagram Datuk Fazley Yaacob
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI