Biasanya kita akan melihat majikan yang membuat posting mahu merekrut pekerja baharu jika terdapat sebarang kekosongan jawatan yang perlu diisi.
Namun konsep berkenaan bagaikan sudah berubah ketika ini apabila muncul seorang pemuda Malaysia, Azmil Hakim dengan satu trend rare yang tak pernah disangka-sangka.
Posting gambar kerusi kosong untuk penemu duga
Unik tentang posting ini adalah Azmil Hakim menulis dia memerlukan penemu duga untuk duduk di kerusi berkenaan di samping menyatakan pengalaman kerja dan kelulusan yang dimilikinya.
Dapat perhatian bos-bos besar dan lebih 15,000 likes dalam masa 2 minggu
Posting Azmil menjadi tular dan hangat diperkatakan dalam LinkedIn selain ramai bos-bos besar tampil munculkan diri puji konsep yang diperkenalkan Azmil.
Cara-cara ini sudah tentu berbeza dengan kebanyakan calon-calon lain tetapi untuk mendapat perhatian sebegini, hanya mereka yang bernasib baik sahaja akan menerima pelbagai manfaat.
Selebihnya, mungkin ada netizen yang kritik, “Kau siapa nak suruh majikan pula yang cari kau?”
Tetapi sebagai perkongsian, buatlah apa sahaja tentang diri anda selagi anda rasa ia betul dan memberi manfaat kepada anda.
Dengar kata orang yang cuma pandai cakap tetapi bukan boleh kenyangkan perut kita setiap bulan pun macam tak ada function jugak.
Semoga berjaya Azmil Hakim dan kepada pembaca Maskulin, jadilah seseorang yang bukan klise!