Pemakanan yang sihat perlu diambil kira dalam kehidupan seharian. Mudah sahaja! Kurangkan gula, lemak dan garam. Gula menyebabkan risiko kencing manis dengan nilai kalori yang tinggi boleh menambah berat badan. Manakala lemak boleh menyebabkan saluran jantung menjadi sempit dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan risiko mendapat darah tinggi. Semua ini boleh diambil tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Ikutlah piramid makanan yang telah ditetapkan.
Apabila kita bercerita tentang pemakanan ataupun proses mengurangkan berat badan, ia sangat berkait rapat dengan usaha ataupun perasaan kita untuk menurunkan berat badan. Tabiat atau mengamalkan pemakanan yang buruk seperti makan makanan tidak meyihatkan serta salam dalam memilih makanan yang digemari menyebabkan seseorang itu mengalami masalah berat Jika seseorang itu telah terbiasa mengamalkan pemakanan yang berlemak, risiko untuk mendapat kegemukan adalah tinggi.
Apabila berat badan mula meningkat, maka ramailah yang mengeluh dan mencari jalan untuk menurunkan berat badan. Mengapa pula ramai yang gagal menurunkan berat badan? Mereka yang dahulunya sangat aktif berolahraga dan masih mengamalkan pemakanan yang sama, tetapi masih mampu mengekalkan berat badan yang ideal. Tetapi ada juga mereka yang sukar menurunkan berat badan biarpun masih makan benda yang sama. Ini terjadi kerana mereka kurang melakukan olahraga atau sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Perlu diingat, proses penurunan berat badan seseorang itu tidak sama kerana ia bergantung pada usia, tahap kecergasan dan jenis senaman yang dilakukan. Orang yang berusia sekitar 40 an yang ingin mengurangkan berat badan , tentunya tidak sesuai mengamalkan pemakanan yang sama seperti anak-anak muda. Mungkin mereka memerlukan khasiat seperti kalsium yang lebih tinggi ataupun setidak-tidaknya mengelakkan aktiviti yang mempunyai intensiti tinggi seperti melompat ataupun berlari laju.
Berat badan tidak akan turun secara mendadak. Seharusnya anda mencatatkan sasaran sebenar untuk menurunkan berat badan dalam masa setahun. Biasanya jika anda berada dalam keadaan stres, risiko untuk makan lebih banyak adalah lebih mudah. Jadi, sebelum anda mengalami simptom seperti ini, pastikan anda tidak terlalu gelojoh dan masih mampu mengawal keinginan untuk makan secara banyak.
2-Jangan suka skip waktu makan
Kalau boleh, jangan suka mengelak waktu makan anda. Sentiasalah berdisiplinkan diri dengan mematuhi waktu makan. Misalnya untuk sarapan, waktu paling baik ialah sekitar jam 9.00 pagi hingga 10 pagi. Untuk makan tengah hari pula ialah sekitar jam 12.00-2.00 petang, manakala untuk makan malam pula seelok-elokknya 4 jam sebelum tidur iaitu sebelum jam 8.00 malam.
3-Tentukan kalori yang anda makan
Adalah penting untuk anda menilai kalori makanan yang diambil dalam sehari dan tahap senaman anda. Anda harus pastikan sebaiknya dan jumlah kalori yang diambil biarlah berkurangan dari jumlah kalori yang dibakar. Dengan ini usaha untuk menurunkan berat badan menjadi lebih mudah. Anda boleh merujuk piramid makanan, misalnya dengan mengambil makanan secara kerap.
4-Tetapkan pemakanan harian anda
Ads
Anda boleh juga makan buah setengah jam sebelum makan tengahari ataupun makan malam dan disusuli dengan air kosong. Jangan lupa ambil air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari .Pengambilan sayur-sayuran juga sangat digalakkan. Jika anda tidak suka, mungkin jus buah dengan air putih juga sangat bagus untuk kesihatan. Tahukah anda, jika dikira dalam setahun, sebanyak 2.5 kg berat badan dapat dikurangkan apabila anda mengamalkan pemakanan harian yang sihat.
5-Catat makanan yang diambil
Jangan lupa untuk mencatat setiap makanan yang diambil untuk mengelakkan berlakunya lebihan jumlah pengambilan makanan. Jika hari ini anda sudah makan melebihi had, jangan lupa pastikan untuk hari-hari yang lain. Kurangkan sedikit jumlah kuantiti makanan yang diambil untuk mengelak pengumpulan lemak yang tinggi.
6-Pastikan susu dalam menu utama
Susu dan produk susu terbukti kaya dengan pelbagai khasiat penting seperti kalsium, nutrien yang membantu mencegah penipisan tulang serta penyakit osteoporosis. Jadi, setiap kali anda bersarapan, minum susu untuk menambah tenaga selain menguatkan tubuh badan.
Ads
7-Elakkan Fast Food
Setiap hidangan fast food mengandungi kalori berlebihan untuk sepanjang hari. Jika anda ingin makan di mana-mana restoran makanan segera, pilih hidangan yang berkhasiat seperti salad, mayonis dan makanan yang dipanggang. Elak makan kentang goreng yang mengandungi jumlah kalori tinggi.
8-Harus bersenam biarpun mengamalkan diet
Setiap orang yang mengalami obesiti seharusnya mendapatkan nasihat atau pengesahan doktor secukupnya terlebih dahulu sebelum melakukan apa sahaja aktiviti olahraga. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai berat yang berlainan dan mungkin ada juga antara mereka mengalami penyakit yang berbeza-beza. Jika seseorang itu mempunyai peratusan lemak yang berlebihan iaitu 25% untuk wanita dan 23% untuk lelaki, maka seseorang itu akan mengalami berat badan yang berlebihan ataupun obesiti.
Jika anda berasa penat pada hari ini, jangan salahkan hari semalam anda pula. Sebenarnya kekurangkan tidur bukanlah faktor utama buatkan kamu keletihan sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut dan cara mengatasi agar anda sentiasa kelihatan ceria setiap pagi.
1. Ambil Masa Berlebihan Bermain Telefon
Anda tidak perlu menyalahkan telefon anda, tapi menghabiskan masa yang berlebihan dengan telefon anda itu yang menjadi masalah utama. Jika anda bangun daripada tahap tidur yang paling nyenyak itu ia boleh mengakibatkan anda berasa lebih mengantuk dan letih sepanjang hari berbanding mereka yang bangkit dari tahap tidur yang ringan.
2. Terlalu Bergantung Pada Fitbid
Pengesan fitnes kadangkala boleh memberikan kebaikan kepada anda dalam membantu mengesan dan memotivasikan diri anda. Namun apabila anda turut menggunakannya ketika waktu tidur, ia sebenarnya boleh menyebabkan anda berasa lebih letih. Kebanyakan pengguna yang menggunakan peralatan ini bangun melihat skor tidur mereka yang teruk, mereka akan mula bimbang mengenainya. Ini boleh menyedut keluar segala tenaga dari anda walaupun sebelum mula bersiap.
3. Anda Tidak Berhidrasi
Tentu anda faham mengapa kadangkala kita bangun dengan bau mulut yang tidak menyenangkan, kerana kita kekurangan air di dalam badan. Ketika anda tidur, tubuh anda akan mula menyerap setiap air yang anda minum sepanjang hari. Ini bermaksud anda akan beroperasi selama 8 jam tanpa air di dalam badan. Jika anda tidak mengambil air untuk berhidrasi, sumber tenaga dalam tubuh anda bakal beransur-ansur hilang.
Minum sebaik sebelum anda keluar dari rumah.
4. Mandi Pada Waktu Malam
Mandian panas pada malam hari dapat membantu merehatkan otot-otot anda dan menghilangkan ketegangan dan akhirnya membantu anda untuk lena tidur, bukan? Namun hakikat sebenarnya, jika anda mengamalkan tabiat mandi air panas pada waktu malam, ia adalah sama seperti anda bersenam sepanjang malam. Ia menaikkan suhu badan oleh itu ia akan mengambil masa untuk menyejuk dan membenarkan anda tidur lena.
5. Bersenam Selepas Waktu Kerja
Memulakan hari anda dengan larian pada waktu pagi atau bersenam boleh menjadikan anda lebih cergas untuk menghadapi hari yang seterusnya. Segala jenis senaman boleh membantu mengalirkan oksigen dan nutrisi ke dalam tisu badan dan membantu paru-paru dan jantung anda untuk beroperasi dengan lebih baik dan membekalkan lebih tenaga kepada anda sepanjang hari.
Sumber : Lelaki sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila sebut pasal diet, tidak ramai lelaki yang melakukannya. Namun sebahagian lagi lelaki begitu serius soal berat dan kesihatan badan. Biasanya apabila berdiet, ramai yang akan mengurangkan makan agar berat badan turun. Namun hasilnya tidak memberangsangkan. Jika turun sekalipun hanya dalam tempoh sekejap dan kemudian kembali naik. Ini dipanggil ‘yoyo diet’. Jadi, bagaimana rahsia agar diet yang dilakukan berjaya?
Perkara perlu dihindari
Sekiranya penurunan berat badan anda cederung cepat dan mudah, jangan ingat cara diet anda itu betul. Agar tidak berlakunya kesilapan, lebih baik anda ketahui kesilapan yang selalu dilakukan ketika berdiet.
1-Berlapar
Makan banyak boleh menambah berat badan. Jadi ramai yang berusaha menahan lapar malah ada yang tidak makan. Sebenarnya cara ini salah, apabila anda berlapar, ia akan menurunkan metabolisme tubuh yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak. Tenaga tubuh akan berkurang. Anda akan berasa lemah dan keletihan apabila melakukan aktiviti harian.Rasa lapar adalah salah satu pertanda bahawa perut anda kosong dan gula dalam darah juga kurang. Sedangkan perut yang terisi dan gula sangat diperlukan otak. Mungkin anda pernah mengalami masalah pening kepala apabila perut kosong bukan? Masalah ini juga akan terjadi kepada mereka yang hanya makan sekali atau dua kali sehari. Jadi, anda perlu makan 5 hingga 6 kali sehari; 3 kali makan normal dan 3 kali hanya makan ringan agar metabolisme tetap tinggi dalam tubuh.
2-Tidak mengambil sarapan pagi
Sengaja tidak mengambilnya, tidak sempat mengambilnya atau tidak biasa mengambilnya. Walau apa sahaja alasannya, ramai daripada kita elak mengambil sarapan pagi. Sarapan adalah waktu makan paling penting untuk tubuh. Setelah tidur malam 8 jam tanpa mengisi nutrisi, tubuh sangat memerlukan nutrisi yang boleh diperoleh ketika makan sarapan pagi. Ia untuk mengembalikan tenaga untuk tubuh badan.
3-Tidak makan malam
Memang ketika tidur, kita tidak memerlukan kalori dalam jumlah yang banyak, apatah lagi karbohidrat dalam kadar tinggi. Tetapi kita memerlukan banyak protein kerana ketika tidur, hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki semua sel-sel tubuh yang rosak.Oleh itu, pastikan pengambilan protein mencukupi. Ambillah protein kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum tidur dan karbohidrat 4 jam sebelum tidur.Disarankan minum susu atau air kosong sebelum tidur untuk penyerapan protein yang lebih lambat.
Hampir semua orang akan mengalami sembelit. Sembelit adalah kesukaran membuang air besar yang berlarutan selama beberapa minggu. Jika anda memandang ringan terhadap sembelit ia boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang lebih teruk.
Punca sembelit selalunya berlaku kerana cara pemakanan yang tidak sihat. Penting untuk mengambil makanan yang mengikut piramid makanan iaitu makanan yang tinggi dengan serat. Ia adalah salah satu daripada makanan yang penting dalam diet bagi membolehkan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik dan memduahkan kelawasan perut.
Individu yang mengalami sembelit akan dianggap kronik jika dia akan mengalami dua atau lebih simptom yang sama dalam masa tiga bulan. Antara simptomnya ialah pembuangan najis kurang dari tiga kali seminggu dan pembentukkan najis yang berketul atau keras. Selain itu, sewaktu proses pembuangan individu perlu meneran dan juga memerlukan jari untuk menekan perut untuk mengeluarkan najis.
Jika sembelit dibiarkan, ia boleh menyebabkan individu mendapat penyakit yang lebih teruk seperti radang usus, kanser perut, kanser esofagus an kanser usus. Kanser usus merupakan pembunuh kedua wanita selepas kanser payudara. Jadi cuba kawal supaya dapat mengelak daripada berlaku perkara yang lebih buruk. Ini antara yang anda boleh lakukan jika anda ingin atasi masalah sembelit:
1)Makan dengan teratur
Seperti biasa anda wajib untuk mengambil air masak sehingga urine anda jernih. Bermakna 6-8 gelas setiap hari membantu membantutkan sembelit. Lebihkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta pengambilan serat yang seimbang.
2)Bersenam
Mengapa perlu bersenam, sembelit je pun. Kajian mendapati bahawa pemakanan yang kurang seimbang membantu anda untuk mendapatkan sembelit dan dalam masa yang sama, jika anda tidak bersenam, perlawasan akan menghantui anda. Ini kerana senaman membantu untuk merenggangkan otot pada perut membantu perlawasan najis anda.
3)Tidur yang cukup
Dapatkan tidur yang mencukupi. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup ia boleh menyebabkan anda mendapat sembelit dan mengurangkan stres ketika proses pembuangan air besar.
4)Makan Ubat melembutkan najis
Pelembut najis selalunya diambil oleh mereka yang baru sahaja melakukan pembedahan, ia mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bagi julap tersebut berkesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.