Memandu ke pejabat hari ini betul-betul terasa sayu apabila lagu ‘Dendang Perantau’ dimainkan di sebuah radio popular tempatan.
Memang betul. Hari Raya Aidilfitri tahun ini benar-benar lain. Kebiasaannya pada saat-saat begini penulis sudah pun berada di atas jalan raya menuju ke kampung halaman bagi meraikan Hari Lebaran bersama keluarga tercinta.
Namun demi negara. Demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 penulis bersama jutaan rakyat Malaysia yang lain harus terima hakikat bahawa tahun ini mesti sambut Haru Raya di perantauan.
Diharapkan anda juga tidaklah buat keras kepala ingin mencuba balik kampung, ya. Hormatilah usaha kerajaan dan terutamanya barisan hadapan negara yang telah bekerja dengan cukup keras memastikan negara kita bebas dari wabak ini.
Walau bagaimana pun jika beraya di perantauan tidak bermakna anda tidak boleh meraikannya. Boleh rasikan tapi dengan cara yang selamat.
Jom MASKULIN share sedikit tip untik berdepan Hari Raya dalam keadaan negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
DUIT RAYA DIGITAL
Rumah terbuka? Usah mimpi dan jangan buang tabiat nak anjurkannya sekalipun. Kerajaan telah memberikan amaran keras bahawa mana-mana pihak melakukan perhimpunan ramai akan dikenakan tindakan.
Dengan penjarakan sosial juga bermakna kita tidak perlu bersalaman seperti biasa. Untuk duit raya, sediakan secara digital. Anda boleh guna pelbagai aplikasi untuk beri duit raya seperti yang ditawarkan Maybank dengan eDuit Raya menggunakan MAE.
BERJIMAT DAN BELI YANG PERLU SAHAJA
Raya memang setahun sekali. Cuma bezanya Raya tahun ini sangat berbeza berbanding yang biasa. Keadaan ekonomi juga tidak menentu kesan daripada penularan COVID-19. Ramai rakyat Malaysia yang benar-benar terkesan dengan sumber pendapatan terputus dan terjejas.
Jadi untuk Raya fokuskan sahaja berbelanja kepada perkara yang perlu sahaja. Usahlah terlalu boros berbelanja seakan tiada hari esok.
SHOPPING SECARA ONLINE
Bila tiba Hari Raya pasti muncul banyak sekali promosi jualan murah. Walaupun sudah banyak gebung membeli-belah sudah di buka sekarang namun jika boleh elaklah ke kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Gunakan platform e-dagang secara atas talian untuk membeli barangan keperluan.
Khidmat rider e-hailing juga boleh membantu anda menghantar keperluan Raya yang dibeli secara di atas talin.
MENABUNG SEBAGAI PERSEDIAAN
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tempoh 12 bulan akan datang. Selagi tiada vaksin atau ubat yang dapat memberikan rawatan terhadap COVID-19, selagi itulah kita harus hidup dalam keadaan norma yang baru.
Menabunglah setiap bulan walaupun sedikit sebagai tabung kecemasan. Jika anda jenis liat nak menabung, gunakan potongan secara automatik daripada akaun.
TERUS AMALKAN PENJARAKAN SOCIAL
Kerajaan membenarkan kita beraya namun biarlah dalam jumlah yang terkawal. Walaupun anda jumpa saudara dekat sekalipun pastikan penjarakan sosial itu tidak pernah lekang untuk diamalkan.
Gantikan bersalaman dengan meketakkan tangan ke dada. Jarakkan kedudukan dan usah biar terlalu ramai tetamu dalam satu masa di dalam rumah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI