berdengkur
berdengkur

Dengkur terjadi apabila pengaliran udara tidak boleh bergerak secara bebas melalui hidung dan tekak ketika tidur.

Keadaan ini menyebabkan tisu di sekeliling hidung dan tekak akan bergetar lalu ia menghasilkan bunyi dengkuran.

Berdengkur Bukan Sesuatu Yang Normal, Dr Malar Jelas Boleh Jadi Komplikasi Kesihatan

Doktor perubatan dan influencer, Dr Malar menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok miliknya berkata, bunyi dengkuran terhasil disebabkan ruang saluran pernafasan yang sempit menyebabkan berlakunya kesukaran udara untuk masuk dan keluar.

“Sepatutnya bila kita tarik nafas dan lepas nafas, walaupun ketika tidur, udara tarik dan hembus nafas ini mestilah melalui saluran pernafasan yang cukup ruangnya untuk udara itu masuk dan keluar.

“Tapi kalau ruang itu menjadi sempit, udara masuk dan keluar akan jadi susah dan udara itu akan bergesel dengan saluran pernafasan menyebabkan berlakunya bunyi dengkuran,” katanya.

Boleh meragut nyawa jika saluran pernafasan tertutup sepenuhnya

Menurutnya, jika seseorang yang sedang berdengkur secara tiba-tiba senyap, ia bermakna saluran pernafasan yang sempit itu telah tertutup sepenuhnya menyebabkan individu berkenaan tidak lagi bernafas.

Ads

Berdengkur Bukan Sesuatu Yang Normal, Dr Malar Jelas Boleh Jadi Komplikasi Kesihatan

“Ini jugalah yang menyebabkan ramai orang yang berdengkur meninggal dunia di dalam tidur sebab bila bunyi dengkuran berhenti, bermakna dia berhenti bernafas,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata berdengkur bukanlah bermaksud seseorang itu tidur dengan nyenyak, sebaliknya tidak mendapat kualiti tidur yang baik menyebabkan rasa mengantuk di siang hari.

Punca saluran pernafasan sempit

Menurutnya lagi, ada banyak sebab yang menjadi punca terhadap saluran pernafasan yang sempit antaranya adalah hidung tersumbat akibat selesema, resdung, tulang hidung patah, atau rongga hidung terlampau sempit.

Ads

Kata Dr Malar, ketumbuhan dalam hidung, tonsil terlampau besar, rahang terlalu sempit dan masalah obesiti juga antara punca lain saluran pernafasan menjadi sempit.

Berdengkur boleh menyebabkan komplikasi kesihatan

Kongsinya lagi, berdengkur atau dipanggil ‘sleep apnea’ ini juga boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kesihatan yang lain jika ia kerap berlaku.

Antara komplikasi kesihatan itu adalah seperti berikut:

  • Darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Angin ahmar
  • Kencing Manis

Cara bantu orang yang berdengkur ketika tidur

Menurut Dr Malar lagi, orang yang berdengkur ini perlukan sokongan dan bantuan rawatan bukannya gelak tawa daripada orang ramai.

Ads

“Nak tolong orang yang berdengkur ini benda paling senang sekali adalah tolong tukarkan posisi dia tidur, bagi dia tukar posisi dengan harapan supaya salur pernafasan boleh terbuka kembali.

“Kalau dia tengah berdengur ataupun senyap macam tak bernafas, kejutkan dan suruh dia betulkan posisi dan tidur balik dengan keadaaan yang lebih selesa,” ujarnya.

Sumber : TikTok 

BACA LAGI : Malaysia Miliki Pesakit Diabetes Paling Ramai, 10 Petanda Ada Penyakit Kronik Ini!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI