Gaya Hidup

Berbuka Puasa & Nikmati Pemandangan KL, Eksklusif Hanya Di Atmosphere 360

Share

Berbuka puasa dalam bulan Ramadan bersama orang tersayang pastinya menjadi kenangan yang terindah dan sukar untuk dilupakan.

Lebih-lebih lagi di tempat makan itu bukan sahaja menyediakan menu yang lazat malah pemandangan sekitarnya cukup mengujakan.

Kalau di ibu kota Kuala Lumpur, lokasi yang dimaksudkan hanya satu iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360.

Berbuka puasa pada ketinggian 282 meter

Restoran Berputar Atmosphere 360 ini terletak di dalam Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 282 meter.

Mereka yang berbuka puasa di restoran ini bukan sahaja dapat menikmati pemandangan ibu kota tanpa perlu berasa penat untuk berjalan.

Malah dapat menikmati hidangan yang sangat menyelerakan daripada chef tempatan yang berpengalaman dalam menyediakan juadah tempatan.

Pengalaman yang tak harus dilepaskan

Bagi yang berkelapangan, tidak salah jika cuba untuk merasai pengalaman sendiri berbuka puasa di restoran berputar paling tinggi di Asia Tenggara ini.

Foto : Atmosphere 360

Pengungjung bukan sahaja dapat menikmati makanan yang dimasak secara live malah kumpulan penyanyi ghazal akan menjadi penghibur yang sungguh merdu.

Tidaklah suasana menjadi sunyi sebaliknya elemen dan rasa tradisi itu boleh menyerap ke jiwa pengunjung secara santai.

Menu yang pelbagai

Lebih 200 menu tempatan disediakan khas buat pengunjung yang berhasrat untuk berbuka puasa di Restoran Berputar Atmosphere 360 ini.

Foto : Atmosphere 360

Dari satay, nasi impit dan kerabu manga muda sehinggalah kepada nasi putih yang beraneka lauk-pauk berasaskan ikan, udang, sotong serta bermacam-macam lagi.

Foto : Atmosphere 360

Tidak dilupakan juga hidangan nasi arab dan sinonim dengan kambing bakar yang sering membuatkan orang ramai teridam-idamkannya.

Kalau bercakap tentang tarikan utama pula, pancake durian dan serawa durian adalah antara menu yang wajib dinikmati.

Boleh dikatakan menu yang disajikan terlalu banyak dan memang tidak cukup untuk disenarai setiap satunya.

Tetapi pengunjung boleh merasaikan kesemua menu yang ditawarkan kerana restoran tersebut menghidangkannya secara buffet.

Punyai promosi yang perlu direbut

Bermula 6 Mei sehingga 4 Jun, pengunjung boleh menempah tempat duduk untuk berbuka puasa di Restoran Berputar Atmosphere 360 ini pada harga RM232 untuk dua orang.

Foto : Atmosphere 360

Harga tersebut juga adalah harga promosi yang ditawarkan khas untuk bulan puasa ini kerana kerana pada hari biasa, pengunjung perlu membayar RM232 hanya untuk seorang.

Namun harga tersebut bergantung kepada promosi potongan harga berdasarkan jumlah tempahan yang dilakukan dan berdasarkan makluman terbaharu, kini tawaran potongan harga 40 peratus masih boleh didapati.

Foto : Atmosphere 360

Menariknya lagi, pengunjung juga boleh bersantai di restoran itu bermula pukul 6.30 petang sehingga 11.00 malam untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur sambal makan secara santai.

Untuk info lanjut, boleh berhubung dengan Syikin pada talian 012-6604375 atau Nazrin (012-6604574) bagi mendapatkan pelbagai tawaran promosi.

Published by
Akyem Samad