1) Mengurangkan risiko sakit kronik
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
2) Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
Ads
3) Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4) Menurunkan kadar kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Ads
5) Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6) Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Ads
Bagaimana saya ingin bermula ?
Sebaik-baiknya bermulalah dengan aktiviti yang mendatar, jalan yang mana kenderaan yang melaluinya adalah minima. Jalan yang berbukit boleh dijadikan jalan tambahan untuk meningkatkan tahap kecergasan.
Untuk kesemua aktiviti berbasikal , mulakan aktiviti dengan laluan yang tidak terlalu senang atau terlalu susah. Anda boleh bertanyakan kedai basikal atau rakan-rakan yang selalu berbasikal kawasan yang baik untuk aktiviti ini.
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelakon Intan Ladyana yang baru melahirkan bayi keduanya sempat berkongsikan satu hantaran yang mengundang tumpuan ramai.
Apa tidaknya, keprihatinan suaminya Harris Alif yang menjaganya dipuji warga maya
Seperti yang diketahui umum, Harris berusia lebih muda daripada isteri. Namun, ramai kagum melihat beliau menjaga dan menguruskan Intan yang sedang dalam tempoh berpantang.
Harris atau nama penuhnya Nor Harris Alif Nor Rashidi tidak menjadikan perbezaan usia 17 tahun antara mereka menjadi penghalang buatnya menguruskan keperluan anak dan isteri.
Menerusi laman Instagram miliknya, Intan berterima kasih buat suami kesayangannya itu yang menjaganya dengan baik.
Daripada penjagaan ibu dan bayi serta anak sulung mereka, menguruskan rumah termasuklah mengemas, sehinggalah kepada menyediakan hidangan buat permaisuri hatinya itu.
“Alhamdulillah, thank you sayang @harrisalif. Always with @breakoat @inayahbeautytrading ni, lagi lagi time berpantang, boleh bantu Intan boost energy, boostkan susu badan.
“Paling penting boleh bantu untuk turunkan berat badan intan lepas bersalin ni,” tulisya dalam kapsyen.
Lelaki Muda Tapi Matang
Perkongsian tersebut meraih pujian warga maya yang mana rata-rata menyifatkan Haris bersikap lebih matang berbanding usianya.
Tidak kurang juga yang melemparkan pujian betapa bertuahnya Intan dikurniakan seorang suami sebegitu.
Rata-rata kaum lelaki kurang menghiraukan kepentingan selepas bercukur. Produk pencukur yang kurang bersesuaian boleh mneyebabkan kulit luka dan berdarah. Apabila berdarah, jangkitan bakteria akan mudah berlaku dan menyebabkan keradangan kulit seperti jerawat, gatal, kemerahan ataupun parut. Ayuh hindari masalah ini dengan menggunakan 5 produk ini untuk kekalkan kulit yang cantik walaupun lepas bercukur.
1. Deodorant
Kebanyakan antiperspirants mengandungi aluminum chloride yang berfungsi untuk mengecutkan kalenjar peluh serta mengecilkan saluran darah dan mempercepatkan proses pembekuan darah
2. Lip Balm
Percaya atau tidak, lip balm atau Vaseline mampu menghalang pembentukan luka (darah beku) pada kulit.
3. Ice Cubes
Ia membantu untuk mengecutkan saluran darah dan membentuk dengan pantas gumpalan darah beku dari terus mengalir. Ini juga membantu untuk menghalang dari terjadinya tompok hodoh pada muka.
4. Mouthwash
Bahan pembersih mulut seperti Listerine bertindak sebagai astringent, iaitu ia befungsi untuk menghentikan aliran darah dan menyebabkan tisu mengecut.
5. Eye Drops
Ubat mata ini bisa menghasilkan kombinasi yang bagus untuk luka. Ia melambatkan pendarahan dan sekali gus mengecutkan saluran darah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh pabila kita tidak menyedari kepentingannya. Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.
Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan.Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama. Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang.
Tapi hati-hati jika ada 8 tanda ini, petanda buah pinggang anda mungkin bermasalah.
1. Perubahan pada air kencing
Warna air kecing akan berubah seperti warna yang gelap, kurang kerap membuang air kencing dan buang air kecil dalam jumlah yang sedikit. Tekanan semasa kencing juga salah satu masalah.
2. Sesak nafas
Masalah ini sering dikaitkan dengan masalah buah pinggang. Disebabkan oleh toksin yang terkumpul dalam paru-paru, mengakibatkan kurangnya jumlah sel darah merah dalam badan.
3. Pembengkakan Tubuh Badan
Dalam kes fungsi ginjal yang lemah, gagal untuk menghapuskan cecair berlebihan dalam badan dan dengan itu masalah akan membawa kepada pembengkakan pada muka dan tubuh badan serta sendi.
4. Rasa logam pada mulut
Pembentukan sisa dalam darah mengubah rasa makanan dan menyebabkan nafas berbau. Selera makan yang tidak baik dan perubahan yang teruk dalam beberapa makanan menunjukkan kerosakan buah pinggang.
5. Sakit Bahagian ginjal
Kesakitan yang terasa pada bahagian ginjal menunjukkan batu ginjal atau saluran kencing bermasalah kerana jangkitan.
6. Konsentrasi teruk dan pening
Kegagalan buah pinggang yang teruk, membawa kepada saliran oxigen ke otak, dan ini mengakibatkan masalah ingatan, dan sering terasa pening.
7. Ruam kulit
Kegagalan buah pinggang juga membawa kepada pengumpulan sisa, menyebabkan kegatan pada kulit dan ruam kulit.
8. Keletihan
Buah pinggang yang sihat menghasilkan hormon yang dikenali sebagai EPO (erythropoietin), yang meningkatkan bilangan sel darah merah, yang membawa oksigen yang diperlukan. Sekiranya bilangan sel darah merah menurun, ia menyebabkan keletihan, dan masalah otak dan otot. Tanda-tanda ini juga boleh dikaitkan dengan anemia yang teruk.
Kesimpulannya, buah pingang harus dijaga dengan sebaiknya, ambil makanan yang sihat dan yang boleh membantu kesihatan buah pinggang ..
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki bila makin ramai wanita suka, lagi tinggi risiko hidup kena hadap. Kaum lelaki, awas! Lagi ramai wanita suka pada anda, lagi tinggi risiko hidup. Ungkapan ini mungkin kedengaran seperti gurauan, namun ada kebenaran dalam peringatan ini.