SIAPA sahaja yang tidak mahu bersara awal?
Pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai impian untuk direalisasikan selepas bersara, antaranya mengelilingi dunia bersama pasangan, menghabiskan masa dengan aktiviti kebajikan dan sebagainya.
Tidak ada salahnya sekiranya anda merancang untuk bersara awal, lebih-lebih lagi apabila sudah mencapai status bebas hutang dan mempunyai kewangan yang kukuh.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki dari Jepun ini, menjalani kehidupan sangat berjimat cermat selama 21 tahun kerana ingin menjimatkan sehingga AS$640,000 (kira-kira RM2.9 juta).
Usahanya dengan matlamat bersara awal itu membuahkan hasil apabila dia baru-baru ini mengumumkan bersara dengan AS$860,000 (kira-kira RM4 juta).
Memetik laporan South China Morning Post, lelaki yang tidak dikenali itu yang berusia 45 itu memulakan rancangan simpanannya pada awal 2000-an, selepas mendapat pekerjaan yang stabil. Syarikatnya memerlukan pekerja bekerja lebih masa kadang-kadang lewat tengah malam.
Sumber : South China Morning Post