Berat Turun Dalam Seminggu, Ini Pelan Diet Tanpa Nasi Tapi Perut Tak Lapar!

Share

Ramai yang nak cuba diet tanpa nasi, tapi akhirnya tak berjaya sebab tak boleh lupakan makanan ruji yang dah biasa diambil sejak kecil.

Sebenarnya jika kamu pandai mengatur hidangan yang tepat, masalah kelaparan ini mungkin dapat dikurangkan

Anda boleh mengikuti pelan diet tanpa nasi ini kerana ia tidak menjejaskan tahap kesihatan. Perlu diingatkan, di awal diet anda mungkin sukar untuk menahan lapar. Tapi percayalah apabila tubuh sudah dibiasakan dengan makanan sikit, tiada lagi masalah untuk anda meneruskan diet tanpa nasi.

Sebagai tempoh percubaan, anda boleh praktikkan selama seminggu terlebih dahulu untuk melihat hasilnya. Disertakan pelan diet seminggu yang boleh anda ikuti.

1. Sarapan

Ambil satu mangkuk bijirin gandum dan segelas susu rendah lemak bersama 3 biji buah kurma atau sebiji pisang. Jika bosan, selang-selikan sarapan pagi anda dengan hidangan sandwich telur atau tuna bersama daun salad dan tomato tanpa sos. Pastikan anda menggunakan roti wholegrain.

2. Snek jam 10 pagi

Sediakan sebiji buah epal hijau sebagai pengalas perut sebelum anda menjamah makanan tengah hari. Lagipun amat disarankan untuk anda makan epal hijau bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

3. Makan tengah hari

Waktu tengah hari, anda boleh jamah menu makanan seperti ayam bakar, tauhu, sayuran tapi menjamah nasi. Sebagai pengganti sumber karbohidrat, anda boleh gantikan dengan setengah biji kentang rebus.

4. Snek waktu petang

Tak dapat dinafikan, waktu petang pasti perut anda mulai lapar dan anda teringin nak mengunyah kudap-kudapan. Boleh saja puaskan keinginan anda itu tapi ambillah kacang ataupun kismis yang mana kudapan jenis ini rendah kalorinya. Pastikan ia tidak berlebihan ya!

5. Makan malam

Ambil buah-buahan seperti pisang, epal atau pir. Boleh juga makan oat bersama susu yang pasti mengenyangkan. Elak tidur lewat kerana ramai yang terjebak untuk makan kerana rasa lapar di tengah malam.

Di samping menjalankan cara diet berkesan tanpa makan nasi ini, anda boleh menikmati kek dan aiskrim seminggu sekali sebagai reward diri. Semoga berjaya!

Sumber: vanillakismis.my

Published by
Roselinda