Pernahkah anda mengalami plateau (berat badan statik) dan tidak menurun? Masa ini lah anda akan diuji di mana walaupun anda menjaga makan dan kawal pemakanan berat badan anda tidak akan menurun drastik seperti awal-awal diet dulu, lepas tu mulalah anda give up dan makan sahaja apa yang ada bukan?
Jangan terburu-buru, mungkin ada kesilapan kecil yang anda lakukan ataupun anda tidak tahu. Ikuti Arif Sukri tentang beberapa sebab kenapa tak perlu risau bila diet tetapi berat badan tak turun-turun lagi.
Awal awal diet kebiasaan kita akan kehilangan banyak berat air dalam badan. Dalam masa yang sama lemak juga akan berkurang. Perlu diingat berat badan dipengaruhi oleh air, lemak, otot dan tulang.
“Setiap orang tak sama. Lagi besar tubuh orang tu lagi potensi untuk lost lebih banyak berat masa awal-awal diet. Terutama bila minimumkan ambil sumber karbo.
“Plateau berlaku kerana badan pun dah boleh kesan cara diet kita dan mengakibatkan tak nak turunkan lagi. Malah, ia boleh jadi bila tuan badan sendiri tak disiplin dah nak jaga makan macam awal-awal dulu. Pastu tak turun salahkan penimbang,” tulisnya di Facebook.
Arif juga menasihati orang ramai untuk mengubah gaya hidup senaman. Adalah digalakan jika selama ini anda lebih banyak lakukan senaman kardiao, kali ini cuba fokuskan pada senaman yang melibatkan bebanan pula seperti squat, plank dan sebagainya.
Malah, dia turut berkata orang ramai perlulah keluar dari zon selesa dengan lakukan senaman dan cabaran yang baru.
“Nak tahu kesan berat kau dah statik adalah dengan tengok bila 4 minggu dan ke atas berat dah turun-turun. Kalau baru 2 minggu berat tak turun walaupun dah bersenam jangan mengada nak cakap Plateau,” katanya lagi menjawab berapa lama tempoh diet Plateau berlaku.
Malah, Ariff juga memberitahu apabila seseorang itu diet seseorang idividu itu juga perlu mementingkan ukur lilit badan selain daripada berat badan.
“Berbalik pada hal diet. Kadangan jangan taksub pada penimbang sahaja. Lihat juga pada inchloss pada bahagian badan yang lain seperti perut, dada, paha.
“Selagi inchloss ada. Maka PL jangan risau lagi. Teruskan diet. Ingat. Berat orang tak pandang tau. Tak pernah kita jalan ke pasaraya orang tengok dan ada label di baju kita yang berat kita sekian sekian.
“Orang mudah nampak kita kecil bila ada inchloss di perut, dada dan paha. Ia merangkumi saiz baju yang kita pakai,” katanya sebelum mengakhiri perbualan tersebut.
Diet di musim PKP ini, jangan bersedih hati jika berat badan tidak turun. Namun jangan berputus asa dengan apa yang anda dah buat sekarang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI