Selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Serius MASKULIN cukup respect dengan orang yang mempunyai motivasi cukup tinggi untuk menurunkan berat badan. Kerana apa? Kerana ia bukanlah satu perkara yang senang untuk dilakukan.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian seorang jejaka dikenali dengan nama Wawan di Twitter. Menerusi perkongsian video serta bebenang di laman Twitter-nya @wawanxz_ dan Instagram @shah.rizuann, ia merakamkan perjalanannya menurunkan berat badan dengan menari lagu-lagu K-pop.
Menerusi video tersebut, segalanya bermula pada bulan Oktober 2018 di mana dia mempunyai berat badan sebanyak 154kg. Dengan mengamalkan diet yang sihat dan senaman dalam bentuk tarian K-pop ini, Wawan memperlihatkan penurunan berat badannya sedikit demi sedikit setiap bulan.
BACA: Kalau Tak Boleh Tinggal 6 Tabiat Ini, Ucap Selamat Tinggal Kepada Misi Turunkan Berat Badan
TURUN 40KG
Sehinggalah dia kehilangan sebanyak kira-kira 40kg. Dan beratnya kini menurun epada 116kg. Dengan jumlah retweet lebih 22 ribu kali dan jumlah like pada jumlah lebih kurang sama, video perkongsian ini telah menjadi inspirasi buat warganet.
Dia sendiri tidak menyangka video ini telah menjadi tular dan mencuri perhatian ramai.
Apabila ditanya tentang apakah rahsianya, Wawan berkongsi tekniknya yang tersendiri.
TIPS DIET
Apa yang dilakukannya ialah memotong pengambilan gula, kalau nak minum pastikan sekali saja sehari dalam kuantiti sedikit. Dia juga lebih mengutamakan pengambilan makanan tinggi protein. Untuk karbphidrat pula dikurangkand engan nasih 1/4 pinggan sahaja. Dan akhir sekali minum air dengan mencukupi dan banyak.
RAMADAN CHALLENGE
Dia juga kini sedang menjalani cabaran terbaru yang digelarnya 30days dance in Ramadan dan berkongsi senarai lagu-lagu berbeza setiap hari.
Kecekalan dan kesungguhannya mendapat pujian daripada ramai pengguna Twitter yang kagum dengan kesungguhan serta sikap positifnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI